Vaksin Pneumokokal Percuma 2020 Bagi Kelahiran pada 1 Januari 2020

Penyakit pneumokokal adalah salah satu penyakit yang disebabkan oleh Streptococcus pneumoniae. Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja terutamanya kanak-kanak, warga emas yang berusia 65 tahun dan ke atas serta mereka yang mempunyai sakit kronik (eg: Kencing manis). Justeru itu, pihak Kementerian sangat menjaga golongan yang berisiko ini daripada mendapat penyakit ini.

Vaksin Pneumokokal

Suntikan uminisasi ini sebelum ini telah ada di klinik swasta dengan kos ditanggung sendiri oleh ibu bapa jika ingin diambil untuk anak kesayangan.

Penyakit ini boleh menyebabkan:-
√ Radang paru-paru
Meningitis 
√ Sepsis (Jangkitan Kuman dalam darah)
Sinusitis 

Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik TETAPI terdapat juga bakteria yang TIDAK BOLEH DILAWAN menggunakan antibiotik. Justeru itu, pemberian vaksin kepada golongan ini merupakan salah satu solusi yang diambil oleh pihak Kementerian bagi memastikan kelestarian golongan yang berisiko tinggi ini.

***Mencegah lebih baik daripada merawat***

Tahukah anda???

Penyakit ini boleh membawa mati sekiranya lambat untuk diberikan rawatan TERUTAMANYA bagi mereka yang berisiko tinggi.

Justeru itu, tujuan pemberian vaksin pneumokokal ini adalah bagi mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun. Selain itu juga dengan pemberian vaksin ini mampu mengurangkan kos rawatan penyakit pneumokokal ini kerana kos rawatan adalah tinggi dari semasa ke semasa.

Pengumuman khas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), vaksin pneumokokal ini akan membekalkan vaksin secara percuma menerusi program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak di fasiliti kesihatan KKM bermula pada 1 Disember 2020.

Vaksin ini akan diberikan sebanyak 3 kali = 3 dos iaitu 2 dos semasa berusia 4 bulan dan 6 bulan manakala dos yang terakhir (booster) adalah semasa usia 15 bulan.

Mereka yang layak mendapatkan vaksin pneumokokal ini adalah:-

Baca Juga :   Kelebihan Omega-3 Untuk Bayi

√ Kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya

Justeru itu, bayi yang layak mendapatkan vaksin ini ibu bapa perlu membuat temujanji dahulu dengan klinik kesihatan bagi mengelakkan kesesakkan bagi mencegah penularan virus COVID -19 ini.

Jadual sebenar assignment penyakit pneumokokal adalah seperti di bawah ini:-
Vaksin Pneumokokal


Bagi mereka yang sudah lahir sebelum tarikh pengumuman penyediaan vaksin pneumokokal boleh membuat temukan untuk mendapatkan jadual imunisasi pneumokokal di klinik kesihatan yang berdekatan. Jadual imunisasi akan disesuaikan mengikut umur oleh fasiliti kesihatan KKM.

Adakah vaksin ini selamat?

Vaksin ini Selamat untuk digunakan dan berkesan. Sekiranya vaksin ini memberikan adverse kepada kanan-kanak MAKA ibu bapa perlu memberitahu pihak kesihatan akan adverae effect yang berlaku kepada anak-anak mereka selepas setiap suntikan yang diberikan.

Atau

Ibubapa juga boleh melaporkan kesan advers secara terus kepada NPRA  dengan mengisi Consumer Side Effect Reporting Form (CONSERF).

Hal ini bagi memastikan kelestarian kanak-kanak yang menerima vaksin yang disediakan oleh pihak Kementerian.

PERINGATAN BUAT IBU BAPA!!!

Bagi ibu bapa yang melahirkan anak pada 1 JANUARI 2020 dan seterusnya yang telah mengambil suntikan dos pertama atau kedua di klinik atau hospital swasta boleh memilih untuk menlengkapkan vaksinasi di klinik atau hospital swasta atau melengkapkan vaksinasi di fasiliti kesihatan kerajaan yang berdekatan.

“Ibu bapa yang mahu melengkapkan vaksinasi di fasiliti kerajaan dinasihati membawa buku vaksinasi anak anda bagi memudahkan urusan di fasiliti kerajaan”

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian hotline Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di 03-8883 4003 pada hari Isnin hingga Jumaat (Tidak termasuk cuti umum) bermula 9 pagi sehingga 5 petang. Selain daripada menelefon talian hotline ini, ibu bapa juga boleh menghantar sebarang pertanyaan melalui imunisasi@moh.gov.my atau pergi terus ke klinik kesihatan yang berdekatan bagi memudahkan urusan anda.

Baca Juga :   Cara Membantu Anak yang Mempunyai Masalah Disleksia
**Kesihatan anak adalah keutamaan ibu bapa**

Jangan pernah berasa ragu-ragu untuk memberikan anak vaksin kerana vaksin adalah salah satu cara pencegahan daripada anak mendapatkan penyakit yang berbahaya ini. Sesungguhnya anak adalah anugerah dan amanah kepada ibu bapa jadi jalankanlah tanggungjawab anda dengan betul.

Bagi mereka yang beranggapan vaksin itu tidak penting dan membahayakan. Anda perlu BERINGAT menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta adalah merupakan perkara-perkara asas dalam maqasid syariah  yang mesti diberikan keutamaan untuk dipelihara.

Justeru itu, semua perlu fahami bahawa vaksin merupakan sejenis agen yang bertindak dalam merangsang sistem pertahanan badan bagi melawan sesetengah penyakit. UNVAKSINASI ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri malahan akan membahayakan orang sekeliling juga.

**Islam amat mementing umatnya sentiasa berwaspada akan sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan, justeru itu pencegahan itu amat disarankan**

Oleh itu, tindakan mengvaksinasi adalah satu kepentingan bagi membendung penyakit-penyakit merbahaya dari peringkat awal lagi. Walaupun terdapat sesetengah dakwaan mengatakan vaksin mengandungi bahan terlarang TETAPI jika tiada pilihan lain (Bertujuan bagi menyelamatkan nyawa dan masyarakat) maka ia tetap diharuskan.

***Pilihan di tangan anda, Tetapi bagi memastikan umat akan datang lebih sejahtera maka anda mampu memilih yang terbaik buat generasi akan datang***

Rujukan:-

1) http://www.myhealth.gov.my/vaksin-pneumokokal/
2) http://www.islam.gov.my/media-jakim/kenyataan-media/596-isu-penggunaan-vaksin
3) https://www.mais.gov.my/maqasid-syariah/

3 Comments

  1. Noniswara
  2. Chipsmore
  3. Chipsmore

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh