Tips Penjagaan Kesihatan Semasa Cuaca Panas

Tips penjagaan kesihatan semasa cuaca panas adalah sangat penting bagi MENGELAKKAN tubuh badan kita daripada menjadi kekurangan air. Justeru itu, DIGALAKKAN anda untuk minum air 3L sehari semasa cuaca yang panas ini. 

TAHUKAH ANDA!!!

Terdapat pelbagai faktor penyebab mengapa tubuh kita menjadi kekurangan air. Antara faktor penyebabnya adalah disebabkan oleh:-

  • KURANG minum air
  • Cirit-birit
  • Bersukan dll

Justeru itu, semasa cuaca yang panas ini DIGALAKKAN untuk minum air secukupnya dan minumlah air yang sudah dimasak.

Tips Penjagaan Kesihatan Semasa Cuaca Panas

Antara tips penjagaan kesihatan semasa cuaca panas adalah seperti:-

1) Mengambil air yang secukupnya untuk tubuh badan

Tips penjagaan kesihatan

Semasa cuaca panas ini DISARANKAN untuk mengambil air yang mencukupi dalam sehari. Ianya bagi MENGELAKKAN tubuh daripada dihidrasi. 

TAHUKAH ANDA!!!

Tubuh badan yang kekurangan air ini sangat bahaya. Ianya mampu membuatkan seseorang itu boleh menjadi:-

  • Cepat letih
  • Asma
  • Serangan tekan darah tinggi yang mudah
  • Penyakit kulit/ Kulit kering
  • Sembelit
  • Bahaya untuk buah pinggang

Justeru itu, anda SANGAT DIGALAKKAN untuk mengambil air yang mencukupi semasa cuaca panas. Walaubagaimana sekalipun, bagi mereka/ pesakit yang perlu mengawal pengambilan air, anda DISARANKAN untuk meminta pandangan doktor anda berkenaan dengan kuantiti pengambilan air anda dalam sehari. 

PERINGATAN!!!

Orang ramai yang menyimpan air di dalam bekas adalah DISARANKAN supaya memastikan bekas penyimpanan air adalah bersih dan selamat iaitu TIDAK pernah digunakan untuk menyimpan bahan kimia.

2) HADKAN aktiviti diluar

Tips penjagaan kesihatan

Hadkan aktiviti luar kerana cuaca di luar akan menyebabkan anda cepat berasa letih dan dihidrasi. Justeru itu, HADKAN aktiviti diluar tetapi sekiranya anda TIDAK mampu untuk mengelakkannya maka anda DIGALAKKAN untuk:-

  • Menggunakan payung semasa berada diluar atau
  • Topi bagi MENGELAKKAN cuaca panas direct ke arah muka.
Baca Juga :   Pastikan Setiap Makanan Dan Minuman Yang Diambil Bersih Dan Selamat

3) Pakai pakaian yang ringan

Tips penjagaan kesihatan

Gunakanlah pakaian yang ringan semasa cuaca yang panas ini. Dan ELAKKAN untuk menggunakan pakaian yang tebal dan ketat semasa cuaca yang panas. Pada masa yang sama, ELAKKAN penggunaan baju yang berwarna hitam kerana pakaian yang bewarna hitam lebih mudah menyerap haba berbanding dengan pakaian bewarna putih.

Tips pemilihan baju semasa cuaca panas adalah:-

  • Pilih baju berwarna putih
  • Gunakan baju yang longgar
  • Bagi lelaki anda boleh memilih baju yang tiada lengan bagi memastikan keselesaan yang berpanjangan 

4) Sebolehnya berada di dalam bangunan atau rumah

KURANGKAN aktiviti luar dan sekiranya boleh kekal berada di dalam bangunan atau rumah. Hal ini disebabkan, tinggal di dalam rumah yang mempunyai pengudaraan yang cukup mampu mengurangkan kesan terhadap cuaca yang panas ini. 

“Cuaca panas merupakan satu dugaan daripada ALLAH SWT maka JANGAN terlalu banyak komplain semasa cuaca panas. Hadapilah dugaan dengan sabar dan tenang”

5) Berjimat dalam penggunaan air

Berjimat dalam penggunaan air seperti menggunakan air yang telah digunakan (kitar semula) untuk menyiram pokok, mencuci kereta, mencuci lantai dan membersihakan longkang. Kitar semula ini SANGAT PENTING bagi memastikan penjimatan dalam penggunaan air. 

6) PASTIKAN keadaan semasa tubuh badan anda

  1. Tips penjagaan kesihatan

Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti:-

  • Batuk
  • Asma
  • Sakit Mata
  • Jangkitan paru-paru yang kronik dll

Anda DINASIHATI agar datang ke klinik dengan segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk. “Mencegah lebih baik daripada merawat”. Justeru itu, sangatlah DISARANKAN untuk menjaga kesihatan anda dari awal lagi.
Diharapakan dengan tips penjagaan kesihatan semasa cuaca panas dapat memudahkan lagi anda untuk mejaga kesihatan dan kekal sihat. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda dan memudahkan lagi urusan semua orang.

Baca Juga :   Aktiviti keluarga pada hujung minggu
***ANDA IKUT ANDA AKAN KEKAL SELAMAT***
“Jangan lupa untuk kekal sihat dan mudah untuk beramal ibadah”

Rujukan:-

Kementerian Kesihatan Malaysia 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh