Ibu

Tuberkulosis : Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Tuberkulosis

Tuberkulosis merupakan sejenis penyakit yang berjangkit berpunca daripada bakteria “Mycobacterium Tuberculosis”.  Penyakit tuberkulosis juga dikenali sebagai BATUK KERING. Ianya merupakan salah satu jenis penyakit yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapatkan rawatan secepatnya. 

INFO TAMBAHAN!!!

Cara PENYEBARAN tuberkulosis ini adalah menerusi udara.

Cara penyebaran menerusi udara adalah dengan cara pesakit:-

  • Batuk atau
  • Orang yang berbual dengan mereka yang mempunyai kuman yang AKTIF maka penyebaran adalah lebih mudah.

Setiap orang yang sudah ketahui bahawa mereka mempunyai maslaah ini WAJIB pergi ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

***Mencegahan lebih baik daripada merawat***

TAHUKAH ANDA!!!

Paru-paru merupakan salah satu organ utama yang mudah untuk dijangkiti bakteria ini. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai pulmonary tuberculosis. Walau bagaimana sekalipun, BUKAN paru-paru sahaja yang boleh dijangkiti malahan otak, tulang, buah pinggang dan kulit juga boleh terjangkiti.

Tanda Dan Gejala Tuberkulosis

Tuberkulosis merupakan penyakit yang mudah terjangkiti menerusi udara. Justeru itu, bagi mereka yang mempunyai tanda dan gejala ini anda WAJIB pergi ke hospital untuk melakukan rawatan lanjut.

Antara tanda dan gejala tuberkulosis adalah:-

  1. Batuk berpanjangan melebih 2 minggu atau lebih
  2. Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam
  3. Hilang selera makan atau turun berat badan secara mendadak
  4. Mudah berasa letih dan lemah
  5. Batuk berdarah

Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala ini, anda DIGALAKKAN untuk pergi ke klinik berdekatan untuk mendapatkan nasihat yang lebih lanjut daripada doktor. Sekiranya setelah melakukan kaji selidik dan doktor MENYARANKAN anda melakukan pemeriksaan selanjutnya maka lakukanlah demi kebaikan diri sendiri.

Tuberkulosis

“Lindungi mereka yang disayangi daripada terjangkiti penyakit tuberkulosis ini”

Langkah pencegahan penyakit Tuberkulosis

Terdapat beberapa langkah pencegahan bagi mencegah penyakit ini daripada mudah tersebar.

Antara langkah pencegahan Tuberkulosis adalah dengan ;

a) Suntikan BCG

Tuberkulosis

Suntikan BCG ini dapat melindungi kanak-kanak daripada mendapat batuk kering. BCG ini diberikan semasa bayi dan murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan semasa bayi.

b) Dapatkan rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan sehingga melebih 2 minggu

Mendapatkan rawatan dengan segera mampu MENCEGAH atau MENYELAMATKAN nyawa mereka yang terjangkiti. Sekiranya penyakit ini TIDAK DIKESAN pada peringkat awal, ia boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Kuman penyakit Tibi boleh merebak dan merosakkan organ-organ penting di bahagian badan. 

c) Ahli keluarga dan mereka yang dekat DINASIHATI agar melakukan pemeriksaan lanjut.

Penyakit bawaan udara ini merupakan penyakit yang tidak dapat dilihat menerusi mata kasar. Justeru itu, bagi mereka yang melakukan urusan harian dengan pesakit amatlah DIGALAKKAN untuk melakukan ujian saringan bagi memastikan anda bebas daripada penyakit ini.

d) Pengudaraan yang baik

Sebagai langkah pencegahan, pastikan rumah sentiasa menerima cahaya matahari secukupnya. Hal ini disebabkan cahaya matahari dapat membunuh bakteria di udara. Pada masa yang sama, pengudaraan yang baik juga bagus untuk kesihatan tubuh badan. 

e) Amalkan gaya hidup yang sihat dan pengambilan pemakanan yang sihat

Gaya hidup yang sihat merupakan salah satu cara yang mampu membantu seseorang itu lebih daripada biasa. Hal ini dengan amalan ini kita dapat menghirup udara yang segar dan dapat mencegah daripada mendapat sebarang penyakit pada awal usia.

Tuberkulosis

Selain itu, amalkan pengambilan pemakanan yang sihat agar imuniti tubuh sentiasa tinggi. Sekiranya imuniti tubuh tinggi maka lebih mudah tubuh untuk melawan sebarang penyakit. 

***Amalkan gaya hidup yang sihat dari sekarang, segalanya bermula dari anda***

Sebarang maklumat lanjut yang berkenaan dengan penyakit tuberkulosis ini boleh terus ke:-

  • Laman web
  • Rujuk ke pejabat kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan maklumat lanjut berkenaan dengan penyakit ini
  • The Malaysia Association for the Prevention of TB (MAPTB) atau Persatuan TB Tempatan


***SELAMAT MENYAMBUT HARI TIBI SEDUNIA PADA 24 MAC 2021***

Rujukan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/tuberkulosis-tb/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh