Tips Mereka Yang Mendapat Kebenaran Merentas Negeri

Tips mereka yang mendapat kebenaran merentas negeri atas pelbagai faktor. Tips ini sangat berguna buat perentas negeri yang DIBERIKAN oleh pihak berkuasa seperti pihak polis. Tips ini sangat berguna dan mudah untuk diikuti.

Antara faktor, anda mendapat kebenaran merentas Negeri adalah disebabkan oleh:-

  • Untuk mendapat rawatan di sesuatu kawasan yang bukan berada di kawasan tempat tinggal
  • Disebabkan oleh faktor pekerjaan yang TIDAK dapat DIELAKKAN
  • Kematian ahli keluarga seperti ibu bapa atau datuk nenek

Tips Mereka Yang Mendapat Kebenaran Merentas Negeri

Kebenaran Merentas Negeri

Antara tip mereka yang mendapat kebenaran merentas Negeri adalah seperti:-

1) Hanya berhenti jika perlu

Berhenti sekiranya perlu dan hal yang tidak dapat dielakkan seperti untuk mengisi minyak yang sudah tidak mencukupi. TIDAK DIGALAKKAN untuk berhenti makan malahan amatlah DISARANKAN untuk membawa bekalan makanan sepanjang perjalanan. Ianya bagi mengurangkan anda membuka pelitup mulut dan muka lebih daripada 5 minit di sesuatu tempat yang anda sendiri tidak tahu akan situasinya. Jika perlu berhenti, pastikan cari di tempat yang tidak ramai orang dan kawasan yang terbuka adalah lebih baik. 

2) ELAKKAN berkumpul semasa berhenti di tempat rehat

JANGAN berkumpul semasa berhenti di tempat rehat kerana ianya bakal MENINGKATKAN kebarangkalian untuk anda membawa CIK COVID pergi ke Distinasi yang anda mahu tuju. Justeru itu, amatlah DISARANKAN untuk TIDAK berkumpul semasa berhenti di tempat rehat TERUTAMAMYA tandas. Boleh berhenti di kawasan yang tidak sesak dengan orang ramai di tandas awam. 

3) JANGAN sembang dekat antara satu sama lain

Sekiranya anda mahu membeli makanan, DISARANKAN untuk TIDAK bersembang dekat antara satu sama lain. Amalkan jarak 1 meter ketika bertutur dengan mereka yang TIDAK dikenali. Perlu ada tanggapan bahawa semua orang berisiko kepada kita. 

Baca Juga :   Aktiviti keluarga pada hujung minggu

4) Jika perlu, buka tingkap untuk pengudaraan dalaman kenderaan yang baik

Buka tingkap untuk pengudaraan dalaman kenderaan yang baik sekiranya penumpang di dalam kenderaan melebihi dua orang. Pengudaraan yang betul mampu untuk menghalang diri daripada mudah mendapat jangkitan virus COVID -19. 

5) Sentiasa memakai pelitup muka dengan betul

Kebenaran Merentas Negeri

Penggunaan pelitup muka dengan betul merupakan saranan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan World Health Organization (WHO). Kadar keboleh jangkitan adalah rendah sekiranya anda menggunakan pelitup muka dengan betul. 

TAHUKAH ANDA!!!

  • Pengunaan pelitup muka surgical / 3 ply mampu menghalang virus COVID -19 ini sebanyak 65% sahaja
  • Penggunaan double face mask pula mampu melindungi anda hampir 90%. Penggunaan double face mask seperi di bawah ini:-
    • ELAKKAN/ JANGAN menggunakan double face mask yang menggunakan double surgical face mask sahaja. 

6) Sentiasa menjaga jarak fizikal 1 meter

Amalkan penjarakan 1 meter sekiranya hendak berjumpa dengan orang ramai. Hal ini bagi mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat jangkitan virus COVID -19 ini. Walaupun virus ini sudah bertukar menjadi airborne disease tetapi penjarakan 1 meter masih lagi boleh di gunapakai untuk menjaga diri daripada terjangkiti virus ini.

Airborne Disease adalah jangkitan penyakit menerusi udara sekeliling. Dalam erti kata mudah walaupun anda menjaga jarak tetapi anda sudah berada di dalam kalangan mereka yang sudah terjangkiti lebih daripada 5 saat maka kebarangkalian untuk dijangkiti adalah tinggi.

7) Sentiasa basuh tangan dengan air dan sabun/ hand santizer

Kebenaran Merentas Negeri

Kerap menggunakan santizer atau mencuci tangan semasa berada di luar. Hal ini disebabkan dengan kerap mencuci tangan mampu membantu anda untuk dijangkiti kerana bakteria akan mati sekiranya anda mencuci tangan. Ikuti 7 LANGKAH ini bagi memastikan cara anda mencuci tangan yang betul.

Baca Juga :   Kebaikan pengambilan air yang mencukupi untuk kesihatan

8. Berdoa dan tawakal

Baca Surah Al-Kahfi setiap malam Jumaat dan mohon dilindungi daripada Allah SWT bahaya musuh yang kita tidak boleh nampak dengan mata kasar. Hanya kepada Allah SWT sahaja kita berserah diri dan memohon perlindungan dari NYA yang Maha Mengetahui setiap sesuatu dan Maha Melihat segala makhluk.  

***JANGAN BIARKAN CIK COVID MERENTAS BERSAMA ANDA, SAYANGI DIRI ANDA DAN KELUARGA ANDA***

8 tips ini merupakan tips yang DIGALAKKAN untuk di ikuti agar anda TIDAK membawa balik CIK COVID ke kawasan yang anda ingin tujui. Walaupun kita sudah menjaga segala-galanya tetapi ketahuilah sekiranya anda terjangkiti kerana ianya merupakan ketentuan ALLAH SWT, maka redhalah. 

PERINGATAN!!!

Sekiranya TIADA KEPENTINGAN maka, ELAKKAN untuk pulang ke kampung halaman, sayangi mereka yang tersayang di kampung halaman anda.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh