Tips Berpuasa Buat Pesakit Gastrik

Menjelang sahaja bulan puasa pasti akan ada macam-macam asalan yang bakal diberikan kepada mereka yang sudah berniat untuk tidak berpuasa. Justeru itu, bagi mereka yang benar-benar mengalami masalah gastrik, anda boleh ikuti tips berpuasa buat pesakit gastrik. Tips ini bagi MENGELAKKAN anda daripada tidak boleh berpuasa sehari pada bulan ramdahan ini. 

TAHUKAH ANDA!!!

Bermulanya Ramadan maka pola makanan anda juga akan berubah. Dari tiga kali hidangan makanan utama kepada 2 kali hidangan makanan utama. Disebabkan perubahan pola pemakanan ini, anda boleh mengalami penurunan berat badan dan peningkatan asid dalam perut semasa perut kosong. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku ikutilah tips menghalang daripada terjadinya perkara seperti di atas.

Tips Berpuasa Buat Pesakit Gatrik

Sebelum meneruskan berkenan dengan tips berpuasa buat pesakit gastrik, kita perlu ketahui juga simptom yang akan di alami oleh pesakit gastrik. Antara simptom normal yang bakal di alami oleh pesakit adalah:-

  • Pedih ulu hati
  • Loya
  • Muntah-muntah
  • Kembung perut

Simptom ini kerap di alami oleh mereka yang mengalami masalah gastrik. Walaubagaimana sekalipun, perkara di atas boleh DIELAKKAN atau DIKURANGKAN sekiranya anda tahu cara mengawalnya. Antara Tips berpuasa buat pesakit gastrik adalah seperti berikut:-

1) Tips pengambilan makanan ketika berpuasa

Cara Menurunkan Kadar Kolesterol Jahat Yang Tinggi

a) Pengambilan makanan yang mempunyai karbohidrat (Karbohidrat komplex) yang lambat di hadamkan semasa bersahur.

Ianya bertujuan untuk memberikan tubuh badan masih mempunyai tenaga walaupun sudah tengah hari kerana makanan yang lambat dihadam ini akan memberikan sumber tenaga yang lebih panjang masanya.

Contoh karbohidrat yang lambat di hadam adalah:-

  • Nasi
  • Roti
  • Mee
  • Oat

ELAKKAN pengambilan makanan seperti:-

  • Minuman yang manis
  • Minuman berkarbonat
  • Berkafein 
Baca Juga :   Panduan Mengatasi Masalah Bagi Pesakit Kanser Setelah Menerima Rawatan

Tips Berpuasa buat pesakit gastrik

b) DISARANKAN mengambil kurma ketika bersahur kerana kurma mempunyai banyak khasiat seperti serat, karbohidrat, potasium, magnesium dan iron

c) ELAKKAN pengambilan makanan yang tinggi garam atau masin. Hal ini disebabkan pengambilan makanan yang masin boleh menyebabkan seseorang itu mudah berasa dahaga.

d) Kekacang seperti kacang almond. Kekacang mengandungi protein dan serat yang baik. Justeru itu, ianya DISARANKAN diambil sebagai penambahan dalam pemakanan ketika berpuasa.

PERHATIAN!!!

Bagi mereka yang mempunyai alahan atau penyakit gout pengambilan ke kacang adalah TIDAK DIGALAKKAN mengambil kekacang sebagai makanan tambahan. Tanya dahulu doktor anda sama ada anda boleh mengambil kekacang atau tidak ketika bulan puasa.

e) DISARANKAN mengambil makanan yang berpangang atau dibakar berbading makanan yang bergoreng dan berlemak.

Tips Berpuasa buat pesakit gastrik

ELAKKAN

INFO SIHAT!!!

Makanan yang bergoreng atau berlemak akan menyebabkan seseorang itu berasa lebih cepat letih. Hal ini kerana lemak lebih cepat bertukar menjadi tenaga berbanding dengan protein.

f) Lewatkan bersahur tetapi percepatkan berbuka setelah mendengar azan

g) JANGAN lupa mengambil ubat yang doktor telah bekalkan untuk anda kuat berpuasa. 

2) Tips pemilihan minuman ketika berpuasa bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik

Tips Berpuasa buat pesakit gastrik

a) Lebihkan pengambilan air masak bagi menggantikan kehilangan air semasa berpuasa. DISARANKAN pengambilan air masak 8 gelas sehari TIDAK TERMASUK air manis.

b) DISARANKAN pengambil segelas susu sebelum habis masa sahur. Hal ini disebabkan pengambilan susu mampu mengurangkan simptom gastrik dan ulser.

c) ELAKKAN pengambilan minuman yang masam kerana minuman seperti ini akan menyebabakan ianya akan menganggu deria rasa sepanjang berpuasa.

Setelah ketahui tips berpuasa buat pesakit gastrik, maka anda sudah boleh mengikuti amalan ini sedikit demi sedikit dalam kehidupan seharian anda.

Perkara yang perlu DIELAKKAN semasa berpuasa sekiranya anda mengalami masalah gastrik.

  • JANGAN mengambil makanan yang boleh meningkatkan paras asid dalam tubuh badan. Antara makanannya adalah:-
  • Coklat
  • Makanan yang berlemak
  • Buah-buahan yang mengandungi asid (limau, lemon, tomato dll)
  • Minuman berkafein
  • ELAKKAN pengambilan makanan yang boleh merosakkan dinding perut seperti cuka, makanan yang pedas.
  • ELAKKAN terus tidur setelah anda berbuka atau bersahur. Ianya akan meningkatkan kebarangkalian anda untuk mendapatkan masalah asid reflux ketika tidur. Asid reflux merupakan kejadiaan yang menyakitkan kerana asid di dalam perut keluar ke mulut.
  • ELAKKAN pengambilan makanan yang banyak dalam satu masa tidak kira ketika bersahur mahupun berbuka
  • JANGAN merokok ketika bulan puasa kerana merokok akan meningkatkan kadar masalah gastrik di dalam tubuh.
Baca Juga :   Penyebab Berat Badan Cepat Naik

Puasa merupakan satu KEWAJIPAN buat semua umat islam yang sihat tubuh badan. Justeru itu, carilah cara yang sesuai untuk memastikan kita dapat melaksanakan amanah ini dengan sempurna kerana bulan puasa datang sekali setahun sahaja. 

***Datangnya membawa sinar pulangnya membawa seribu satu kedukaan***

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh