Ibu

Teknik Mendidik Anak Menghormati Ibu

Sebagai ibu bapa pasti mahukan sesuatu yang terbaik agar masa hadapan anak terjamin. Justeru itu, ibu bapa WAJIB mendapatkan teknik mendidik anak dengan betul agar mereka ketahui apa yang boleh dilakukan dan apa yang TIDAK boleh dilakukan. Justeru itu, sebagai ibu bapa mereka WAJIB ketahui teknik yang betul dalam mendidik anak agar mereka menghormati ibu.

 

Teknik Mendidik Anak Menghormati Ibu

 

Dalam memberi tips mendidik anak menghormati ibu, ibu bapa perlu ketahui juga cara anak berlajar sesuatu. Hal ini disebabkan daripada pembelajaran secara tidak langsung itu yang membuatkan mereka kenal erti menghormati insan yang bergelar ibu.

Antara perkara yang sering mereka pelajari dan menjadi salah satu ilmu untuk menghomati ibu adalah:-

1) Anak belajar menghormati ibu dengan selalu melihat cara ayah menghomati ibu

Justeru itu, bagi MENGELAKKAN anak hilang rasa hormat terhadap insan yang bernama ibu, bapa perlu terlebih dahulu menunjukkan sifat menghormati akan ibu. Hal ini disebabkan anak sering melihat perbuatan yang bapa lakuakan tanpa bapa sedari. Jadilah bapa contoh yang faham cara menghormati ibu dengan sejujurnya.

“Ibu adalah syurga buat anak-anak maka pelajarilah cara menghormatinya dengan cara yang betul”

2) Anak belajar tentang adab pada ibu dengan melihat adab ayah terhadap ibu

Teknik mendidik anak

“Adab adalah budi perketi yang halus atau tingkah laku yang baik”

Justeru itu, sebagai anak, kita WAJIB menjaga adab ketika bersama ibu bapa. Jadi, bagi mendidik anak menjaga adab di hadapan ibu, bapa perlulah menjaga adab terlebih dahulu agar anak fahami erti menjaga adab yang sebenarnya.

Antara adab yang perlu bapa jadikan Contoh dihadapan anak adalah:-

  • ELAKKAN memarahi ibu di hadapan anak-anak.
Baca Juga :   Harga Set Bersalin atau Set Berpantang Shaklee Terkini 2019

Cara ini boleh menyebabkan anak kurang rasa hormat akan ibu kerana bapa boleh memarahi ibu tanpa ada rasa segan untuk memarahinya. Justeru itu, bagi memastikan anak fahami maksud sebenar adab, bapa perlu MENGELAKKAN sifat memarahi ibu di hadapan anak-anak.

  • ELAKKAN merendahkan atau memperlekeh apa yang dilakukan oleh ibu

 

Contoh yang terbaik buat anak-anak adalah bapa sentiasa memuji segala perbuatan baik ibu agar mereka ketahui cara terbaik untuk menghargai ibu yang sudah melahirkan mereka. ELAKKAN sifat suka merendahkan atau memperlekeh akan suatu perbuatan yang telah dilakukan oleh ibu.

“Waimah orang yang TIDAK dikenali sekalipun, ibu mahupun bapa TIDAK boleh memperlekehkan sesuka hati kerana itu adalah contoh yang TIDAK baik buat anak-anak”
  • Sentiasa menghadiahkan senyuman kepada ibu

Senyuman adalah satu sedekah yang paling mudah untuk kita kecapi, justeru itu limparkanlah senyuman kepada isteri sebagai tanda penghargaan. Dengan cara ini dapat mengajar anak cara mengharagi ibu serta sesuatu yang berada di depan mata.

3) Anak belajar mendengar kata-kata ibu apabila dia selalu melihat ayah tidak memperlekeh setiap kata-kata ibu


Setiap perkataan yang keluar dari mulut bapa akan menjadi contoh buat anak-anak, justeru itu bagi MENGELAKKAN anak menjadi seorang yang degil bapa perlu memainkan peranan. Bapa perlu sentiasa menggunakan perkataan yang sopan ketika berbicara dengan ibu agar anak fahami cara untuk berbicara dengan ibu.

4) Anak belajar rendahkan suara pada ibu apabila dia selalu melihat ayah merendahkan suara ketika bercakap dengan ibu


Gunakan nada yang rendah dan lembut ketika bercakap atau memanggil isteri agar anak turut menggunakan nada suara yang sama. Setiap nada panggilan memainkan peranan agar anak tahu batas mereka sebagai seorang anak.

“Anak adalah cerminan kita ketika menjalani bahtera kehidupan”

5) Anak belajar untuk sayangi ibu apabila melihat ayah menyayangi ibu

Anak akan lebih menyayangi ibu sekiranya mereka melihat bapa menyanyangi ibu. Hal ini disebabkan kasih sayang adalah lumrah kebahagian dalam sesebuah keluarga.

Besar bukan peranan seorang insan yang bergelar ayah. Sebenarnya mereka bukan sekadar ketua keluarga tetapi ayah juga memberi pengaruh positif terhadap anak-anak. Justeru itu, segala tindak tandu seorang ayah boleh menjadi satu pendidikan tidak langsung terhadap anak-anak.

“Bagaimana acuan begitulah hasil kuihnya”

PERINGATAN!!!

Anak TIDAK belajar dari apa yang diajarinya TETAPI anak akan belajar dari apa yang DILIHAT dan DIDENGARINYA. Justeru itu, jadilah suri tauladan yang terbaik buat anak-anak.

Baca Juga :   Kekal Cantik Selepas Bersalin

Mahukan anak menghormati ibu maka ayah perlu menghormati ibu dahulu. Hal ini disebabkan, anak menjadikan ayah contoh terdekat dalam sesuatu perbuat dan tingkah laku kerana ayah adalah manusia yang terdekat dalam hidup mereka selepas ibu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh