Siapa Yang Patut Ambil Vaksin COVID -19

Semakin hari semakin ramai yang memohon untuk mendapatkan vaksin fasa 3 tetapi permohonan untuk mendapatkan vaksin COVID – 19 masih belum mencapai herd imunity lagi. Justeru itu, sebagai rakyat yang bijak marilah kita ketahui siapa yang patut ambil vaksin ini agar semua mampu dilindungi.

Hal ini disebabkan kita masih belum menang lagi. Sebagai rakyat yang prihatin marilah mendaftar untuk mendapatkan vaksin ini.

Siapa Yang Patut Ambil Vaksin COVID -19

Vaksin COVID - 19

Kredit Gambar : Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID – 19

Golongan yang layak mengambil vaksin ini adalah:-

1) Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas LAYAK mengambil vaksinasi ini

Justeru itu, bagi mereka yang lahir pada tahun 2003 dan ke bawah LAYAK mengambil vaksinasi ini. Selagi belum umur belum cukup 18 tahun maka anda masih belum layak untuk mendapatkan vaksinasi ini.

2) Golongan yang komorbid

Golongan komorbid ini merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk mengalami kesan yang teruk akibat jangkitan COVID -19 ini. Justeru itu, golongan ini perlu divaksinasi bagi melindungi mereka dari mengalami kesan yang teruk akibat jangkitan COVID -19 ini. 

Komorbid bermaksud orang yang mempunyai dua atau lebih penyakit/ keadaan perubatan yang tidak berkaitan secara serentak.

Kredit Gambar : Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID – 19

3) Golongan yang berisiko tinggi

Golongan yang berisiko tinggi LAYAK divaksinasi bagi MENGELAKKAN mereka daripada mendapat kesan yang teruk akibat jangkitan virus COVID -19 ini.

Antara senarai penyakit yang pengidapnya berisiko tinggi dan menjadi KUMPULAN UTAMA untuk divaksinasi selepas barisan hadapan adalah:-

  • Pesakit kencing manis

Pesakit kencing manis TIDAK KIRA Pesakit kencing manis Jenis 1 atau Jenis 2. Kedua-duanya perlu mendapatkan vaksin seawal mungkin bagi melindungi mereka daripada mendapat kesan yang teruk akibat jangkitan virus ini.

  • Obesiti

Obesiti bermaksud mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan iaitu BMI > 40 kg/㎡. Pada masa yang sama, pesakit obesiti ini mempunyai penyakit yang berkaitan dengan obesit LAYAK mendapatkan vaksin COVID -19 lebih awal lagi.

  • Penyakit Tekanan Darah Tinggi / mempunyai masalah kolesterol yang tinggi
  • Penyakit Jantung 

Mereka yang mempunyai masalah sakit jantung LAYAK mendapatkan vaksin lebih awal. Pesakit jantung termasuklah mereka yang mempunyai kongenital, atrial fibrilasi, penyakit arteri koronari, atau lemah jantung.

Hal ini disebabkan mereka yang mempunyai sejarah penyakit jantung lebih mudah untuk mendapat kesan yang teruk berbanding mereka yang tiada. Dan kebanyakan mereka yang meninggal dunia akibat virus ini juga adalah golongan yang mempunyai sejarah sakit jantung. 

“Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda berasa was-was akan kesan sampingan pengambilan vaksinasi ini”
  • Penyakit paru-paru 

Penyakit paru-paru ini termasuklah:-

  • Asma
  • Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik (COPD)

Pesakit-pesakit ini LAYAK mendapatkan vaksinasi lebih awal bagi mengurangkan kesan yang teruk akibat jangkitan ini. Justeru itu, JANGAN pernah menghalang mereka untuk mendapatkan vaksin COVID -19 lebih awal lagi.

“Kita masih belum menang”

  • Kanser

Bagi pesakit kanser, mereka yang layak mendapatkan vaksinasi adalah mereka yang telah stabil dan selesai mendapatkan rawatan. Walau bagaimana sekalipun, segala keputusan berkenaan dengan vaksin ini perlu mendapatkan nasihat daripada doktor yang merawat anda. 

  • Hamil dengan komorbid

Mereka yang sedang hamil LAYAK mengambil vaksin COVID -19 ini. Mereka yang hamil boleh mengambil vaksin antara usia kandungan 14 sehingga 33 minggu.

  • Penyakit Buah Pinggang Kronik

Pesakit buah pinggang yang LAYAK mengambil vaksinasi adalah mereka yang mengalami masalah penyakit buah pinggang tahap 3 sehingga 5 atau mereka yang sedang dialisis.

“JANGAN takut untuk divaksinasi kerana ia perlu divaksin bagi melindungi generasi yang akan datang”

INFO TAMBAHAN

Kredit Gambar : Jawatan kuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID – 19

Anda masih boleh menerima vaksin walaupun anda berada di dalam keadaan yang:-

  • Selepas kesakitan akut

Keadaan seperti demam (PERINGATAN!!! Divaksinasi 2 minggu selepas penyakit)

  • Selepas mendapat vaksin lain

PERINGATAN!!!

Mereka yang telah mengambil vaksin lain BOLEH mengambil vaksin COVID -19 ini selepas 2 minggu divaksin.

  • Ibu menyusu
  • Alahan ringan 

Sekiranya anda mengalami alahan makanan, ubat-ubatan, gigitan serangga LAYAK mengambil vaksin COVID -19 ini.
Sekiranya anda mempunyai alahan dan TIDAK PASTI mengenai TAHAP ALAHAN anda, anda DINASIHATI untuk merujuk doktor bagi memastikan keadaan kesihatan anda yang sebenarnya.

  • HIV 

Bagi pesakit HIV, mereka boleh divaksin sekiranya mereka berada dalam keadaan yang stabil. Sekiranya keadaan mereka tidak stabil maka perlu tunggu untuk keadaan mereka stabil.

Marilah kita beramai-ramai mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID -19 secara percuma. Kita mampu menang sekiranya kita berganding bahu mengambil vaksin ini. 

***Kita Jaga Kita keraan KITA belum menang menagani virus COVID -19 ini***

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh