Vaksin COVID -19 : Cara Pendaftaran Selain Aplikasi MySejahtera

Vaksin COVID -19 sudah sampai ke Malaysia. Dan kini, vaksin tersebut sedang diberikan kepada semua barisan hadapan secara berperingkat mengikut Negeri dan kawasan masing-masing.

Bagi kumpulan fasa 3, mereka boleh mendaftar dahulu untuk menunggu giliran mendapatkan vaksin secara percuma. Hal ini disebabkan, vaksin bagi fasa 1 adalah khas buat barisan hadapan yang bekerja keras untuk memerangi pandemik ini. Manakala, bagi fasa ke-2 pula adalah melibatkan:-

  • Warga emas 65 tahun dan ke atas
  • Golongan berisiko tinggi
  • Orang kurang upaya
“Vaksinasi pada fasa ke-2 ini bermula pada April hingga Ogos 2021”

Bagi fasa ke-3 pula, vaksinasi akan bermula pada Mei 2021 sehingga Februari 2022. Fasa ke-3 ini memerlukan anda mendaftar dahulu permohonan untuk mendapatkan vaksin kerana pengambilan vaksin adalah BUKAN satu paksaan. Golongan yang termasuk di dlaam fasa ke-3 ini bermula dari usia 18 tahun dan ke atas TIDAK kira warganegara atau tidak.

TAHUKAH ANDA!!!

Fasa ke-3 ini merpakan salah satu fasa yang PENTING kerana ianya yang menentukan samaada Negara bebas dari pandemik COVID -19 atau tidak kerana sasaran bagi fasa ke-3 ini lebih besar berbanding fasa 1 dan 2.

Vaksin covid-19

Jumlah yang baru mendaftar sehingga 5 Mac

Pendekatan kerajaan melalui program imunisasi kebangsaan adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 80% penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022. Ianya bagi melindungi kelompopk yang tidak mengambil vaksin.

Vaksin covid -19

Kredit gambar daripada kpkesihatan              Malaysia

 

“Lindungi diri lindungi semua”

Vaksin COVID -19 : Cara Pendaftaran Selain Aplikasi MySejahtera

Vaksin covid -19

Umum sudah ketahui cara mudah untuk mendaftar menggunakan Aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan Vaksin secara percuma. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan telah menambahbaik lagi cara pendaftaran pengambilan vaksin secara percuma ini. 2 cara terbaru yang pihak kerajaan lancarkan adalah menggunakan cara :-

a) Laman web  

Pada laman web ini terdapat pelbagai persoalan yang bermain diminda akan terjawab. Oleh itu, sekiranya anda sudah mendaftar menggunakan Aplikasi MySejahtera sekalipun anda DIGALAKKAN melayari laman web ini untuk mengetahui setiap persoalan yang sentiasa menjadi tanda tanya.

Salah satu soalan yang sering menjadi persoalan adalah:-

1) Apakah kesan sampingan Vaksin COVID -19 ini?

© Kementerian Kesihatan Malaysia

Kesan sampingan vaksin COVID -19 ini adalah RINGAN dan bersifat SEMENTARA. Kesan sampingan yang kerap dilaporkan adalah seperti:-

  • Sakit/ bengkak/ kemerahan di tempat suntikan
  • Penat
  • Sakit kepala
  • Menggigil
  • Sakit sendi
  • Demam
  • Loya
  • Rasa tidak sihat
  • Bengkak kelenjar limfa
“Bagi mereka yang mempunyai ALAHAN TERUK, rujuk dahulu dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya bagi mengelakkan sebarang komplikasi akut” 

 

2) Adakah vaksin akan menghentikan pandemik COVID -19?

Penggunaan vaksin COVID -19 adalah antara LANGKAH-LANGKAH yang diambil untuk menghentikan pandemik COVID -19. Walaubagaimana sekalipun, pematuhan SOP yang disediakan WAJIB di ikuti sehingga seramai mungkin penduduk menerima vaksin.

3) Adakah vaksin COVID -19 ini halal?

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam memutuskan bahawa hukum penggunaan vaksin adalah HARUS dan ia WAJIB diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.
Penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak malah hukum penggunaannya telah bermula sejak tahun 1988 lagi. Justeru itu, pengambilan vaksin adalah Harus.

Selain Malaysia, institusi fatwa dunia turut memfatwakan keharusan penggunaan vaksin. Antara institusi terkemuka al-Azhar al-sharif, Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu dan Majma Fuqaha’ Al-Shari’ah Amerika Syarikat.

“Jangan pernah ragu-ragu untuk mengambil vaksin demi kebaikan seluruh umah”

b) Talian pendaftaran : 1800-888-828

Penggunaan talian hotline ini bagi memudahkan mereka yang tidak mempunyai internet untuk melakukan pendaftaran bagi mendapatkan vaksin secara percuma. Pada masa yang sama, penggunaan pendaftaran hotline ini lebih mudah berbanding menggunakan aplikasi dan laman web.

Walaubagaimana sekalipun, kelemahan penggunaan pendaftaran secara hotline ini agak sukar sekiranya terlalu ramai yang melakukan panggilan. Justeru itu, pihak kerajaan akan mengambil pelbagai inisiatif bagi membantu memudahkan urusan rakyat mendapatkan vaksin ini.

Dengan tambahan kedah pendaftaran ini diharapkan semakin ramai yang mendaftar bagi pengambilan vaksin ini. Vaksin yang diberikan adalah selamat dan berkesan, justeru itu jangan ragu-ragu akan vaksin yang diberikan.

Berita baik buat semua semua pendidik, seramai 55,539 orang guru berisiko tinggi mengalami kesan negatif daripada jangkitan COVID -19 akan menerima suntikan vaksin dalam fasa pertama. Hal ini bagi menjaga kebajikan guru yang sering menabur bakti kepada nusa dan bangsa.

© Facebook Radzi Jidin

Golongan guru yang berisiko tinggi disebabkan mempunyai penyakit kronik adalah seperti:-

  • Sakit jantung
  • Tekan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Kolesterol tinggi dll

Justeru itu, diharapkan para guru yang berisiko tinggi ini bakal dilindungi bagi meneruskan usaha dalam mendidik anak bangsa.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh