Ibu

Tips Menjadi Boss Atau Majikan Yang Baik

Tips menjadi boss atau majikan yang baik bukanlah suatu yang mudah diikuti. Tetapi ketahuilah bahawa mendapat boss atau majikan yang baik merupakan satu anugerah yang terindah. Justeru itu, sebagai seorang boss atau majikan anda perlu mencuba untuk menjadi salah satu majikan yang terbaik buat pekerja.

“Pekerja adalah aset yang paling penting dalam sesebuah syarikat”
***Tanpa pekerja sebuah syarikat tidak akan membangun dengan begitu pesat, justeru itu hargailah pekerja anda***

Tips Menjadi Boss Atau Majikan Yang Baik

Bagi memastikan seseorang pekerja itu bekerja dengan lebih lama dalam sesebuah syarikat maka cubalah menjadi boss atau majikan yang memahami.

TIDAK susah untuk memahami masalah pekerja tetapi lebih susah sekiranya kehilangan pekerja. Sebagai majikan ELAKKAN sebarang tekanan yang boleh menyebabkan pekerja lari dan TIDAK mahu bekerja dengan kita lagi. Ikutilah beberapa tips menjadi boss atau majikan yang baik buat semua pekerja.


Antara tips menjadi boss atau majikan yang baik adalah:-


1) JANGAN suka mencari kesalahan dan kesilapan pekerja
Tips menjadi boss


Menjadi seorang boss atau majikan sememangnya mempunyai hak memilih pekerja mana yang mereka sukai. Walau bagaimana sekalipun, ELAKKAN diri daripada gemar mencari kesalahan pekerja kerana ianya ditakuti akan menyebabkan mereka hilang semangat untuk bekerja. Terdapat cara yang boleh diambil sekiranya boss atau majikan terlihat kesalahan yang pekerja lakukan.

Antara cara menegur pekerja adalah dengan:-

  • Berikan pekerja teguran secara berseorangan

Teguran secara berseorangan akan menyebabkan pekerja TIDAK malu dengan rakan sekerja yang lain. Selain itu, menerusi teguran perseorangan boleh meningkatkan lagi rasa untuk bekerja dengan lebih lama kerana mempunyai boss atau majikan yang sangat memahami dan luhur budi untuk memberikan teguran.

  • ELAKKAN diri daripada gemar menegur pekerja lebih daripada 3 kali sehari
Baca Juga :   Cara Didik Anak Solat

Teguran itu bagus tetapi sekiranya terlalu kerap boleh menyebabkan pekerja berasa BOSAN dan tidak gemar untuk bekerja dalam kumpulan tersebut

  • Lakukan penyiasatan sebelum memarahi atau menegur pekerja

Siasat dahulu setiap satu kesalahan pekerja bagi memastikan perkara itu benar. Hal ini dapat memberikan suasan kerja yang harmoni dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain.

  • ELAKKAN memarahi pekerja tanpa usul periksa.

2) Amalkan sikap keterbukaan

Tips menjadi boss


Sifat keterbukaan ini mampu melahirkan suasan kerja yang lebih selesa. Hal ini disebabkan,segala permasalahan akan dikongsikan bersama bagi memastikan setiap permasalah mampu diselesaikan bersama.

Pada masa yang sama, dengan WUJUDNYA sifat kerterbukaan ini maka boss atau majikan boleh lakukan perbincang sekiranya ada perkara yang tidak memuaskan hati. 

“Sifat keterbukaan bermaksud mampu menerima setiap satu teguran yang dilakukan demi kebaikan bersama”

3) Sediakan insentif kepada mereka yang layak

Insentif ini bertujuan untuk membakar lagi semangat pekerja untuk bekerja dengan sesebuah syarikat dengan lebih lama lagi. Selain itu, insentif ini umpama penghargaan syarikat kepada pekerja mereka. Justeru itu, dengan penyediaan insentif ini mampu membakar semangat pekerja untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.

“Pekerja adalah tulang belakang bagi sesebuah syarikat jadi hargailah pekerja bagi memastikan kemajuan sesebuah syarikat itu”

4)Beri pertimbangan yang sewajarnya bagi hal yang berkaitan dengan kesihatan dan keluarga

Setiap satu pekerja pasti mempunyai masalah mereka yang tersendiri, justeru itu fahami dan berikanlah pertimbangan yang sewajarnya kepada pekerja bagi memastikan pekerja berasa dihargai. ELAKKAN sifat mementingkan diri sendiri sekiranya ia berkaitan dengan keluarga dan kesihatan 

“Keluarga dan kesihatan adalah aset terpenting buat pekerja, justeru itu pastikan pekerja sentiasa sihat dan bahagia bekerja dengan anda”

5) Tingkatkan pengetahuan berkenaan dengan kesihatan mental

Kepenatan mampu menjadikan seseorang itu lemah tidak kira dari segi fizikal mahupun mental. Justeru itu, pastikan boss atau majikan ketahui cara untuk meningkatkan semula kesihatan mental para pekerja sekiranya sudah kelihatan penat dalam meneruskan urusan pekerjaan.

Baca Juga :   Manfaat Berpantang

Antara penegtahuan berkenaan dengan kesihatan mental adalah:-

  • Mempunyai support group yang kuat
  • Sentiasa nasihat menasihati antara satu sama lain sekiranya rakan sekerja berasa down
  • Kata-kata semangat yang mampu membangkitkan semula semangat uintuk terus bekerja dan berusaha

6) Jadikan sikap hormat menghormati sebagai satu budaya di tempat kerja

Dalam setiap kehidupan pasti memerlukan rasa hormat menghormati antara satu sama lain. Ianya bagi memudahkan urusan bekerja, justeru itu amalan hormat menghormati amatlah penting.

Amalkan tips yang diberikan bagi memastikan pekerja hadir bekerja dalam keadaan yang selesa dan gembira. Suasana kerja yang harmoni mudah untuk diamalkan sekiranya pekerja dan majikan saling memahami antara satu sama lain.


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh