Tips Menjadi Seorang Ibu Bapa Yang Cool

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak. Justeru itu, untuk menjadi ibu bapa yang penyabar bukanlah suatu perkara yang mudah. Disebabkan oleh itu, kami akan memberikan beberapa tips menjadi seorang ibu bapa yang cool semasa mendidik anak-anak. Hal ini disebabkan anak adalah anugerah ALLAH yang terindah dan tiada tolok bandingnya. Jadi, sebagai ibu bapa anda perlu sabar dalam mendidik anak.

Tips Menjadi Seorang Ibu Bapa Yang Cool

Terdapat beberapa tips mudah yang boleh ibu bapa ikuti untuk menjadi ibu bapa yang cool dan disayangi anak-anak. Cool BUKAN bermaksud TIDAK boleh menegur kesalahan anak tetapi lebih kepada cara kita mendekati anak-anak terlihat seolah-oleh kita ibu bapa yang cool.

Antara tips menjadi seorang ibu bapa yang cool adalah dengan:-

1) ELAKKAN diri daripada menjadi seorang ibu bapa yang perfectionist

Ibu bapa yang cool

Semua anak dilahirkan sudah cukup sempurna. Walau bagaimana sekalipun, bagi menyempurnakan akhlak mereka itu adalah TANGGUNJAWAB ibu bapa. Justeru itu, ELAKKAN diri daripada mencari kesempurnaan semasa mendidik anak.

Amalkan sikap keterbukaan semasa mendidik anak agar anak tahu apa yang betul dan salah. Sekiranya ibu bapa mengamalkan sifat ini, maka itu adalah salah satu teknik mendidik anak yang sangat cool.

“Dengan cara ini, anak akan mudah dilentur kerana ibu bapa mampu mendengar setiap satu kemahuan mereka”

2) ELAKKAN diri daripada meletakan pengharapan yang tinggi kepada setiap anak

Setiap anak mempunyai cara yang berbeza untuk didik. Justeru itu, ELAKKAN diri meletakkan pengharapan yang terlalu tinggi kepada setiap anak. Ianya akan menyakitkan diri anda dan membuatkan anda kecewa dengan anak tersebut. Justeru itu, ELAKKANLAH meletakan pengharapan yang tinggi dalam anak. 

Baca Juga :   5 Kebaikan Dan Khasiat Buah Tomato

3) Jangan terlalu fokus kepada keputusan peperiksaan yang cemerlang

Peperiksaan hanyalah penilaian manusia bagi melihat sejauh mana kefaham kita akan sesuatu ilmu itu. Walau bagaimana sekalipun ianya bukanlah kayu ukur kecemerlangan anak. Justeru itu, ELAKKAN diri daripada menjadi ibu bapa yang terlalu fokus akan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Sekiranya ibu bapa mahukan juga penilaian menerusi keputusan peperiksaan, ikuti cara ini untuk meningkatkan semangat anak untuk belajar.

Antara caranya adalah:-

  • Puji anak dalam segala kecemerlangan yang diperolehi dan ELAKKAN daripada memarahi anak sekiranya tidak memperolehi kejayaan yang diharapkan
  • Berikan pelukkan kejayaan TIDAK kira anak berjaya atau tidak akan sesuatu pertandingan 

 

“Pelukkan yang diberikan merupakan satu tanda bahawa anda m,enghargai usaha mereka”
  • Berhenti membeza-bezakan setiap kejayaan anak-anak 
“Setiap anak mempunyai keistimewan yang tersendiri justeru itu lihatlah keistimewaan anak yang boleh membanggakan ibu bapa”

Dengan cara ini, ibu bapa mampu memupuk semangat untuk berjaya dalam kalangan anak-anak tanpa memberikan mereka tekanan. Tekanan dalam mendidik anak-anak adalah salah satu cara yang WAJIB ibu bapa ELAKKAN. Hal ini kerana tekanan hanya akan menyebabkan anak-anak lebi tertekan dan down untuk mencapai kejayaan yang di ingini. 

4) Jaga waktu tidur anak

Penjagaan masa tidur anak-anak merupakan satu keperluan. Hal ini disebbakan, masa tidur merupakan salah satu masa di mana anak-anak pelrukan untuk merehatkan minda mereka. Justeru itu, AMALAKAN masa tidur yang mencukupi agar anak sentiasa dapat fokus akan apa yang mereka sedang ingin kecapi. 

“Masa tidur yang baik untuk pertumbesaran anak-anak adalah selama 6-8 jam sehari”

5) Banyakkan bersyukur dan berdoa

Kunci keluarga bahagia adalah bersyukur akan setiap yang anda perolehi dan berdoa agar kebahagian yang dikecapi kekal sehingga ke jannah. Justeru itu, sekiranya kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan maka kita tidak akan mudah berasa marah akan kekurang yang diperolehi. 

“Bersyukur adalah kunci kepada orang yang bersabar dan kunci kejayaan dalam mendidik anak menjadi insan yang berguna”

Manakala doa pula adalah kunci kejayaan bagi ibu bapa yang mahu melahirkan generasi bijak pandai dan berakhlak mulia. Amalkanlah tips yang diberikan ini untuk menjadi ibu bapa yang cool dalam mendidik anak-anak. Cool bukan bermaksud tidak boleh menegur tetapi mendidik anak dengan penuh kesabaran kerana anak adalah amanah daripada ALLAH.

Baca Juga :   5 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh