Snek sihat Untuk Si Manja

Snek sihat untuk si manja merupakan salah satu cara untuk menarik minat si manja untuk makan makanan yang sihat. Justeru itu, bagi memastikan si manja mendapat nutrisi yang mencukupi hasilkanlah snek sihat untuk si manja. Terdapat pelbagai jenis snek sihat untuk si manja yang ibu bapa boleh hasilkan tanpa membahayakan si manja. Walau bagaimana sekali pun, ilmu penghasilan snek yang sihat itu PENTING. 

Antara Tips menghasilkan snek sihat untuk si manja adalah seperti:-

  • Pelbagaikan jenis pemilihan snek dalam seminggu.

Dalam memperkenalkan makanan yang baharu buat si manja, ibu bapa WAJIB rajin mempelbagaikan jenis pemilihan snek dalam seminggu. ELAKKAN memberi snek yang digemari oleh anak sahaja. Ajari mereka untuk mencuba snek yang baharu dalam satu masa.

  • ELAKKAN memaksa anak untuk mengambil snek sihat secara paksaan.

Hasilkan snek yang sihat tetapi biar ianya menjadi pilihan hati si manja sendiri. Ianya bagi memastikan si manja akan berani untuk mencuba lagi jenis makanan yang baru. TIDAK salah untuk memaksa anak untuk makan tetapi ada caranya agar anak makan. 

“Didiklah anak untuk hormat dengan ibu bapa BUKAN takut dengan ibu bapa”
  • Pelbagaikan warna pilihan snek si manja

Pelbagaikan jenis warna jenis snek agar ianya dapat menarik minat si manja untuk mencuba pelbagai jenis makanan 

Snek Sihat Untuk Si Manja

Snek sihat untuk si manja

Dalam kehidupan seharian pastinya ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak. Justeru itu, ibu bapa WAJIB ketahui cara untuk menghasilkan snek sihat untuk si manja.

Antara snek sihat untuk si manja adalah:-

1) Sediakan buah-buahan segar sebagai pilihan

Snek Sihat Untuk Si Manja

TAHUKAH ANDA!!!

Ada anak kecil yang TIDAK gemar untuk memakan buah-buahan. Semua ini terjadi apabila ibu bapa TIDAK memperkenalkan pelbagai jenis makanan dalam kehidupan seharian anak-anak. Justeru itu, sediakanlah kepelbagaian makanan buat anak-anak.

Baca Juga :   Kebaikan Vitamin C Shaklee dan Harga

Dalam memperkenalkan buah-buahan kepada anak-anak, ELAKKAN memberi anak buah yang masam. Hal ini akan menyebabkan anak-anak TIDAK akan mengambil buah-buahan lagi kerana mempunyai serik untuk mencuba makanan tersebut. Justeru itu, perkenalkan buah-buahan yang manis dahulu kerana ianya mampu menarik minat anak untuk mencuba jenis buah yang baru.

Tips memperkenalkan kepelbagaian buah-buahan kepada si manja adalah dengan:-

a) Perkenalkan buah-buahan yang manis dan bersaiz kecil
b) ELAKKAN buah-buahan yang masam dan berbau kerana ianya akan menarik minat anak untuk tidak mahu mencuba makanan baru
c) Perkenalkan sedikit demi sedikit buah-buahan yang baru seminggu sekali (SEKIRANYA ibu bapa mampu)

2) Sediakan snek yang KURANG minyak, lemak, gula dan garam 

Snek Sihat Untuk Si Manja

Penyediaan makanan yang sihat adalah penting untuk masa hadpaan anak-anak. Justeru itu, ELAKKAN atau KURANGKAN pengambilan snek yang berminyak, lemak, gula dan bergaram. 

INFO SIHAT!!!

Tahukah anda, si manja yang berusia 1 tahun KEBAWAH TIDAK DIGALAKKAN untuk mengambil makanan yang berminyak, berlemak, manis dan masin. Hal ini disebabkan didikan makanan yang sihat bermula dari usia yang kecil.

***PILIHAN DITANGAN IBU BAPA***

3) ELAKKAN penyediaan makanan yang terproses

Makanan yang terproses merupakan salah satu jenis makanan yang tinggi lemak dan garam. Sekiranya, ibu bapa kerap menyediakan snek yang terproses ianya akan MENGALAKKAN anak-anak untuk memilih makanan yang TIDAK sihat berbanding makanan yang sihat.

Sekiranya mahu juga memberi si manja merasai makannan terproses BOLEH, tetapi hanya sekali sebulan sahaja. Hal ini disebabkan sudah menjadi lumrah manusia untuk merasi sesuatu yang enak dan sedap walaupun tidak sihat. PENTING, ibu bapa perlu mengawal pengambilan makanan seperti ini. 

4) Pilih snek sihat

Pemilihan snek sihat amatlah PENTING buat si manja seperti:-

  • Sandwich
  • Jagung rebus
  • Biskut tanpa krim atau gula
  • Chocolate
  • Ice cream

Sediakanlah snek sihat agar mereka mampu untuk membesar dengan lebih sihat. Pemilihan makanan yang sihat ini amat PENTING bagi memastikan tumbesaran mereka mengikut carta tumbesaran kanak-kanak. ELAKKAN menyediakan makanan yang TIDAK sihat kepada si manja kerana makanan yang TIDAK sihat akan menganggu tumbesaran kanak-kanak.

Baca Juga :   Cara Mendidik Anak Solat Semasa Kecil

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh