Tips Penjagaan Dan Cara Membersihkan Gigi Bayi

Tips penjagaan dan cara membersihkan gigi bayi agak susah tetapi mudah sekiranya anda sudah ketahuinya. Justeru itu, anda perlu BIJAK dalam penjagaan dan membersihkan gigi bayi.

Tips Penjagaan Dan Cara Membersihkan Gigi Bayi

Tips Penjagaan Dan Cara Membersihkan Gigi Bayi

Antara tips penjagaan dan cara membersihkan gigi bayi adalah dengan :-

1) Penjagaan gusi bayi

Penjagaan gusi bayi perlu dijaga pada usia yang awal agar gigi anak kekal sihat sebelum tumbuh. Hal ini disebabkan, susu mengandungi karbohidrat yang berkanji. Justeru itu, penjagaan gusi bayi AMATLAH PENTING buat para ibu. 

2) Gosok gigi sewal gigi pertama tumbuh

Gigi pertama LEBIH KURANG 6 bulan selepas dilahirkan. Sekiranya anda sudah kelihatan gigi susu pertama tumbuh maka lakukan permersihan seawal usia.

Antara cara mengosok gigi seawal gigi pertama tumbuh adalah seperti:-

  • Gunakan air masak untuk mengosok gigi kecil anak
  • Gunakan kain bersih yang dibasahkan untuk mengosok gigi

Sekiranya, anak sudah pandai gigit maka anda perlu menyediakan berus gigi untuk memberus gigi. Hal ini bagi MENGELAKKAN anak daripada mengigit jari ibu yang hendak membersihkan gigi anak. 

3) ELAKKAN anak hisap botol susu sambil tidur 

 

TAHUKAH ANDA!!!

Susu mengandungi kanji (karbohidrat), justeru itu ELAKKAN anak menghisap botol susu sambil tidur kerana ianya akan menyebabkan kerosakan gigi (plak/ caries) 

Justeru itu, sebagai ibu anda WAJIB memantau anak daripada membawa botol susu sambil tidur. Ianya akan memberi kesan buruk terhadap gigi anak. PASTIKAN anda mengambil botol susu anak setelah mereka tidur.

Tips mudah untuk menjaga gigi bayi:-

  • Bilas mulut bayi setiap kali selepas menyusu
  • ELAKKAN daripada anak membawa botol susu semasa tidur
  • ELAKKAN anak daripada mengambil makanan yang manis 2 hingga 3 jam sebelum tidur
  • Gosok gigi si kecil sebelum tidur
  • JANGAN kongsi makanan dengan anak
Baca Juga :   Cara Menjaga Pemakanan Warga Emas Ketika PKP 3.0

INFO!!!

JANGAN berkongsi makanan dengan anak kerana ditakuti makanan yang diberikan akan menyebabkan kerosakan gigi bayi.


4) JANGAN isi air bergula di dalam botol susu anak

Cara Membersihkan Gigi bayi

Semasa memberikan anak susu, JANGAN isikan air gula di dalam botol susu anak seperti air manis (oren, sirap, blackurant, sarsi dll). Air manis ini akan menyebabkan gigi anak mudah rosak. Justeru itu, JANGAN isi air bergula di dalam botol susu anak. 

PERINGATAN!!!

Penambahan gula dalam sajian pemakanan bayi akan menyebabkan kerosakan gigi. Pada masa yang sama, ianya akan menyebabkan kadar keboleh mahuan si kecil mengambil makanan yang manis adalah tinggi.

5) Bawa anak berjumpa doktor gigi seawal usia

Bawalah anak berjumpa doktor gigi seawal usia agar gigi anak tidak mudah rosak atau mendapat caries disebabkan oleh makanan manis. Pada masa yang sama, sekiranya ibu bapa membawa anak berjumpa doktor gigi seawal usia maka ibu bapa boleh ketahui cara penjagaan gigi yang sebenarnya. 

***DOKTOR AKAN MENGAJARI IBU MENGOSOK GIGI DENGAN BETUL KETIKA BERJUMPA DOKTOR***

6) ELAKKAN puting tiruan 

Penggunaan puting tiruan ini TIDAK DIGALAKKAN kerana ditakuti anak akan menjadi gigi jongan. Gigi jongan bermaksud gigi di hadapan lebih kedepan dan akan menyebabkan struktur gigi menjadi tidak cantik. Justeru itu, ibu perlu alert dan ELAKKAN penggunaan puting tiruan kepada anak yang masih kecil walaupun bertujuan untuk MENGELAKKAN anak daripada menagis.

Diharapkan perkongsian yang sedikit ini dapat membantu ibu bapa yang baru sahaja bergelar ayah atau ibu belajar serba sedikit berkenaan dengan penjagaan dan pembersihan gigi anak-anak. Kita perlu menjaga dahulu gigi mereka sebelum gigi mereka rosak dan sukar untuk dibersihkan. 

Baca Juga :   Penyebab Berat Badan Cepat Naik
***ILMU KEIBUBAPAAN INI PERLU DI BELAJAR AGAR KITA TAHU AKAN SESUATU PERKARA YANG BARU***

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh