Tips Berpuasa Bagi Pesakit Kencing Manis

Bulan puasa sudah menghampiri kita maka bermulalah penjagaan pemakanan bagi pesakit kencing manis. Justeru itu, terdapat beberapa tips berpuasa bagi pesakit kencing manis. Hal ini disebabkan pesakit kencing manis sangat penting untuk menjaga pemakanan bagi mengelakkan mereka mendapatkan kesan yang negatif.

Pesakit kencing manis BOLEH berpuasa tetapi mereka perlu mengikuti semua saranan yang diberikan oleh pakar pemakanan kepada mereka.


Antara kesan negatif yang sering berlaku kepada pesakit kencing manis adalah:-

  • Hypoglycemia 

Hypoglycemia merupakan satu situasi dimana paras gula pesakit kenicng manis terlalu rendah sehingga menyebabkan pelbagai simptom seperti dibawah ini:-

Tips Berpuasa

PERINGATAN!!!

Sekiranya hypoglycemia ini TIDAK DIRAWAT dengan betul ianya akan memberi kesan NEGATIF kepada pesakit sehingga boleh meragut nyawa. Justeru itu, bagi pesakit kencing manis yang mahu berpuasa anda WAJIB mengikuti segala tips ini bagi mengelakkan anda mengalami masalah ini.

  • Hyperglycemia

Keadaan hyperglycemia JARANG berlaku tetapi masih ada juga yang akan mengalaminya. Hal ini disebabkan bukan semua pesakit kencing manis akan mengalami kesan negatif yang sama yang PENTING pantau keadaan pesakit setiap 4 jam selepas bermulanya puasa. Hal ini bagi memastikan mereka TIDAK MENGALAMI simptom hyperglycemia atau hypoglycemia.


Antara simptom hyperglycemia adalah:-

 

PENTING!!!

Ambil ubat ketika bersahur atau berbuka. TANYA DOKTOR kesesuaian mengambil ubat pada masa yang mana lebih sesuai. Bagi pesakit yang mengunakan insulin berjumpa dengan doktor untuk memastikan masa yang sesuai untuk menyucuk insulin. ELAKKAN daripada tidak mengambil ubat-ubatan ketika berpuasa.

Tips Berpuasa Bagi Pesakit Kencing Manis

Antara tips berpuasa bagi pesakitb kencing manis adalah:-

1) Lewatkan masa bersahur

Bagi pesakit kencing manis, mereka WAJIB bersahur bagi mengelakkan meraka mengalami masalah hypoglycemia. Waktu bersahur perlulah selewat mungkin sebelum waktu imsak. Ketika bersahur pesakit kenicng manis perlu menyeimbangkan makanan dengan karbohidrat yang secukupnya.

2) JANGAN melambatkan waktu berbuka

ELAKKAN melambatkan waktu berbuka bagi pesakit kencing manis. Bagi mereka yang mahu menunaikan solat Maghrib, sudah memadai waktu berbuka dengan 2 biji kurma terlebih dahulu sebagai sebahagian daripada karbohidrat. Pada masa yang sama, hadkan pengambilan makanan yang tinggi gula semasa berbuka.

PERINGATAN!!!

Pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan paras gula dalam darah meningkat tanpa kawalan. Sentiasalah mengawal pengambilan gula semasa berbuka bagi mereka yang mengalami masalah penyakit kencing manis.

3) DIGALAKKAN mengambil hidangan utama selepas solat maghrib

Bagi mereka yang mahu makan selepas solat maghrib, DIGALAKKAN mengambil pemakanan yang seimbang seperti karbohidrat, protein, dan serat yang mencukupi.

INFO SIHAT!!!

Fungsi serat adalah membantu seseorang itu berasa kenyang dengan lebih cepat serta mempunyai vitamin dan mineral yang mencukupi untuk tubuh badan. Selain daripada itu, serat juga mampu membantu mereka yang mempunyai masalah penghadaman disebabkan kurang mengambil air ketika berpuasa.

4) Minum malam selepas selesai menunaikan solat terawaih

Tips Berpuasa

DISARANKAN mengambil minuman selepas selesai solat terawih bagi mengantikan snek petang. Disarankan mengambil susu penganti makanan utama. Hal ini bagi mengelakkan mereka mengambil makanan berat sebelum tidur.

5) HADKAN pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak


6) HADKAN pengambilan makanan yang tinggi garam

Tips Berpuasa
Makanan yang tinggi garam ini akan menyebabkan seseorang itu berasa haus dengan lebih cepat. Justeru itu, bagi mengurangkan rasa dahaga, hadkan pengambilan makanan yang tinggi garam dan gantikan makanan yang masin kepada produk makanan yang natural. 

***DISARANKAN mengambil air kosong yang secukupnya dalam sehari iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari***

Pengusunan penagmbilan air kosong dalam sehari adalah seperti berikut:-

  • 2 gelas semasa berbuka
  • 2 gelas selepas menunaikan solat maghrib
  • 2 gelas selepas terawih
  • 2 gelas semasa bersahur

Sekiranya mengambil air kosong juga amatlah disarankan terutamanya ketika cuaca panas. Walau bagaimana sekalipun, ELAKKAN pengambilan air yang terlalu banyak bagi pesakit yang WAJIB MENGAWAL pengambilan air dalam sehari. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil air.

Tips berpuasa ini bukan sahaja sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kencing manis TETAPI ianya boleh diguna pakai kepada semua. Ianya sangat bermanfaat kepada kita, diharapkan agar semua mampu mendapat manfaat daripada tips yang disediakan ini. 

“Diharapkan tips ini berguna buat pesakit kencing manis dan semua”

***SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1442 Hijrah***

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh