Tanda-tanda Amaran Strok

Tanda-tanda amaran strok yang BUKAN mudah untuk di ramalkan. Hal ini disebabkan BUKAN semua orang tahu tanda-tanda amaran stroke. Justeru itu, amatlah PENTING untuk anda ketahui tanda-tanda amaran stroke TERUTAMANYA bagi mereka yang sudah berusia.

Disebabkan terlalu ramai yang masih TIDAK PEKA akan amaran strok awal ini, maka hari ini kami akan berkongsikan serba sedikit berkenaan tanda-tanda amaran strok awal. Ianya bagi memudahkan lagi urusan mereka untuk mengambil langkah PENCEGAHAN bagi MENGELAKKAN berlakunya strok dengan lebih teruk lagi. 

Tanda-tanda Amaran Strok

Amaran strok


Anda boleh mengikuti “BEFAST” untuk ketahui tanda-tanda amaran strok. Walaupun BUKAN semua pesakit strok akan mengalami masalah atau tanda-tanda amaran strok yang sama TETAPI ianya boleh menjadi kayu ukur kepada semua untuk mengetahui tanda-tanda awal amaran strok.

Antara tanda-tanda amaran strok yang biasa berlaku dalam kalangan masyarakat adalah:-

1) B : Balance (keseimbangan)

Bagi mereka yang sudah mempunyai 3 serangkai iaitu seperti :-

  • Kencing manis,
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kolesterol Tinggi

Bagi penyakit 3 serangkai ini LEBIH mudah untuk mendapat strok kerana ada berlakunya blockage pada saluran darah sekiranya TIDAK mengawalnya. Sekiranya perkara itu berlaku maka ianya amatlah bahaya dan boleh menyebabkan strok. Justeru itu, anda perlu WAJIB ketahui amaran strok dari awal lagi. Amaran pertama biasanya pesakit akan hilang keseimbangan tubuh badan. 

***MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT***

2) E : Eyes (Mata) 

Amaran strok

 

Tanda-tanda amaran strok yang pada awalnya adalah penglihatan hilang di sebelah atau di kedua-dua belah mata. Sekiranya ia berlaku maka DISARANKAN untuk berjumpa dengan doktor bagi memastikan mendapat PENCEGAHAN awal. 

PERINGATAN!!!

Selain daripada amaran strok awal adalah hilang penglihatan, pembaca juga WAJIB ketahui bahawa mereka yang mempunyai paras gula yang tinggi juga mudah untuk kehilangan penglihatan maka bertemulah doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih lanjut.

Baca Juga :   5 Cara Memikat Hati Mertua

3) F : Face (Muka)

Kebiasaannya, mereka yang mendapat minor atau major strok akan mengalami sedikit perubahan pada muka seperti muka kelihatan herot atau herot sebelah. Sekiranya anda melihat perkara seperti ini maka DISARANKAN untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat. 

4) A : Arm (Lengan)

Tanda seterusnya adalah, sebelah lengan menjadi lemah atau kebas. TETAPI perlu diingatkan BUKAN semua tanda awal strok adalah lengan menjadi kebas atau lemah. Setiap pesakit strok akan mengalami tanda-tanda amaran strok secara berbeza. 

5) S : Speech (Pertuturan)

Amaran strok

Bagi mereka yang mengalami masalah strok kebiasaanya akan mengalami masalah pertuturan. Pertuturan yang TIDAK jelas atau sukar untuk bertutur merupakan salah satu TANDA amaran strok yang paling mudah untuk di lihat. Pertuturan mudah untuk terlihat sekiranya kita sering bertutur atau bercakap dengan pesakit.

6) T : Time (Masa)

JANGAN ambil masa yang panjang sekiranya anda melihat kesemua tanda-tanda amaran strok seperti di atas. Anda perlu terus menghubungi kecemasan secara serta merta. 

Cara Penjagaan Pesakit Strok

Cara penjagaan pesakit strok tidaklah semudah yang disangka, walau bagaimana sekali pun sekiranya anda sudah ketahui cara penjagaannya maka ianya akan lebih mudah. Antara cara penjagaan pesakit strok adalah:-

  • Tahu cara untuk membersihkan diri pesakit strok

Perkara paling PENTING semasa penjagaan pesakit strok adalah menjaga kebersihan diri pesakit. Pihak penjaga WAJIB ketahui cara untuk menjaga kebersihan pesakit bagi MENGELAKKAN diri pesakit daripada mendapat penyakit lain seperti bed sore (Luka dibelakang badan)

  • Pelajari cara untuk menukar lampin pakai buang pesakit strok

Salah satu cara untuk MENGELAKKAN pesakit daripada terkena jangkitan kuman atau bed sore di bhagian belakang badan adalah dengan menjaga kebersihan mereka. Iaitu dengan cara kerap menukar lampain pakai buang setiap 4 jam sekali atau sesudah mereka membuang hajat.

  • Ketahui cara untuk melakukan senaman ringan kepada pesakit strok 
Baca Juga :   Cara Merawat Penyakit Hati Dalam Islam

Senaman ringan ini sangat bagus untuk memastikan segaal urat saraf pesakit berfungsi walaupun sudah terkena strok. TETAPI perlu diingati bahawa senaman ini perlu dipelajari daraipada mereka yang pandai melakukan senaman dahulu. Bertanya kepada fisioterapi bagi melakukan senaman kepada pesakit strok ini.

PERHATIAN!!!

JANGAN sesekali melakukan senaman TANPA mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar fisioterapi yang sah.

Diharapkan dengan adanya perkongsian ini dapat membantu mereka yang sedang dilema ketika menjaga mereka yang sakit. Menjaga orang yang sakit ini sebenarnya banyak pahala maka jagalah mereka dengan penuh kesabaran dan keikhlasan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh