Tips Pemakanan Semasa Ramadan Buat Warga Emas

Penjagaan pemakanan buat warga emas semasa bulan ramadan ini amatlah penting. Justeru itu, bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa yang sudah berusia anda boleh mengikuti tips pemakanan semasa ramadan buat warga emas. Ianya bagi memudahkan lagi urusan dalam penjagaan pemakanan serta kesihatan mereka. Dalam kita membuat amalan ibadah kita juga perlu menjaga kesihatan tubuh badan agar kekal sihat.

Warga emas

PERINGATAN!!!

Penjagaan pemakanan yang betul PENTING sekiranya warga emas tersebut masih lagi mahu berpuasa di bulan Ramadan tanpa ada sebarang kesan kesihatan.

Tips Pemakanan Semasa Ramadan Buat Warga Emas

Warga emas

Terdapat pelbagai tips pemakanan yang boleh di amalkan semasa di bulan ramadan ini. Antara tips pemakanan semasa Ramadan buat warga emas adalah:-

1) Pilih makanan dari setiap kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia

Warga emas
Amalkan pemakanan mengikut Piramid Makanan Malaysia. Hal ini disebabkan Piramid Makanan Malaysia ini mewujudkan kepelbagaian makanan yang diperlukan oleh tubuh badan.

Antara perkara yang di highlightkan oleh Piramid Makanan Malaysia adalah:-

  • TINGKATKAN pengambilan makanan yang tinggi serat

Piramid Makanan 2020 mementingkan pengambilan makanan yang serat berbanding bijirin. Justeru itu, pastikan setiap hidangan utama ketika berbuka mempunyai serat yang tinggi.

  • Pilih makanan yang tinggi bijirin penuh mil

TAHUKAH ANDA!!!

Makanan yang mempunyai bijirin penuh mil ini merupakan makanan yang mempunyai tinggi serat. Justeru itu, pengambilan makanan seperti ini amatlah DIGALAKKAN untuk diambil.

2) Pilih makanan yang mempunyai atau kaya dengan sumber zink

Zink merupakan sumber mineral yang penting untuk semua. Justeru itu, pengambilan makanan yang diperkaya dengan zink sangatlah membantu bagi memastikan warga emas kekal sihat semasa bulan Ramadan ini.

Contoh makanan yang tinggi dalam sumber zink adalah seperti:-

  • Ikan
  • Makanan laut
  • Daging

Semua makanan ini merupakan makanan yang tinggi zink dan penting untuk tubuh badan. Antara kepentingan zink dalam tubuh badan adalah:-

  • Merangsang sistem imun
  • Membantu dalam masalah cirit birit
  • Meningkatkan memori
  • Mengalakkan pemulihan luka
  • Membantu dalam masalah penyakit depresi

3) Pilih makanan yang diperkaya dengan zat besi

Pengambilan makanan yang diperkaya dengan zat besi ini sangat bagus kerana makanan yang tinggi zat besi ini dapat membantu mengelakkan seseorang itu mudah berasa letih semasa berpuasa. Justeru itu, amatalah DIGALAKKAN untuk mengambil makanan yang tinggi zat besi ketika berpuasa terutamnaya warga emas. Pada masa yang sama, zat besi juga mampu membantu seseorang itu m,endapat tidur yang berkualiti.

Antara contoh makanan yang tinggi zat besi adalah:-

  • Daging lembu/ kamibing
  • Hati ayam
  • Sayur seperti pucuk paku atau sawi

4) Tingkatkan pengambilan air kosong dan KURANGKAN pengambilan kopi teh atau minuman berkarbonat

Pengambilan air kosong yang mencukupi di dalam sehari PENTING bagi mengelakkan diri daripada dihidrasi. Jumlah pengambilan air dalam sehari adalah bergantung kepada berat seseorang itu. Walaubagaimana sekalipun, purata pengambilan air bagi semua adalah 2.5 L sehingga 3.0 L sehari. 

PENTING!!!

Bagi mereka yang perlu mengawal air dalam tubuh badan. Anda perlu mengawal pengambilan air dalam sehari. Ianya bagi MENGELAKKAN anda daripada bahaya daripada pengambilan air yang banyak.

Tips Mengawal pengambilan air bagi mereka yang perlu mengawal pengambilan air adalah:-

  • Lakukan sukatan air pada botol yang hendak di minum
  • ELAKKAN pengambilan makanan yang masin sekiranya perlu mengawal pengambilan air
  • Hisap air batu bagi mengelakkan diri daripada berasa haus
  • Kunyah gula-gula getah bagi menghasilkan air liur secara semulajadi
  • Kawalan pengambilan air ini termasuklah makanan yang berkuah. Justeru itu, sila berhati-hati ketika menyediakan makanan bagi mereka yang perlu mengawal pengambilan air

***TIPS YANG DISEDIAKAN INI MAMPU MEMBANTU ANDA DARIPADA DIHIDRASI***

5) Pilih makanan yang diperkaya dengan kalsium

Warga emas

Semua sudah ketahui kepentingan pengambilan kalsium dalam kehidupan seharian TERUTAMANYA bagi mereka yang sudah berusia. Jsuteru itu, amatlah digalakkan untuk mengambil susu sebelum tidur atau ketika bersahur bagi memastikan anda kekal bertenaga sepanjang hari.

Antara makanan yang tinggi kalsiuma adalah:-

  • Susu & produk tenusu
  • Ikan bilis
  • Sardin berserta tulang
  • Keju
  • Yourgut

Diharapakan semua perkongsian ini mampu membantu anda dalam menyediakan makanan yang lebih sihat kepada ibu bapa anda mahu warga emas yang sedang anda jaga. Pastikan mereka mendapat semua nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan agar mereka kekal bertenaga ketika berpuasa.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh