Tips Penyusuan Susu Ibu Di Bulan Puasa

Semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak walaupun ketika di bulan puasa. Justeru itu, tips penyusuan susu ibu di bulan puasa ini sangat penting bagi mengekalkan tenaga untuk ibu ketika menyusukan bayi di bulan puasa ini. Walaupun sibuk menyusukan anda, ibu perlu menjaga kesihatan tubuh badan sekiranya mahu berpuasa ketika di bulan Ramadan.

Tips Penyusuan Susu Ibu Di Bulan Puasa

 

Antara tips penyusuan susu ibu di bulan puasa adalah seperti:-

1) Makan makanan berkhasiat
Tips Penyusuan Susu Ibu
Bagi memastikan anda kekal bertenaga walaupun ketika menyusukan, maka anda perlu mengambil makanan yang berkhasiat. Amalkan pengambilan makanan yang seimbang ketika bersahur dan berbuka.

Antara amalan diet yang seimbang ketika bersahur dan berbuka adalah:-

  • Tingkatkan pengambilan karbohidrat yang baik
  • KURANGKAN pengambilan gula atau makanan yang manis ketika berbuka atau bersahur
  • Tingkatkan pengambilan serat yang tinggi bagi MENGEKALKAN tenaga yang berpanjangan ketika berpuasa
  • KURANGKAN pengambilan makanan yang tinggi lemak bagi memastikan anda kekal bertenaga
  • TINGKATKAN pengambilan buah-buahan ketika berbuka 

PERINGATAN!!!

Ambil buah-buahan mengikut hidangan pemakanan yang disarankan oleh KKM iaitu 2 hingga 3 hidangan buah-buahan sehari. Buah kurma juga di kira sebagai buah, 3 biji buah kurma sudah dikira satu hidangan buah-buahan di dalam sehari.

2) Ambil makanan yang mencukupi ketika bersahur

Sahur merupakan satu perkara yang WAJIB diambil bagi mereka yang sedang berpuasa tidak kira mereka yang menyusukan anak ataupun tidak. Hal ini disebabkan bersahur merupakan keadaan di mana anda anda akkan mendapatkan tenaga sehingga berbuka.

Justeru itu, pengambilan makanan yang mencukupi ketika bersahur amatlah penting buat ibu yang menyusukan serta mereka yang berpuasa. ELAKKAN diri daripada TIDAK BERSAHUR ketika menyusukan anak. 

3) Pam susu mengikut jadual seperti biasa
Tips Penyusuan Susu Ibu
Kekalkan jadual pam susu ketika berpuasa. Bangun untuk power pumping susu bagi mengekalkan kuantiti dan jumlah susu yang dihasilkan. Sekianya anda skip masa untuk pam susu ditakuti kuantiti dan jumlah susu yang di hasilkan akan berkurangan.

Pada masa yang sama, bagi MENGELAKKAN ibu yang menyusukan bayi mengalami masalah bengkak susu sekiranya skip masa mengepam susu. Justeru itu, ikutilah masa penjadualan penyusuan bagi mengelakkan semua kesakitan itu berlaku. 

“Berpuasa itu WAJIB tetapi pada masa yang sama penjagaan kesihatan tubuhan badan juga PENTING bagi memastikan kesejahteraan hidup pada masa akan datang”

4) Kekal penyusuan di waktu malam


Pada sebelah malam pula, ibu boleh mengekalkan penyusuan bersama bayi. Ianya bagi memastikan bayi dapat merasakan direct feeding walaupun di bulan puasa. Terdapat beberapa kebaikan sekiranya ibu mengekalkan direct feeding kepada bayi. Antara kebaikannya adalah:-

  • Mengeratkan lagi hubungan antara anak dan ibu
  • Dapat memberikan anak ruang untuk bersama ibunya di sebelah malam
  • Dapat MENGELAKKAN anak daripada berlakunya carries ketika menyusu
  • Dapat MENGELAKKAN anak daripada tersedak susu

5) Tawakal kepada ALLAH

Konsep tawakal iaitu berserah sepenuhnya kepada ALLAH setelah anda mengikuti segala langkah bagi mengelakkan anda hilang tenaga untuk berpuasa. Berdoalah kepada ALLAH agar anda kekal bertenaga walaupun anda memberikan anak susu ketika berpuasa. Hal ini disebabkan ALLAH adalah sebaik-baik perancang dalam segala perkara yang berlaku di dunia ini.

6) Positif dan yakin


Bagi menghasilkan susu yang mencukupi, ibu perlu sentiasa bersifat positif. Hal ini disebabkan sifat positif mampu memberikan impak yang besar kepada penghasilan susu bayi. Sekiranya ibu berasa stress dan tidak yakin mampu menghasilkan susu yang mencukupi buat bayi maka ianya akan menghalang penghasilan susu yang mencukupi buat bayi. Justeru itu, sifat positf dan yakin amatlah penting ketikan menyediakan susu buat bayi ketika berpuasa. 

“ELAKKAN stress ketika berpuasa kerana ianya akan menganggu penghasilan susu buat bayi anda”

Amalkan gaya hidup yang sihat dan jauh daripada stress kerana stress adalah pembunuh nombor satu yang kita tidak mampu lihat. Diharapakan perkongsian ini mampu membantu ibu yang sedang menyusukan bayi merancang sebaik-baiknya masa untuk menyusukan anak serta menyempurnakan amalan berpuasa ini. Semua pilihan adalah di tangan anda.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh