Tips Mengurangkan Penyakit Kencing Manis Dengan Baik

Penyakit Kencing Manis perlu dikawal dengan baik.  Penyakit kencing manis atau DIABETES merupakan salah satu jenis penyakit yang biasa didengari selain daripada penyakit Darah Tinggi, Jantung dan Kolesterol Tinggi. Justeru itu, di sebabkan penyakit kencing manis merupakan salah satu penyakit yang popular dalam kalangan masyarakat maka umum perlu mengetahui tips mengurangkan penyakit kencing manis ini dengan baik. .

Bagi pesakit pula, jangan pernah berasa hilang arah apabila anda mengetahui bahawa anda mendapat penyakit ini kerana penyakit kencing manis ini boleh dikawal sekiranya anda menguruskan penyakit ini dengan baik.

“Tiada penyakit yang tiada rawatan”

Pesakit yang mempunyai penyakit kencing manis masih boleh menjalani kehidupan seperti orang biasa kerana penyakit ini bukanlah penyakit yang menyebabkan kematian. TETAPI sekiranya anda tidak mengawal pemakanan dan gaya hidup anda dengan betul, penyakit ini boleh berakhir dengan kematian.

“Kematian itu pasti, tetapi bagaimana cara kita mati itu yang membezakan siapa kita”

Pesakit perlu mencapai dan mengekalkan paras gula dalam darah dalam julat yang normal seperti di bawah:-

​Puasa : 4.4 -6.1 mmol/l
​Tidak berpuasa : 4.4 -8.0 mmol/l
​HbA1c: <6.5%

HbA1c adalah ujian bagi menentukan purata kepekatan glukosa dalam plasma darah. Ujian HbA1c mata dikenali sebagai ujian Hemoglobin A1c merupakan protein dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh. HbA1c terbentuk apabila glukosa bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membentuk glycated haemoglobin.

Tujuan ujian HbA1c dilakukan adalah bagi melihat keberkesanan rawatan pesakit kencing manis dan boleh mengetahui pesakit yang berisiko tinggi untuk mendapatkan penyakit kencing manis ini.

Kencing manis
Walau bagaimana sekalipun, Sasaran HbA1c mengikut faktor:-


• Muda yang sihat : 6.0-6.5%
• Warga Emas, cenderung kepada hipoglisemia (tahap gula rendah dalam darah) : 7.0-8.5%

Antara Tips Mengurangkan Penyakit Kencing Manis adalah:-

1) Diet yang sihat dan seimbang

Kencing manis


Diet yang sihat dan seimbang adalah diet yang mempunyai karbohidrat, protein, serat, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

a) Karbohidrat

Biasa kita akan mendengar pesakit kencing manis berkata:-

“Selepas saya makan nasi, paras gula dalam darah terus meingkat”

Atau

“Saya makan nasi waktu malam,  paras gula dalam darah saya meningkat. Jadi saya dah tak makan nasi waktu malam, saya ambil mee/ bihun sahaja waktu malam”

Nasi, bihun, mee merupakan salah satu jenis kumpulan karbohidrat Komplex yang memberi tenaga. Karbohidrat akan menghasilkan glukosa yang mempengaruhi paras gula dalam darah. Jadi, pengambilan karbohidrat dalam KUANTITI yang TIDAK BETUL akan menyebabkan PENINGKATAN GULA dalam darah WALAU PUN anda mengambil pada waktu malam (SARANAN SEBELUM PUKUL 7 malam).

Karbohidrat terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu.

1) Karbohidrat Komplex

Karbohidrat komplex merupakan kumpulan makanan yang akan bertukar menjadi gula TETAPI ianya perlu dicerna dan lambat untuk diserap dalam salur darah. Justeru itu, kumpulan ini tidak akan menyebabkan peningkatan paras gula darah secara mendadak.

“Pengambilan makanan dari kumpulan ini hendaklah diagihkan sepanjang hari dan BUKAN dimakan sekali gus dalam kuantiti yang banyak”

Contoh:-
Nasi, Mee, bihun, roti, kekacang, papodom dll

2) Karbohidrat Ringkas

Kumpulan karbohidrat yang akan meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat.
Contoh:- semua jenis gula, minuman manis, sapuan (jem/ kaya), ice cream dll

b) Sayur-sayuran

Kumpulan sayur-sayuran ini DIGALAKKAN untuk diambil dalam kuantiti yang banyak (25g/hari). Hal ini disebabkan kumpulan ini mempunyai SERAT yang TINGGI. Pada masa yang sama, sayur-sayuran ini merupakan salah satu sumber tumbuhan yang susah untuk dihadam. Justeru itu ianya dapat membantu melambatkan penyerapan gula dalam salur darah.

“Serat juga membantu seseorang berasa kenyang dengan lebih lama dan mencegah masalah sembelit. Justeru itu, pengambilan serat yang tinggi amatlah disarankan”

c) Buah-buahan

Pengambilan buah-buahan yang digunakan bagi pesakit kencing manis adalah 2 kali sehari mengikut posisi yang betul iaitu:-

  • 1 biji Apple/ pir/ oren (sekali makan) boleh DIGANTIKAN dengan
  • 8 biji anggur;
  • 1/2 buah mangga;
  • 1 potong betik
  • 1 biji kiwi
  • 1/2 biji buah jambu
“Pengambilan buah secara berlebih-lebihan akan meningkatkan paras gula dalam darah, ambil mengikut porsi yang ditetapkan SAHAJA”

2) Makan masa yang tetap

Masa makan yang tetap amat DISARANKAN kepada pesakit Kencing Manis agar insulin dalam tubuh badan boleh mengeluarkan insulin pada waktu yang tetap. Sekiranya pesakit makan pada waktu yang tetap, maka mampu mengawal paras gula dalam darah.

Contoh:-
Sarapan pagi 2 jam selepas bangun tidur atau 6 – 8pagi setiap hari
Makan tengah hari dalam pukul 12.00-1.30 petang
Makan malam dalam pukul 6.30 -7.00 malam

“ELAKKAN pesakit kencing manis daripada skip masa makan utama kerana sekiranya mereka skip maka akan menyebabkan pesakit mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dan akan menyebabkan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak”

3) Tingkatkan pengambilan air

Bagi pesakit yang mengalami penyakit kencing manis ini, mereka akan kerap berasa dahaga. Saranan pengambilan air adalah 6-8 gelas sehari.

“Air masak BUKAN air manis ya kerana air masak 0 kalori TETAPI air manis mempunyai kadar gula yang Tinggi”

4) Kekal Aktif

Melakukan aktiviti senaman bagi mengelakkan paras gula dalam keadaan yang sihat.

5) Hipoglisemia

Hipoglisemia merupakan satu keadaan di mana paras gula dalam darah menjadi rendah dengan bacaan 4.4 mmol/L dan ke bawah.

“Paras gula dalam darah semasa hipoglisemia berbeza mengikut individu”

Faktor penyebab Hipoglisemia adalah:-


√ Tidak mengambil makanan mengikut keperluan,
√ Senaman secara berlebihan
√ Mengambil alkohol berlebihan atau
√ Insulin berlebihan.

Tanda-tanda hipoglisemia adalah seperti:-



Langkah-langkah penjagaan pemakanan sewaktu hipoglisemia:-


1) Periksa paras gula secepat mungkin sekiranya terdapat tanda-tanda hypoglisemia
2) Sekiranya paras gula rendah anda perlu ambil:-
• Gula pasir : 1 sudu makan
• Madu : 2 sudu makan
• Minuman kotak / jus buah yang dimaniskan : ½ kotak (125 ml)
• Gula-gula : 3 biji

Pesakit perlu periksa semula paras gula dalam darah selepas 15 minit anda mengambil gula bagi meningkatkan paras gula dalam darah. Jika paras gula dalam darah masih rendah, ambil lagi makan salah satu makanan (mengikut sukatan) di atas.

“Digalakkan mengambil hidangan makanan utama secepat mungkin selepas anda mengambil makanan untuk tingkatan paras gula dan periksa semula paras gula dalam darah selepas 1 jam”.

Rujukan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/en/diet-untuk-diabetes-mellitus/
2) http://www.myhealth.gov.my/ujian-hba1c/
3) http://jknj.jknj.moh.gov.my
4) http://www.healthhub.sg
5) http://www.diabetes.org
6) http://www.mayoclinic.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh