Tips Kekal Aktif Di Rumah Sepanjang PKP

Tips kekal aktif di rumah sepanjang PKP amatlah penting bagi memastikan anda kekal sihat walaupun hanya duduk di rumah. Justeru itu, pastikan semua orang ramai ketahui tips kekal aktif di rumah ini pada zaman PKP ini. 

PERINGATAN!!! 

PKP atau Work From Home (WFH) BUKAN masa untuk menambahkan berat badan tetapi perlu kekal sihat dan JANGAN lupa TINGKATKAN ibadah anda ketika berada di rumah bersama ahli keluarga (bagi yang muslim).

Tips Kekal Aktif Di Rumah Sepanjang PKP

Kekal aktif di rumah

Ihsan Gambar daripada Nutritionist KKM

Antara tips kekal aktif di rumah sepanjang PKP adalah dengan:-

1) Tunaikan solat sunat untuk kekal aktif dalam sehari (bagi muslim)

TAHUKAH ANDA!!!

Sekiranya anda menunaikan solat sunat juga merupakan salah satu senaman harian. Justeru itu, bagi yang beragama Islam anda DIGALAKKAN untuk melakukan solat sunat agar anda kekal aktif dalam sehari. Setiap pergerakan solat (berdiri, rukuk dan sujud) merupakan salah senaman yang ramai tidak ketahui.

Justeru itu, amalkanlah amal ibadah untuk menambahkan pahala dalah sehari. Pada masa yang sama, di musim PKP ini perbanyakan amal ibadah agar kita lebih dekat dengan ALLAH SWT. Hal ini disebabkan, masa PKP ini memberi ruang dan masa untuk kita menambahkan amal ibadah yang selama ini kita telah tinggalkan. 

2) Jadikan waktu menonton Netflix/ televisyen waktu senaman

Kekal aktif di rumah

Sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia bersenam hanya di taman sahaja. Tetapi disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah di istiharkan oleh pihak kerajaan telah mengubah gaya hidup seluruh rakyat Malaysia. Kita perlu mengamalkan normal baharu iaitu dengan lakukan aktif senaman TIDAK kira tempat. Justeru itu, anda boleh melakukan senaman ketika menonton televisyen dirumah.

Baca Juga :   6 Langkah Bijak Kurangkan Gula

PERINGATAN!!!

ELAKKAN melakukan senaman ketika sedang menonton televisyen bersama keluarga kerana masa bersama keluarga adalah masa yang PENTING. Justeru itu, lakukan senaman ketika berseorangan atau bergurau bersama anak-anak.

3) Berjalan naik turun tangga

Selain daripada anda bersenam menggunakan tenaga anda juga boleh berjalan naik turun tangga di rumah bagi mereka yang mempunyai tangga di rumah. Hal ini disebabkan senaman naik turun tangga merupakan salah satu jenis senaman yang meningkatkan tahap kardiovaskular dalam tubuh badan. Dengan cara itu anda mampu untuk mengeluarkan peluh pada tubuh dalam sehari.

4) Lakukan senaman rengangan

Senaman rengangan ini mampu membuatkan segala urat dan otot tubuh menjadi sihat. Justeru itu, kita perlu sentiasa melakukan senaman rengangan agar kita tidak mudah untuk mendapat kecederaan semasa melakukan senaman. Lakukan senaman yang mudah ke sukar mengikut kemampuan setiap individu. 

5) Lakukan kerja rumah dengan pantas

Tips kekal aktif di rumah sepanjang PKP yang seterusnya adalah lakukan kerja rumah dengan pantas dalam satu masa. Walau bagaimana sekalipun, ketika melakukan aktiviti mengemas rumah dengan pantas kita WAJIB menjaga keselamatan diri ketika di rumah. Hal ini ditakuti kadar kepantas membuat kerja di rumah mampu menyebabkan seseorang itu tercedera tanpa disedari. 

6) Menggerakkan badan mengikut jenis senaman

Kekal sihat di rumah

Walau pun kekal di rumah, anda perlu kerap melakukan pergerakan agar anda lebih sihat dan cergas dalam melakukan segala pekerjaan. Justeru itu, lakukanlah pergerakan badan mengikut jenis senaman yang dilakukan. ELAKKAN melakukan pergerakan yang terlalu berlebihan di hadapan BUKAN MAHRAM. Ianya bagi menjaga nama baik mereka sendiri. 

***WALAUPUN KITA MENASIHATI SETIAP WARGANET UNTUK KEKAL AKTIF, ADAB TETAP PERLU DIJAGA***

7) Mencari idea sumber aktiviti fizikal atas talian

Dunia semakin maju, justeru itu anda boleh mendapatkan sumber aktiviti fizikal atas talian yang mudah tetapi mampu untuk mengeluarkan peluh. Justeru itu, dapatkanlah idea mudah untuk membuat aktiviti fizikal. Tetapi, perlu di ingatkan agar sentiasa melakukan aktiviti rengangan sebelum melakukan aktivti fizikal.

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini mampu membuatkan anda kekal aktif di rumah sepanjang PKP ini. Anda perlu kekal aktif agar sentiasa cergas tetapi pastikan setiap aktiviti fizikal yang dilakukan itu bersesuaian dengan anda BUKAN ikut tanpa hala tuju yang bermanfaat.

Baca Juga :   6 Cara Mengatasi COVID -19 Secara Efektif

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh