Tanda Anak Ada Fear Loop

Anak fear loop bermaksud anak yang sentiasa berada di dalam ketakutan disebabkan oleh pelbagai faktor. Sekiranya terdapat tanda anak ada fear loop, ibu bapa perlu bijak dalam mencari solusinya agar anak tidak terus-terusan berasa takut akan sesuatu.

Antara faktor penyebab anak fear loop kerana mereka kerap:-

  • Di marah,
  • Di jerit,
  • Di tengking atau
  • Di pukul

PERINGATAN!!!

Ibu bapa perlu sentiasa melihat perubahan anak sekiranya menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak.

Sekiranya kita melihat sedikit sahaja perubahan anak-anak pastikan ibu bapa mendekati anak dan bertanya apa yang berlaku atau mahu berkongsi sesuatu dengan mereka agar anak dapat meluahkan apa yang dirasai mereka.

“Jadikan anak kawan ketika mendengar masalah yang mereka hadapi”

***ELAKKAN memarahi mereka sekiranya terlihat anak berubah tingkah laku***

Justeru itu, bagi MENGELAKKAN anak menjadi seorang kanak-kanak yang fear loop sebagi ibu bapa kita perlu bijak dalam memainkan peranan agar tiada tanda anak ada fear loop.

“Berikan sepenuh kasih sayang kepada anak yang masih kecil dan didik mereka dengan penuh kasih sayang ELAKKAN anak fear loop terhadap diri mereka atau orang lain”

Fear loop ini bahaya kerana anak akan sentiasa hidup dalam ketakutan walaupun dia tidak berbuat apa-apa kesalahan. Setiap satu tindak tanduk anak perlu diperhatikan agar kita boleh mengambil tindakan dengan cepat sekiranya mempunyai perubahan dalam diri mereka.

PERINGATAN!!!

Apabila anak mula berasa ketakuitan kepada orang dewasa mereka mula melakakuan sesuatu perkara sendiri kerana takut dimarahi oleh orang dewasa.

Tanda anak ada fear loop

Tanda anak ada fear loop boleh terlihat dengan mudah sekiranya kita sering bersama anak walaupun bagi ibu bapa yang sibuk bekerja. Hal ini disebabkan anak sentiasa ada bersama kita walaupun bukan 24 jam bersama bagi ibu yang bekerjaya. Antara tanda anak ada fear loop adalah seperti:-

1) Anak mula menipu

Anak mula menipu atau berdiam diri walaupun perkara itu berlaku di depan mata kerana bagi mereka menipu atau jujur sama sahaja tetap akan disalahkan. Perbuatan menipu bukanlah sesuatu yang sinonim dengan kanak-kanak tetapi sekiranya ianya sudah mula berputik sejak kecil lagi maka ibu bapa perlu berhati-hati.

2) Sukar untuk meluahkan perasaan mereka

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi ibu bapa mengharapkan anak kecil mula berdikari agar mereka lebih mudah untuk melakukan sesuatu. 

Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa anak bukan mahu berdikari tetapi lebih terjerumus kepada satu perasaan dimana mereka takut atau sukar untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Hal ini kerana mereka takut hendak berhadapan dengan situasi sebenar.

“Anak kecil yang sukar menyendiri ini bahaya kerana ditakuti mereka memendam rasa lebih, jadi ibu bapa perlu lebih alert dengan anak-anak ini”

3) Menjadi seorang yang penakut

 

Lumrah kanak-kanak untuk mengenali sesuatu yang baru dalam hidup, tetapi sekiranya kita terlihat anak mempunyai sifat takut akan sesuatu ibu bapa perlu cuba untuk jadikan anak berani semula. Carilah pelbagai alternatif agar anak menjadi berani akan sesuatu yang ditakutinya.

“Masalah fear loop ini membuatkan sifat keberani anak hilang dan hanya timbul perasaan takut akan sesuatu sahaja”

Disebabkan oleh ketakutan yang membuak-buak menyebabkan terkadang kita mendengar anak :-

  • Takut gelap
  • Takut binatang
  • Takut untuk berjumpa orang yang baru dalam hidup mereka
  • Takut untuk berkawan dll
“Atasi masalah ketakutan ini dengan mencuba sesuatu yang baru bersama ahli keluarga”

4) Selalu menangis

 

Salah satu sebab anak kerap menagis adalah disebabkan mereka mahu melawan segala ketakutan yang ada di dalam diri. Pada masa yang sama, mereka mengharapkan perhatian daripada ibu bapa sekiranya mereka menangis.

Jadi, salah satu tanda anak ada fear loop adalah kerap menangis sekiranya terlihat sesuatu yang boleh melahir rasa takut mereka.

“Jalan penyelesaian bagi masalah ini adalah peluk anak ketika menangis agar mereka berasa diri mereka selamat semasa berada di dalam pelukkan ibu bapa”

5) Lemah dalam bersosial

Kebanyakan anak yang mempunyai masalah fear loop ini sukar untuk bergaul dengan orang lain. Hal ini disebabkan oleh pandangan mereka pada orang sudah berbeza. Justeru itu mereka sukar untuk bergaul mesera dengan orang lain walaupun dengan kanak-kanak yang seusia dengan mereka. 


Anak fear loop
Masa kecil anak biarkan anak explore setiap satu perkara baharu agar mereka tahu apa itu rasa sakit, luka dll. Semua ini bagi meningkatkan sel-sel otak agar berfungsi dengan lebih baik. Jangan halang TETAPI nasihati mereka sekiranya sesuatu perkara yang ingin dilakukan itu merbahayakan diri.

  • ELAKKAN melepaskan geram pada anak mahupun kanak-kanak yang diasuh kerana ketika kecil perasaan anak amat rapuh.

Mereka mudah terguris tanpa kita sedari.

  • Layani mereka seperti RAJA bukan untuk dimanjakan tetapi kita perlu mengikut segala ajaran yang diajari oleh Nabi Muhammad S.A.W, anak yang berumur 7 tahun dan kebawah tidak boleh dimarah walaupun meninggikan suara.

Hal ini disebabkan Nabi tahu bahawa otak dan emosi anak kecil ini rapuh dan mudah rosak. Sekiranya mahu melahirkan generasi yang bijak pandai maka ibu bapa perlu bijak dalam mendidik anak-anak kerana anak adalah amanah yang terbesar daripada ALLAH.

2 Comments

  1. nani iswara
  2. Chipsmore

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh