Ibu

Sistem Janji Temu Klinik Pada Musim COVID -19

Sejak Pandemik COVID -19 ini melanda seluruh aktiviti bertukar daripada berjumpa secara bersemuka kini semua diatas talian. Justeru itu, masih ramai yang TIDAK ketahui sistem janji temu klinik pada musim COVID -19 ini.

Justeru itu, sebagai rakyat yang prihatin kita WAJIB ketahui cara melakukan janji temu ke klinik agar tiada berlakunya perkumpulan secara beramai-ramai yang boleh menyebabkan wujudnya pelbagai kluster baru. 

TAHUKAH ANDA!!!

Sistem ini merupakan satu inisiatif daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan di klinik-klinik seluruh Malaysia. Ianya bagi memudahkan rakayat membuat temujanji untuk ketemu doktor.

Sistem Janji Temu Klinik Pada Musim COVID -19

Sistem Janji temu klinik

Menerusi sistem Janji Temu Klinik pada musim COVID -19 ini boleh menerusi cara :-

1) Tempahan slot janji temu di dalam Web http://www.malaysia.gov.my
2) Pemilihan slot janji temu selewat-lewatnya 24 jam SEBELUM tarikh janji temu yang dipilih 

PERINGATAN!!!

Setiap slot temu janji yang dibuat akan dihantar peringatan menerusi pesanan email setelah anda memilih slot temu janji.

3) Kes-kes kecemasan hendaklah mendapatkan rawatan segera tanpa menempah slot janji temu


Kes kecemasan merupakan keadaan di mana sekiranya anda tidak diberi rawatan dengan segera mungkin berlakunya kehilangan nyawa atau cacat kekal atau sekiranya rawatan ditangguh dengan lebih lama keadaan anda akan bertambah teruk.

Antara contoh kes kecemasan adalah:-

  • Serangan jantung
  • Sesak nafas
  • Sawan
  • Tidak sedarkan diri
  • Degupan jantung yang laju

PERINGATAN!!!

Pesakit WAJIB/ DISARANKAN hadir 30 minit lebih awal daripada masa janji temu anda. Ianya bagi memudahkan urusan pendaftaran dan sebagainya.

Kelebihan Sistem Temu Janji Klinik

Semua sistem yang telah diaktifkan atau diperkenalkan oleh pihak Kementerian Kesihatan mempunyai pelbagai kelebihan. Termasuk jugalah sistem ini mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Antara kelebihan sistem temu janji klinik ini adalah:-

a) Tempahan janji temu adalah 24 Jam sehari

Dengan wujudnya sistem ini maka ianya memudahkan urusan mereka yang sibuk bekerja. Mereka boleh menggunakan sistem ini 24 jam. Selain pesakit boleh menempah tarikh temu janji, pesakit juga boleh menempah slot janji temu. Dengan itu, temu janji bersama doktor adalah mengikut masa pesakit.

Pesakit boleh memilih satu slot waktu yang bersesuaian dengan masa mereka. Hal ini dapat menjimatkan lagi masa pesakit dan meningkatkan lagi taraf keselesaan pesakit untuk berjumpa dengan doktor. 

“Semua ini terjadi disebabkan dunia hanya di hujung jari, hanya dengan satu klik semuanya pasti akan dapat dicapai”

b) Menjimatkan masa

Di sebabkan pesakit sudah ketahui masa dan tarikh temu janji maka ianya lebih memudahkan pesakit membuat penyusunan jadual sebelum berjumpa doktor. 

“Sesungguhnya masa itu emas, maka jagalah masa sebaik mungkin”

c) Perkhidmatan yang lebih berkualiti

Dengan cara seperti ini maka pihak hospital atau klinik boleh memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pesakit. Hal ini disebabkan diantara slot setiap pesakit boleh memberikan sedikit ruang kepada doktor untuk bernafas atau berehat seketika. 

Tujuan Sistem Janji Temu Klinik Diperkenalkan

Antara tujuan sistem janji temu klinik ini diperkenalakan adalah disebabkan oleh:-

  • Mengurangkan tempoh masa menunggu pelanggan yang berkunjung ke kaunter pendaftaran
  • Mengurangkan bilangan pelanggan yang berkunjung ke klinik pada waktu yang sama
  • Memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuat temu janji secara atas talian
  • Memberi kemudahan kepada pentadbiran klinik untuk membuat permohonan temujanji bagi pihak pelanggan

Dengan melayari laman web ini, maka ianya akan lebih memudahkan urusan para pelanggan mahupun pesakit untuk mendapatkan rawatan segera daripada pihak hospital. 

PERINGATAN!!!

Sila layari http://www.malaysia.gov.my untuk pendaftaran kali pertama dan mengakses janji temu klinik Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh