Tips Pemakanan Sihat Buat Warga Emas

Tips pemakaann sihat buat warga emas yang sering kita abaikan kerana beranggapan mereka mampu mencapai nutrisi yang penting dalam sehari tanpa bantuan ahli keluarga. Walau bagaimana sekalipun, terkadang kita silap kerana pemakanan sihat buat warga emas sering kita abaikan. Justeru itu, penulisan kali ini lebih menekankan berkenaan dengan pemakanan sihat buat warga emas.

Tips Pemakanan Sihat Buat Warga Emas

Pemakanan Sihat Buat Warga Emas

Tips pemakanan sihat buat warga emas adalah seperti:-

1) Pengambilan protein yang betul/ sihat

TAHUKAH Anda!!!

Pengambilan protein yang DISARANKAN oleh mereka yang sihat adalah 1g/ kg. Sekiranya pengambilan protein yang TINGGI, ianya akan membebankan buah pinggang KECUALI pesakit yang sedang di Dialysis.

Pengambilan sumber protein yang lembut seperti :-

  • Ikan
  • Telur
  • Tauhu
  • Tempe
  • Keju (produk tenusu)
  • Kacang kuda

PERINGATAN!!!

Sekiranya anda mempunyai penyakit GOUT, anda WAJIB MENGELAKKAN pengambilan makanan yang berasaskan kekacang seperti kacang kuda, kacang panjang dll.

Pengambilan protein yang betul/ sihat ini dapat membantu warga emas untuk kekal sihat dan cergas. Justeru itu, pemberian protein yang betul dapat mengekalkan kesihatan dan fikiran warga emas. 

2) Tingkatkan pengambilan serat yang sihat

Pemakanan Sihat Buat Warga Emas

Galakan pengambilan serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin serta kekacang kerana kandungan serat dapat mencegah sembelit dan menurunkan paras kolesterol darah. 

TAHUKAH ANDA!!!

Pengambilan serat yang DISARANKAN adalah 25g sehari. Bermaksud, pengambilan serat yang DISARANKAN adalah dalam 3 mangkuk bagi yang belum dimasak dan 2 mangkuk bagi sayur yang sudah dimasak.

Warga emas perlu mengambil sayur dan buah-buahan secukupnya. DISARANKAN untuk emngambil sayur dan buah-buahan yang pelbagai jenis dan warna TERUTAMANYA sekali yang kaya dengan Vitamin A, C, folat dan kalium. 

Baca Juga :   Produk Kecantikan Terbaik Masa kini

INFO TAMBAHAN!!!

Kepelbagaian pengambilan serat ini bagi emmbantu melabatkan proses penuan menyebabkan sesetengah warga emas mengalami masalah mengunyah atau menelan. Tambahan lagi, semakin meningkat usia, deria rasa dan bau turut berkurang, menyebabkan pengambilan makannan berkurang.

Serat mempunyai kepelbagaian khasiat TERUTAMANYA sekiranya mereka mempunyai:-

  • Mempunyai kesihatan usus
  • Membantu dalam mengawal paras kolesterol dalam darah
  • Membantu mengawal paras gula dalam darah
  • Membantu dalam mengawal berat badan

3) Tingkatkan pengambilan air

Pemakanan Sihat Buat Warga Emas

Warga emas men galami pengurangan jumlah air di dalam badan. Warga emas DIGALAKKAN untuk mengambil 6 hingga 8 gelas air setiap hari.


PERHATIAN!!!

DIGALAKKAN pengambilan air yang banyak dalam sehari. TETAPI bagi mereka yang perlu MENGAWAL pengambilan air dalam sehari maka mereka WAJIB mengawal air bagi MENGELAKKAN mereka daripada membebankan paru-paru atau buah pinggang.

“Ikut segala nasihat yang diberikan oleh Doktor anda, JANGAN ikut nasihat mereka yang TIDAK bertauliah dalam penyakit”

PERINGATAN!!!

Sekiranya anda perlu mengawal pengambilan air, maka pastikan anda kawal dengan betul. Anda perlu pastikan pengiraan air termasuklah sup, ice cream, air manis dll adalah kumpulan air. 

4) Tingkatkan pengambilan kalsium

Pemakanan Sihat Buat Warga Emas

Warga emas boleh mengalami pengurangan kepadatan tulang dan meningkatkan risiko kepada kerapuhan tulang. Justeru itu, warga emas DIGALAKKAN untuk mengambil sumber susu dan produk tenusu setiap hari seperti keju dan yogurt. Alternatif lain bagi meningkatkan paras kalsium dalam tubuh badan adalah pengambilan supplement kalsium.

Diharapakan perkongsian ini mampu menjadi salah satu kayu ukur buat anak-anak untuk memastikan ibu bapa anda atau warga emas mendapat Nutrisi yang mencukupi dalam sehari. Tidak susah untuk mendapatkan Nutrisi yang mencukupi tetapi anda perlu sentiasa menambahbaik Nutrisi yang ada. Dengan cara itu, warga emas atau ibu bapa anda akan mendapatkan Nutrisi yang mencukupi dalam sehari.

Baca Juga :   Tip Mendidik Anak Untuk Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh