Tips Elak Makan Lewat Malam

Tips elak makan lewat malam ini sangat PENTING bagi golongan yang mahu berdiet atau kurus. Hal ini disebabkan kebiasaan makan pada waktu malam yang menjadi salah satu penyebab utama dalam penambahan berat badan tanpa disedari. Justeru itu, anda perlu BIJAK dalam memilih diet agar anda TIDAK meningkat berat badan tanpa anda sedari. 

Tips Elak Makan Lewat Malam

Tips Elak Makan Lewat Malam

Kredit Gambar daripada Nutritionist


Tips ELAK makan lewat malam adalah seperti :-

  • Rancang waktu makan Harian

Waktu makan sangat PENTING bagi setiap manusia. Justeru itu, anda perlu merancang Jadual makan anda agar dapat MENGELAKKAN diri daripada makan pada lewat malam.

Anda perlu memastikan masa makan anda adalah terancang seperti:-

    • Sarapan 2 jam selepas bangun tidur atau selepawt-lewatnya pukul 8.00 pagi
    • Minum pagi SEKURANG-KURANGNYA susu segelas (TIDAK WAJIB)
    • Makan Tengah hari TIDAK lebih daripada pukul 2 petang
    • Makan malam TIDAK lebih daripada pukul 8.00 malam

Sekiranya anda mampu mengikut jadual makan yang teratur setiap hari nescaya anda dapat MENGELAKKAN diri anda daripada makan pada lewat malam. Aturan masa makan yang betul BUKAN sahaja dapat MENCEGAH anda daripada makan lewat malam, pada masa yang sama, ianya juga dapat membantu anda untuk kurus dalam keadaan yang sihat.

Tips untuk mendapatkan Berat badan yang ideal adalah dengan cara :-

a) JANGAN TINGGALKAN 3 waktu makan utama (Sarapan, Makan Tengah hari & Makan malam)

b) TINGKATKAN pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam sehari

Tips Elak Makan Lewat Malam

c) ELAKKAN mengambil minuman manis GANTIKAN dengan mengambil air masak SEKURANG-KURANGNYA 8 gelas sehari.

d) Dapatkan tidur yang mencukupi dalam sehari SEKURANG-KURANGNYA 8 jam sehari

e) Kekal positiof dan lakukan senaman ringan setiap hari

  • ELAK tidur lewat

TAHUKAH ANDA!!!

Kebarangkalian untuk anda makan pada waktu malam adalah TINGGI sekiranya anda tidur lewat. Justeru itu, ELAKKAN diri daripada tidur lewat malam.

Baca Juga :   Cara Menghilangkan Tumit Kaki Pecah

Amalkan rutin harian anda untuk tidur tepat pada masanya agar anda mendapatkan rehat yang mencukupi dalam sehari. Pada masa yang sama, anda mampu MENGELAKKAN diri anda daripada makan pada lewat malam TERUTAMANYA pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sekiranya anda TIDAK tidur pada awal waktu MUNGKIN anda akan mudah berasa lapar. Dan pastinya anda akan mengambil makanan yang TIDAK sihat tetapi mampu membuatkan anda berasa kenyang dengan cepat. 

INFO!!!

Makan pada lewat malam BUKAN satu perkara yang baik, pada masa yang sama ianya juga merupakan satu amalan yang mampu membuatkan anda menjadi seseorang yang TIDAK sihat dari hari ke hari.

***ELAKKAN AMALAN MAKAN PADA WAKTU MALAM SETIAP HARI***
  • Jika masih LAPAR anda perlu:-

Semasa anda berjaga malam dan anda berasa lapar, anda boleh mencuba cara ini. Diharapkan tips ini mampu membantu anda untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang walaupun pada waktu malam.

Antara tipsnya adalah:-

  • GANTIKAN jajan dengan sayur-sayuran seperti karot, timun atau tomato. Sayur-sayuran ini mampu menjadi penganti pengambilan jajan anda pada waktu malam
  • Ambil susu sebagai ganti minuman manis
  • Ambil sebiji buah-buahan sekiranya berasa lapar
  • ELAKKAN mengambil chocolate atau makanan yang manis dalam satu masa 

Anda mampu untuk menghalang diri anda daripada mengamalkan gaya pemakan yang TIDAK sihat ini. Hal ini disebabkan semua itui bergantung kepada diri anda. Sekiranya anda lakukan maka anda akan mendapat keputusan yang sangat memberangsangkan sekiranya tidak maka sebaliknya.

Justeru itu, semua keputusan berada di tangan anda kerana anda yang memilihnya. Sekirany TIDAK pasti bertanya kepada mereka yang lebih arif agar anda kekal sihat dalam mengamalkan sesuatu diet tersebut.

Baca Juga :   Punca Sakit Pinggang Pada Wanita Muda
***ANDA LAKUKAN ANDA AKAN MENDAPATKAN MANFAATNYA***

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh