Susu Badan Kurang Atau Sedikit Kerana 5 Sebab Ini

Susu badan kurang atau sedikit kerana 5 sebab ini. Kita sering melihat ibu yang baru melahirkan bayi memberikan susu formula kerana pengeluaran susu badan kurang walaupun selepas melahirkan bayi. Perbuatan ini menyebabkan ibu lebih cenderung untuk memberikan susu formula berbanding susu ibu itu sendiri.

“Susu ibu sangat baik kerana membantu dalam menguatkan lagi imun sistem bayi serta menghalang bayi daripada sering mendapat cirit-birit”.

PERINGATAN!!!
Bagi ibu yang mempunyai masalah atau berpendapat susu badan kurang dari sehari ke sahari JANGAN pernah berfikir untuk memberikan susu formula kepada bayi sekiranya berkeinginan untuk menyediakan penyusuan secara ekslusif kerana terkadang pandangan kita dan pakar berkenaan dengan kekurangan susu adalah berbeza.

“Tanya pakar cara untuk meningkatkan susu BUKAN tanya pada yang bukan ahlinya kerana susu ibu merupakan satu anugerah yang terindah bagi ibu dan anak”

Di sini kita berkongsi faktor mengapa susu ibu boleh menjadi kurang:-

1) Stress semasa memberikan anak susu

Terkadang bagi ibu yang baru sahaja pertama kali melahirkan anak, mereka terlalu excited untuk memberikan susu secara ekslusif buat bayi TETAPI akhirnya susu badan kurang atau tidak keluar. Perkara ini sering berlaku dan menyebabkan ibu stress pengakhirannya susu tidak boleh keluar dan pemberian susu formula adalah solusinya. Sekiranya ini berlaku, ibu yang dalam keadaan stress perlu belajar untuk mengawal stress dahulu.

Cara mengawal stress yang mudah adalah dengan:-

a) Ambil wuduk bagi yang beragama Islam kerana dengan mengambil wuduk mampu menangani masalah stress yang melampau dan mampu menenangkan jiwa.

b) Melihat ciptaan Tuhan yang indah seperti tumbuh-tumbuhan atau pergi kawasan yang berwarna biru.

Susu badan kurang

“Dengan itu, fikiran ibu akan menjadi lapangan dan memudahkan lagi urusan untuk mengeluarkan susu semasa bayi menyusu”.

c) Menggunakan aroma therapy seperti aroma Lavender bagi memastikan fikiran ibu sentiasa lapang dan relax. Sekiranya fikiran sudah menjadi lapang maka proses penyusuan juga menjadi lebih mudah.

d) Meluahkan perasaan dengan seseorang.


Susu badan kurang
Tujuan meluahkan perasaan ini adalah bagi mengurangkan masalah yang membelengu diri kita. Tetapi PERINGATAN kepada pendengar jangan tersalah memberi nasihat ATAU pendapat ditakuti orang yang sedang tertekan makin bertambah tertekan. Kalau boleh jadilah pendengar yang setia dan senyap sekiranya TIDAK mampu memberikan idea atau pendapat yang bernas.

e) Sentiasa positif dalam apa jua perkara

Berfikiran positif mampu membantu ibu yang sedang stress menjadi tenang dan berlapang dada dalam menghadapi sesuatu. Berfikiran secara positif juga membantu ibu menjadi lebih berfikiran terbuka dalam membuat keputusan.

2) Kurang mendapatkan sokongan daripada ahli keluarga

Sokong daripada ahli keluarga sangat PENTING kerana tanpa sokong ahli keluarga akan menyebabkan si ibu menjadi down kerana tidak mampu memberikan susu yang berkhasiat buat anak. Ibu juga akan menjadi murung dan menyebabkan hormon tidak menjadi stabil.

3) Kurangnya ilmu dalam penyusuan

Salah satu faktor penyebab susu badan kurang adalah kerana ibu kurang ilmu pengetahuan berkenaan dengan cara yang betul untuk menyusu. Sekiranya faktor ilmu pengetahuan yang kurang berkenaan dengan cara penyusuan ibu ini, ianya bukannya satu masalah yang besar kerana ilmu penyusuan boleh didapati di Pusat Laktasi Hospital. Ibu-ibu boleh mendapatkan bantuan berkenaan cara yang betul dalam penyusuan bagi memastikan bayi sentiasa mendapat susu yang cukup dalam sehari.

4) Kurang mengambil makanan yang bernutrisi

Ibu yang sedang menyusukan bayi, mereka WAJIB mengambil makanan yang mempunyai nutrisi yang tinggi dan baik, hal ini bagi memastikan ibu mampu menyediakan susu yang mencukupi buat bayi. Dalam erti kata yang mudah, ketika ibu sibuk memberikan susu buat bayi ELAKKAN pengambilan makanan yang tidak berkhasiat seperti junk food, fast food dan makanan segera yang lain.

 

“Ikutilah cadangan pinggan sihat daripada KKM atau food pyramid Malaysia agar ibu sentiasa mengambil makanan yang berkhasiat ketika menyusukan bayi”.

5) Kerap mengambil minuman sejuk

Ibu yang mahu menyusukan bayi secara ekslusif memerlukan air yang banyak agar keperluan air dalam tubuh dalam seharian mencukupi. Namun, kebanyakkan ibu lebih gemar mengambil minuman yang sejuk atau berais kerana mereka beranggapan bahawa minuman tersebut menyegarkan. Tetapi, mereka tidak sedar dengan pengambilan minuman yang sejuk ini akan menggangu pengeluaran susu kepada bayi. Walaupun ianya tiada kajian secara saintifik TETAPI ianya dipercayai dari zaman ke zaman kekerapan mengambil minuman yang sejuk mampu menganggu pengeluaran susu. Justeru itu, bagi ibu yang sedang menyusukan anak, amatlah digalakkan untuk mengambil minuman panas. Selain baik untuk pemulihan tubuh badan ianya juga membantu mengelakkan daripada susu badan kurang dari sehari ke sehari.

Sekiranya anda sedang berusaha untuk menjayakan proses penyususan susu ibu, dan mahu selesaikan masalah kekurangan susu badan, anda perlu mengelakkan diri daripada terlibat faktor-faktor di atas.

Rujukan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/tidak-cukup-susu-kepercayaan-dan-kebenaran/
2) http://www.myhealth.gov.my/cara-mengawal-stres/
3) http://www.myhealth.gov.my/penyusuan-susu-bagi-ibu-yang-bekerja/

One Response

  1. Mariani

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh