Tips Menyimpan Duit Anak

Ibu bapa perlu ketahui tips menyimpan duit dari kecil kerana ianya merupakan amalan yang TERBAIK. Hal ini bagi memastikan anak-anak mempunyai wang simpanan ketika dewasa atau wang simpanan itu boleh digunakan semasa kecemasan seperti musim pandemik ini.

Tetapi kebanyakkan ibu bapa pasti akan mengaru kepala apa bila menyebut wang simpanan buat anak-anak. Ianya kerana tiada simpanan duit buat masa hadapan anak. Justeru itu, sebagai ibu bapa mereka WAJIB menjadi suri tauladan dalam aktiviti menyimpan wang buat anak-anak agar masa depan mereka terjamin.

“Menabunglah walaupun hanya RM1.00 sehari kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit”

Jadi, kami akan berkongsikan beberapa tips menyimpan duit buat anak-anak agar pada masa hadapan. Tips menyimpan duit ini bukan sahaja berguna buat simpanan anak-anak, malahan ianya juga berguna buat ibu bapa itu sendiri.

Hal ini disebabkan kita sudah boleh melihat impak pandemik COVID -19 ini dalam masayarakat. Apabila tiada simpanan masa hadapan hidup menjadi sukar untuk diteruskan sekiranya kehilangan pekerjaan. Justeru itu, menambung sejak dari kecil amatlah berguna buat semua.

“Menabung TIDAK akan membuatkan seseorang itu misikin malahan akan menjadikan seseorang itu lebih kaya”

Tips Menyimpan Duit Anak

Tips menyimpan duit

Antara tips menyimpan duit anak adalah seperti berikut:-

1) Simpan semua duit yang diterima oleh anak semasa hari raya

Apabila sebut sahaja raya pasti anak-anak bergembira kerana semasa hari raya mereka boleh berjumpa saudara mara yang jauh di perantauan. Selain itu, semasa rayalah anak-anak boleh mengumpul wang sebanyak yang boleh kerana mereka akan dapat duit raya dari pelbagai jenis orang.

Justeru itu, semasa mendapat duit raya anak-anak WAJIB menyimpannya agar duit itu bertambah dari tahun ke tahun.
Ibu bapa boleh membuka satu akaun simpanan buat anak-anak agar segala wang simpanan anak-anak boleh dimasukkan ke dalam akaun tersebut.

“ELAKKAN menyimpan wang anak di dalam satu akaun yang sama kerana ditakuti apabila sudah dewasan mereka berasa ketidakadilan akan tindakan ibu bapa itu”

Antara cadangan akaun yang boleh menghasilkan banyak keuntungan adalah akaun:

a) Amanah Saham Berhad (ASB)

Sekiranya ibu bapa membuka akaun ASB, mungkin disebabkan:-

  • Dividen yang diberikan sedikit tinggi berbanding bank simpanan yang lain.
  • Akaun ASB TIDAK ada kad atau buku akaun, jadi ianya agak sukar untuk dikeluarkan. Sekiranya mahu mengeluarkan wang maka perlu ke kaunter bank yang mempunyai kaunter khas buat ASB
“Buat mereka yang mahu mengeluarkan wang ASB di kaunter bank tertentu mereka WAJIB mempunyai akaun bank tersebut”

Disebabkan oleh itu ramai ibu bapa memilih untuk membuka akaun ASB kerana kesukaran untuk mengeluarkan wang kemudian hari mampu mengajar anak-anak lebih berjimat.

b) Tabung Haji

Tips menyimpan duit

Sekiranya tabung haji menjadi pilihan ibu bapa untuk menyimpan wang anak, bermakna ibu bapa sudah melakukan persiapan awal agar anak boleh menunaikan haji pada usia yang muda.

Pada masa yang sama, kebanyakkan ibu bapa memilih tabung haji kerana tabung haji sudah menolak pembayaran zakat bagi mereka yang layak. Justeru itu penyimpanan wang di Tabung Haji lebih memudahkan urusan di dunia dan akhirat.

“Pendaftaran Haji pada usia yang muda memudahkan urusan anak naik haji pada usia yang muda”

c) SSPN-i

SSPN-i merupakan salah satu tabung simpanan pembelajaraan anak-anak pada masa akan datang. Dengan adanya akaun SSPN-i ini memudahkan ibu bapa membuat pinjaman wang pembelajaran buat anak-anak sekiranya anak dapat menyambung pembelajaran mereka.

“Dengan membuka akaun SSPN-i ibu bapa boleh mendapat pelepasan cukai kerana telah memulakan langkah bijak dalam penyimpanan pemeblajaran anak pada usia yang muda”

Boleh rujukan penerangan lanjut berkenaan dengan SSPN-i DISINI.

2) Ajari anak menyimpan dahulu baru menggunakan

Ajari anak agar menyimpan dahulu wang belanja sebelum membelanjakan ini. Amalan ini amat berguna bagi memastikan anak bijak dalam mengatur pembelanjaan pada masa akan datang. ELAKKAN mengajar anak guna dahulu wang belanja baru simpan kerana perbuatan ini akan menyebabkan anak berbelanja secara tidak beringat.

“Kekayaan tidak akan datang bergolek tanpa ada kebijaksanaan dalam penyimpanan wang”

3) Guna teknik menyimpan duit mengikut warna wang

Teknik penyimpanan ini sungguh efektif bagi mereka yang mempunyai disiplin diri yang tinggi. Hal ini disebabkan teknik ini memerlukan ketegasan diri dalam menyimpan wang mengikut warna yang telah ditetapkan oleh seseorang individu itu.

Sekiranya anak anda mampu menyimpan wang menggunakan teknik ini maka TAHNIAH kepada ibu bapa tersebut. Hal ini disebabkan anda telah berjaya mendisiplinkan anak dalam penyimpanan wang.

“Disiplin diri amat penting dalam penyimpan wang menggunakan teknik simpanan wang mengikut warna”

Setiap satu tips yang diberikan adalah salah satu tips yang berguna buat ibu bapa bagi menyimpan wang buat anak-anak. Justeru itu, pelajarilah cara mudah untuk menyimpan wang agar anak-anak ada wang simpanan untuk masa hadapan.

Masa hadapan anak berada ditangan anda. Justeru itu, sediakanlah segala kelengapan dan persiapan untuk anak-anak sebelum mereka mampu membuat simpanan sendiri.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh