Tanda-tanda Masalah Tidur Yang Tidak Mencukupi

Tidur merupakan salah satu aktiviti yang amat penting bagi memastikan kelestarian kehidupan pada masa akan datang. Justeru itu, anda perlu ketahui tanda-tanda masalah tidur yang tidak mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan seseorang itu akan menghadapi masalah ganguan emosi yang tidak stabil. Justeru itu, tidur yang mencukupi amatlah penting buat semua tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak. 

TAHUKAH ANDA!!!

Masa tidur yang berkualiti amat penting. Justeru itu, amatlah disarankan untuk mendapatkan tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari bagi memastikan tubuh badan dapat rehat yang mencukupi.

Tanda-tanda Masalah Tidur Yang Tidak Mencukupi

Antara tanda-tanda masalah tidur yang tidak mencukupi dalam kalangan manusia yang bergelar wanita, lelaki mahupun kanak-kanak adalah:-

1)Tahap iritability diri meningkat secara mendadak 

“Iritability adalah situasi dimana anda cenderung untuk marah dan sukar untuk mengawal amarah”

Justeru itu, sekiranya anda sudah merasai diri anda mudah untuk marah cari semula kestabilan diri anda agar sifat amarah itu mampu dikawal. Antara cara untuk mengawal amarah adalah dengan:-

  • Ambil wuduk bagi mereka yang muslim
  • Duduk seketika sekiranya anda sedang berdiri

Dengan mengambil satu langkah untuk relex mampu membuatkan rasa marah itu berkurangan walaupun hanya sekadar duduk

Masalah tidur

  • Jauhkan diri dengan keadaan yang mampu meningkatkan rasa marah
  • Pandang alam semulajadi bagi mengurangkan rasa marah
“Marah itu api maka carilah air untuk memadamkan api tersebut”

2)Kestabilan emosi terganggu



Emosi sering dikaitkan dengan masalah tidur. Hal ini disebabkan kekurangan tidur mampu menggangu emosi seseorang itu tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Justeru itu, bagi mendapatkan emosi yang stabil tidur yang mencukupi amatlah membantu selain daripada belajar untuk mengawal stress. 

“Emosi mampu dikawal sekiranya anda mampu mendapatkan tidur yang berkualiti”

Emosi yang terganggu juga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi seorang yang serba tidak kena. Hal ini disebabkan kecelaruan minda kerana tidak mendapatkan tidur yang mencukupi. Sekiranya itu berlaku maka mereka akan menjadi serba tidak kena ketika melakukan sesuatu serta mudah terasa sekiranya bekerja di dalam kumpulan. 

“Bagi MENGELAKKAN perkara ini berlaku anda DISARANKAN mendapatkan tidur yang mencukupi dalam sehari”

***Tidur merupakan satu terapi yang terbaik untuk mengawal emosi yang tidak stabil***

Baca Juga :   Keperluan Semasa Mengandung Bayi

3)Kurang fokus dalam melakukan sesuatu

Kekurangan tidur mampu membuatkan seseorang itu tidak fokus ketika melakukan sesuatu. Justeru itu, tidur yang cukup amat penting bagi memberikan fokus kepada seseorang.

Pada masa yang sama, disebabkan oleh kurangnya tidur akan menyebabkan seseorang itu mudah lupa akan sesuatu yang sedang dilakukan. AMALKAN tidur yang mencukupi dalam sehari bagi mendapatkan semula fokus dalam melakukan sesuatu.

Sekiranya anda mengalami masalah untuk mendapatkan tidur yang mencukupi, mungkin anda boleh mencuba cara ini bagi memudahkan anda mendapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti. Antara cara mendapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti adalah dengan:-

a) Mandi satu jam sebelum tidur menggunakan air panas

b) ELAKKAN daripada mengambil apa-apa makanan yang manis dua jam sebelum tidur

c) Gunakan aromatik perfume semasa tidur agar tidur anda menjadi lebih berkualiti

d) Bagi kanak-kanak, ELAKKAN memberikan mereka coklat dua jam sebelum tidur

Masalah tidur

e)Ambil susu sebelum tidur bagi memberikan kesegaran dalaman

Bukan semua cara ini sesuai untuk setiap orang. Walau bagaimana sekalipun, mencuba untuk meningkatkan stamina dalaman adalah lebih baik daripada tidak ikhtiar langsung.

Justeru itu, bagi meraka yang mempunyai tanda-tanda masalah tidur yang tidak mencukupi ini DIGALAKKAN untuk mencari jalan penyelesaian sebelum anak menjadi mangsa untuk melepaskan amarah. 

PERINGATAN!!!

Anak adalah anugerah yang terindah buat ibu bapa, justeru itu berikan kasih sayang dan ELAKKAN sifat marah memarahi anak. Ianya bagi memastikan tumbesaran anak adalah sempurna seperti kanak-kanak lain.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh