Tips Menarik Minat Anak Makan Sayur-Sayuran

Tips Menarik Minat Anak Makan Sayur-Sayuran
Ramai ibu bapa yang risau akan anak tidak makan sayur-sayuran. Hal ini disebabkan sayur-sayuran adalah salah satu makanan yang penting dalam pemakanan seharian. Justeru itu, bagaimana bencinya anak-anak akan makanan tersebut ibu pasti akan mencuba untuk membuatkan anak-anak suka akan makanan tersebut. Di sini kami akan menyediakan beberapa Tips Menarik Minat Anak Makan Sayur-Sayuran.


Seandainya anda mengalami masalah kesukaran untuk memberikan anak suka makan sayur, jangan risau kerana terdapat pelbagai cara untuk minat anak mengambil sayur dalam pemakanan seharian mereka.

PERINGATAN!!!
Tidak wajar bagi ibu bapa memarahi atau memukul anak-anak sekiranya tidak mengambil sayur-sayuran tetap ajari anak bagaimana hendak menyukai sayur-sayuran tersebut.

“Kerana anak adalah acuan daripada ibu bapa sendiri bukan orang luar”

Tips Menarik Minat Anak Makan Sayur-Sayuran

Cara atau tips yang dikongsi untuk menarik minat anak makan sayur supaya gizi seimbang kepada anak-anak yang sukar untuk makan pelbagai makanan yang berkhasiat terutamanya. 

1) Perkenalkan pelbagai jenis sayur-sayuran semasa usia anak masih kecil lagi

Tips Menarik Minat Anak Makan Sayur-Sayuran
Semasa anak masih kecil, mereka masih tidak kenali apa itu sedap. Justeru itu, memperkenalkan pelbagai jenis sayur semasa kecil adalah salah satu cara terbaik untuk memastikan anak suka akan semua sayur BUKAN memilih sesetengah jenis sayur sahaja.

Tips menarik minat anak-anak minat akan sayur adalah dengan:-

  • Setiap hari perkenalan satu jenis sayur

– Sekiranya boleh perkenalan jenis sayur yang kurang enak dahulu seperti sayur hijau
– Dan diikuti dengan sayur yang manis seperti carrot, tomato. Cara ini lebih kurang sama dalam penyediaan anak picky eater.

  • Jangan marah anak sekiranya tidak mahu mencuba sayur tersebut buat pertama kali. Cuba pada hari seterusnya agar anak give up untuk menolak
  • ​Pelbagaikan texture sayur

– Semasa memperkenalkan sayur yang sama pasti penyediaan texture sayur yang berbeza agar anak mencuba sayur yang tidak diminati tanpa disedari

Texture sayur mudah diubah TETAPI agak sukar untuk menukar mind set berkenaan dengan rasa sayur-sayuran yang dirasainya. Justeru itu, ibu perlu KREATIF dalam penyediaan makanan anak-anak”

​Jadikan masa makan merupakan masa yang dinanti-nantikan oleh anak maka ianya akan lebih mudah ibu bapa memperkenalkan makan baru kepada anak-anak

“Daya ingatan kanak-kanak adalah sangat kuat.  Justeru itu, elakkan memori yang teruk berkenaan dengan sayur-sayuran”

2) Masukkan sayur-sayuran dalam makanan kegemaran anak

Masukkan sayur kedalam makan kegemaran anak-anak agak mudah TETAPI ibu perlu memastikan masukkan dahulu sayuran tersebut dalam KUANTITI yang SEDIKIT dahulu.

Ianya bagi mengelakkan anak-anak daripada terus tidak mengambil makanan kegemaran mereka. Sekiranya ini berlaku maka ianya akan menyulitkan lagi keadaan bagi memperkenalkan sayur-sayuran kepada mereka.

“INGAT jadikan sayur sebagai suatu makanan yang terbaik buat mereka BUKAN musuh bagi mereka”

3) Perkenalkan sayur sebagai snek sihat buat mereka

Ibu bapa perlu menjadi satu suri tauladan terbaik buat anak-anak agar mereka mengambil sayur-sayuran sebagai snek sihat buat mereka. Tetapi bagaimana hendak membuatkan mereka suka akan sayur tersebut?

Tips menarik minat anak bagi menjadikan sayur sebagai snek sihat adalah:-

  • ​Ibu bapa sendiri perlu mengamalkan cara ini

Contoh mudah, jadikan tomato sebagai snek sihat ketika menonton televisyen berbanding memberikan anak keropok segera yang tiada khasiat kepada tumbesaran anak-anak

  • ​Sentiasa mempunyai sayur-sayuran seperti timun/ carrot yang sudah dipotong memanjang bagi memudahkan anak-anak mengambilnya untuk makan
  • ​ELAKKAN pengambilan perisa tambahan ketika menjadikan sayur-sayuran sebagai snek sihat.

Perbuatan ini akan menyebabkan deria rasa anak lebih kepada perisa tambahan tersebut berbanding perasaan asli sayur-sayuran tersebut.

 

4) Sentiasa melibatkan anak-anak dalam pemilihan sayur-sayuran segar

 

Penglibatan anak-anak dalam pemilihan sayur mampu membuatkan mereka berasa minat untuk mencuba untuk merasai sendiri rasa sayur-sayuran yang mereka pilih. Kanak-kanak kecil sebenarnya masih mudah dibentuk berbanding dengan mereka yang sudah dewasa. Justeru itu, selagi boleh membentuk minat mereka terhadap sayur-sayuran maka perkenalkanlah.

Semasa penglibatan anak-anak dalam pemilihan sayur-sayuran, ibu boleh menceritakan akan kebaikan pengambilan sayur seperti:-

√ Mencegah pelbagai penyakit (TERUTAMANYA dari segi penghadaman)
√ Membantu dalam meningkatkan daya tahan tubuh
√ Rasa sayur yang sedap sekiranya pelbagaikan pengambilan sayur

Mereka sememangnya tidak memahami apa yang diperkatakan tetapi mereka akan mengingati apa yang dikatakan. Hal ini disebabkan memori anak kecil lebih tinggi berbanding mereka yang sudah meningkat usia.

5) Hiasi sayur-sayuran dalam bentuk yang menarik semasa menyediakan makanan

Mata merupakan salah satu senjata utama bagi kanak-kanak. Kerana dari pandangan mata sudah menarik maka perkenalan pertama mereka akan sayur-sayuran akan berubah. Justeru itu, ketika hendak memperkenalkan makanan baru buat anak-anak hiasan pada sayur tersebut haruslah menarik.

Hiasan mudah adalah seperti:-
√ Potongan sayur carrot perlu dalam bentuk bintang atau bunga agar anak lebih minat untuk mencuba makan sayur tersebut
√ Potongan sayur JANGAN terlalu tebal kerana ianya akan menyulitkan anak untuk makan
√ Potongan dalam bentuk memanjang juga mudah bagi anak kecil memegangnya

Dalam erti kata mudah, ibu perlu KREATIF semasa menyediakan makanan anak-anak. Semakin kreatif ibu maka semakin mudah untuk menarik minat anak mencubanya.

“Dari mata turun ke hati, begitu juga dengan kanak-kanak dari pandangan mata mereka sayur terlihat sedap maka mereka akan lebih tertarik untuk mencubanya”

Mudah bukan penyediaan makanan bagi menarik minat anak untuk mengambil sayur dalam pemakanan seharian mereka. Sebenarnya ibu bapa tidak perlu berasa risau sekiranya anak tidak mengambil sayur-sayuran kerana lama kelamaan mereka akan mengambilnya sekiranya ibu rajin memperkenalkan sayur tersebut. Tips yang paling penting adalah ibu perlu rajin melayu anak dan kreatif dalam penyediaan anak-anak.

***Ibu kreatif anak akan menyukai semua jenis makanan yang ada ***

Rujukan:-
http://www.myhealth.gov.my/buah-buahan-dan-sayur-sayuran-kenapa-perlu/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh