Tanda-tanda Orang Dewasa Yang Dijangkiti COVID-19

Tanda-tanda orang dewasa yang dijangkiti COVID -19 ada banyak. Tanda-tanda ini berbeza dari semasa ke semasa mengikut jenis jangkitan yang ada perolehi. Justeru itu, anda perlu peka akan tanda-tanda orang dewasa yang dijangkiti COVID -19 ini. Kepekaan pada masa kini sangat PENTING kerana bagi memastikan anda peka akan jangkitan COVID -19 ini.

Tanda-tanda Orang Dewasa Yang Dijangkiti COVID -19

Tanda-tanda

Ihsan Gambar Daripada KKM

Antara tanda-tanda Orang dewasa yang dijangkiti COVID -19 ini adalah:-

1) Demam berpanjangan

Demam yang berpanjangan adalah salah satu tanda anda MUNGKIN DIJANGKITI virus COVID -19 ini. Walau bagaimana sekali pun, BUKAN semua mereka yang demam berpanjangan merupakan orang yang sudah terjangkiti dengan virus tersebut. Hal ini disebabkan, sekiranya anda demam berpanjangan MUNGKIN juga boleh disebabkan oleh faktor lain seperti DENGGI.

Justeru itu, sekiranya anda mendapat simptom demam berpanjangan ini, anda WAJIB menghadirkan diri ke hospital atau klinik yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut. Walau bagaimana sekali pun, anda WAJIB memastikan dahulu bahawa anda BUKAN close contact dengan pesakit POSITIF COVID -19.

Sekiranya anda merupakan close contact kepada pesakit positif dan anda mempunyai gejala demam maka anda perlu:-

  • Menghubungi talian CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan maklumat lanjut
  • Kuarantin diri seperti yang diarahkan oleh pihak KKM
  • ELAKKAN diri daripada keluar daripada kawasan rumah kerana anda mempunyai gejala demam dan PASTIKAN JANGAN memotong gelang sesuka hati TANPA arahan KKM
“Anda perlu memantau sendiri taraf keselamatan diri anda sendiri. ELAKKAN diri daripada menjadi faktor penyebab penyebaran virus ini”

2) Kelesuan bertambah teruk

Kelesuan juga merupakan salah satu tanda-tanda orang tersebut MUNGKIN dijangkiti virus COVID -19 ini. Walau bagaimana sekalipun, dapatkan khidmat Nasihat daripada Doktor sekiranya anda kerap lesu dan perlu dipastikan bahawa anda BUKAN close contact pesakit POSITIF COVID -19.

Baca Juga :   Kelebihan Sukan Sunnah Diajar Kepada Anak-anak

3) Kesukaran bernafas 

Kesukaran bernafas ini merupakan salah satu simptom yang sering di alami oleh mereka yang sudah berada di tahap 4 atau tahap 5. Justeru itu, sekrianya anda mengalami masalah kesukaran bernafas maka hadirkan diri untuk bertemu dengan doktor. 

PERHATIAN!!!

Kesukaran bernafas ini sangat bahaya TERUTAMANYA kepada golongan warga emas atau mereka mempunyai masalah penyakit yang banyak seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dan lain-lain.

“PASTIKAN anda mempunyai oximeter dirumah bagi memudahkan anda memantau SPO2 % anda”

SPO2 % adalah salah satu indikator untuk memastikan kadar oxygen dalam tubuh badan anda mencukupi. Tahap SPO2 % yang selamat adalah sekitar 95 sehingga 100%. Walaupun anda sudah mempunyai oximeter di rumah, JANGAN abaikan masalah kesukaran bernafas ini TERUTAMANYA bagi mereka yang mempunyai masalah sakit jantung. 

4) Sakit dada

Sakit dada juga merupakan salah satu tanda yang sangat digeruni oleh orang ramai kerana sakit dada merupakan salah satu tanda MUNGKIN anda sudah terjangkiti penyakit ini. Walau bagaimana sekali pun, anda WAJIB berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. JANGAN bertanya dengan Mr Google kerana sesungguhnya Mr Google BUKAN doktor berkenaan dengan penyakit ini. 

5) Bibir atau jari kebiruan

Tanda-tanda

Bibir atau jari kebiruan BUKAN salah satu simptom yang semua pesakit COVID -19 perolehi. Justeru itu, JANGAN terlalu takut sekiranya bibir atau jari kebiruan. Tetapi anda perlu peka akan perubahan ini sekiranya anda merupakan salah satu orang yang close contact dengan pesakit positif COVID -19. 

6) Batuk, muntah atau cirit yang semakin teruk serta kencing kurang

Semua ini merupakan tanda-tanda orang dewasa yang dijangkiti COVID -19.  Walau bagaimana sekali pun, JANGAN menjadikan ianya salah satu kayu ukur yang valid dalam memantau tanda-tanda ini. Hal ini disebabkan BUKAN semua pesakit akan mengalami tanda-tanda yang sama.

PASTIKAN anda berjumpa doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda ini. Walau bagaimana sekali pun, JANGAN terlalu takut akan jangkitan virus ini kerana virus ini juga makhluk ALLAH SWT. Maka dari ALLAH SWT ia datang dan dari ALLAH SWT  juga ianya akan kembali.

Baca Juga :   5 Cara Memikat Hati Mertua

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh