Tip Mendidik Anak Untuk Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan bulan yang mulia, justeru itu sebagai ibu bapa pastinya kita mahukan anak turut berpuasa sekiranya sudah mencapai umur. Justeru itu, tip mendidik anak untuk berpuasa di bulan Ramadhan amat berguna buat semua ibu bapa di luar sana.

Terkadang kita tersilap pandang dalam mendidik anak-anak menunaikan kewajipan ini. Justeru itu, pada kali ini kita harus bijak dalam mendidik mereka merasai kenikmatan bulan Ramadhan pada tahun ini. 

“Dalam mendidik anak menjadi seorang insan mulia terkadang ada pasang surutnya justeru itu jangan pernah berputus asa dalam mendidik anak menjadi manusia yang berguna”

Tip Mendidik Anak Untuk Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Pada penulisan kali ini, terdapat beberapa tip mendidik anak untuk berpuasa di bulan Ramadhan ini. Antara tip mendidik anak berpuasa adalah seperti berikut:-

1) Terangkan Nikmat Orang Islam Menyambut Bulan Ramadhan

Anak kecil merupakan kain putih yang bersih maka sebagai ibu bapa kita yang perlu memastikan kain putih itu mempunyai tompok hitam atau kekal putih. Justeru itu, ibu bapa perlu bijak mendidik anak dalam menerangkan nikmat dan keindah berpuasa di bulan Ramadhan ini. Cara memberikan penerangan haruslah menarik dan mudah untuk mereka fahami.

Cara menerangkan nikmat orang islam menyambut Bulan Ramdhan adalah dengan:-

  • Memberitahu mereka bahawa bulan Ramadhan adalah bulan penghapus dosa dan mempunyai 1 malam yang lebih baik daripada seribu bulan (malam lailatul Qadar’)
  • Berpuasa di bulan Ramadhan mendidik kita agar bersabar dalam menghadapi dugaan
  • Berpuasa ini sebagai satu perisai diri daripada terus-terusan melakukan dosa
  • Sihat tubuh badan kerana tubuh mempunyai masa untuk berehat
  • Dapat merasai keperitan mereka yang tidak mempunyai kelebihan menikmati makanan yang lebih enak berbanding kita

PERINGATAN!!!

Dalam mendidik anak untuk berpuasa di bulan Ramdhan ini, ibu bapa sendiri perlu menjadi role model yang terbaik buat anak-anak. ELAKKAN anak-anak terlihat ibu atau bapa tidak berpuasa.

2) Berikan ganjaran kepada anak-anak sekiranya berpuasa penuh di bulan Ramadhan

Berpuasa di bulan Ramadhan

ELAKKAN memberi ganjaran di dalam bentuk wang ringgit kerana ditakuti mereka berpuasa hanya disebabkan oleh wang. Walaubagaimana sekalipun, ganjaran berupa wang boleh diberikan sekiranya kita mampu mengajar anak bersedekah di bulan Ramadhan dengan wang ganjaran yang diperolehi agar mendapat ganjaran pahala yang berganda.

Selain daripada ganjaran wang, ibu bapa boleh menawarkan anak-anak ganjaran lain seperti:-

  • Setiap kali berpuasa penuh mereka boleh membuat pilihan juadah berbuka puasa atau
  • Puasa penuh di bulan Ramadhan akan mendapat kelebihan memilih baju raya yang dikehendaki mereka atau
  • Boleh memilih kampung mana yang mereka mahu balik raya tahun ini

Semua ganjaran ini lebih tertumpu kepada apa yang mereka mahukan sekiranya mereka berpuasa cukup di bulan Ramadhan. Sekiranya mereka tidak mampu melakukannya maka mereka TIDAK LAYAK untuk membuat pilihan. Dengan itu, kita mampu mengajar mereka erti kesukaran mendapatkan sesuatu ganjaran tanpa berusaha melalkukannya. 

3) Lewatkan Masa bersahur

Sahur merupakan amalan makan sebelum berpuasa di pagi hari. Bangun sahur ini PENTING buat anak kecil kerana sahur mampu memberikan mereka peluang untuk makan sebelum berpuasa. Justeru itu, dalam mendidik anak untuk melakukan amalan berpuasa ini ibu perlu melewatkan sedikit masa bersahur agar anak-anak mempunyai lebih bertenagan di pagi hari. 

PENTING!!!

Pastikan semasa bersahur anak makan secukupnya agar mempunyai tenaga di siang hari. Sekiranya terlihat anak sukar untuk membuka mata maka ibu pelru menyuapkan makanan kepada mereka agar mereka lebih banyak makan daripada tidur.

Niat puasa di bulan Ramadhan 

4) ELAKKAN aktiviti yang memenatkan di siang hari

Berpuasa di bulan Ramadhan

Semasa berpuasa ibu bapa perlu menyediakan aktiviti yang TIDAK meletihkan anak-anak. Hal ini bagi mengelakkan mereka daripada menagis kerana kelaparan. Justeru itu, pilihlah permainan yang tidak memenatkan atau alihkan pemikiran mereka akan perasaan lapar. 2 jam sebelum waktu berbuka, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak beriadah diluar atau pergi ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka. 

5) JANGAN letakkan makanan di atas meja

Sudah menjadi lumrah buat anak kecil bangunan tidur akan membuka tudung saji untuk melihat makanan untuk bersarapan. Justeru itu, semasa bulan Ramadhan ini JANGAN atau ELAKKAN meletakan makanan yang lebih semasa sahur di atas meja. Hal ini bakal menarik perhatian anak untuk makan di siang hari. Simpanlah lebihan makanaan semasa sahur di atas dapur agar dapat mengelakkan anak daripada terlihat makanan tersebut.

Diharapan tips mendidik anak untuk berpuasa di bulan Ramadhan ini dapat membantu dan bermanfaat untuk ibu bapa dalam mendidik anak berpuasa. Setiap satu kepayah akan terpancarnya sinar kejayaan. Justeru itu, jangan pernah berputus asa dalam mendidik anak menjadi seorang insan yang terbaik. Anak adalah corak yang dibentuk oleh kita jadi bentukan acuan itu sebetulnya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh