Senarai Semak Pemakanan PKP

Senarai semak pemakanan PKP sangat PENTING bagi MENGELAKKAN diri daripada mendapat masalah berlebihan berat badan atau penyakit. Justeru itu, sebagai rakyat yang mementingkan kesihatan anda WAJIB mengamalkan gaya hidup sihat agar anda dapat terhindar daripada masalah ini. 

Senarai Semak Pemakanan PKP

Antara senarai semak pemakanan PKP adalah seperti:-

1) Mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan secukupnya dalam sehari

Senarai semak pemakanan

Pengambilan sayur-sayuran ini sangat penting kerana ianya merupakan salah satu sumber serat yang tinggi. Justeru itu, bagi MENGELAKKAN masalah sembelit kerana kekerapan bekerja di rumah maka amalkan pengambilan makanan yang tinggi serat secara mencukupi. 

“Saranan pengambilan serat dalam sehari adalah 25g/ day”

Saranan tersebut kelihatan seperti banyak tetapi sebenarnya pengambilan serat hanyalah sedikit sekiranya kita bijak dalam menyediakan pecahan pengambilan serat dalam sehari. Antara cadangan pengambilan serat agar ianya mencukupi adalah seperti:-

  • PASTIKAN pengambilan sarapan anda mengandungi serat contohnya overnight oat, oat yang dimasak dan lain-lain 
“Pelbagaikan pemilihan serat agar anda tidak berasa bosan untuk mengambilnya”
  • Tambahkan buah-buahan seperti 1 biji aple/ limau/ 3 biji kurma/ 1 sudu kismis dalam sarapan anda (SEKURANG-KURANGNYA 2 kali sehari) 

PERHATIAN!!!

Pengambilan serat yang mencukupi dapat menghindarkan diri daripada mendapat masalah sembelit dalam sehari. Pada masa yang sama dapat mengelakkan berlebihan pengambilan karbohidrat kerana serat membantu kita berasa cepat kenyang.

  • PASTIKAN pengambilan serat yang mencukupi ketika makan tengah hari dan malam
SARANAN: Pengambilan serat sekurang-kurangnya 1 cawan yang mentah atau 1/2 cawan yang sudah dimasak 

2) Amalkan konsep suku-suku separuh

Senarai semak pemakanan

Amalan konsep suku suku separuh ini sangat mudah diikuti kerana ianya merupakan satu konsep pinggan sihat. Justeru itu, penggunaan suku-suku separuh ini mudah untuk di ikuti oleh orang awam. Antara cadangan amalan kosnep ini adlaah seperti:-

  • 1/2 daripada pinggan anda adlaah serat (sayur-sayuran)
  • 1/3 daripada pinggan adalah sumber karbohidrat
  • 1/3 daripada pinggan adalaah sumber protein 
Baca Juga :   Cara Membantu Anak yang Mempunyai Masalah Disleksia

Sekiranya anda mengikuti SARANAN KKM ini maka pengambilan nutrisi anda dalam sehari akan mencukupi dan TIDAK akan berlebihan pengambilannya. 

***ANDA BUAT MAKA ANDA AKAN PEROLEHI KEBAIKKANNYA***

3) Mengambil minuman atau air kosong 6-8 gelas sehari

Senarai semak pemakanan

Pengambilan air kosong yang mencukupi dalam sehari mampu MENGELAKKAN seseorang daripada dihidrasi. Justeru itu, amatlah disarankan untuk menndapatkan pengambilan air yang mencukupi dalam sehari bagi MENGELAKKAN anda daripada dihidrasi.

Terdapat pelbagai cara anda akan dihidrasi antaranya adalah:-

  • Ketika berpeluh kerana cuaca yang panas
  • Kerap membuang air kecil
  • Selepas bersenama

Justeru itu, bagi mengelakkan diri daripada terdihidrasi anda perlu mengambil air yang mencukupi dalam sehari. Pastikan pengambilannya cukupi dalam sehari. 

4) Pengambilan atau pemilihan makanan yang RENDAH lemak atau gula

Senarai semak pemakanan

Pengambilan makanan yang RENDAH lemak atau gula bagi MENGELAKKAN diri daripada mendapat penyakit seperti kencing manis atau kolseterol tinggi. Justeru itu, kawalan pemakanan sangat penting bagi mengurangkan kebarangkalian penyakit tersebut daripada mudah di dapati dalam kalangan masyarakat.

5) Menyediakan masakan sendiri di rumah

Penyediaan makanan di rumah sendiri mampu membuatkan anda dapat mengawal diri daripada menggunakan penggunaan gula, garam atau MSG yang terlalu tinggi.

TAHUKAH ANDA!!!

MSG merupakan perisa umami yang BUKAN di dalam 4 kategori deria rasa yang biasa kita dengari iaitu:-

  • Manis
  • Masin
  • Pahit
  • Pedas

Deria umami adalah deria rasa kelima iaitu membuatkan kita merasa sesuatu makanan itu lebih sedap sekiranya menambahkan perisa tersebut. Itulah yang di panggil umami. 

6) Kekalkan masa pengambilan makanan yang tetap

Masa pengambilan makanan yang tetap sangat baik kerana dapat mengawal kadar paras gula yang sangat tinggi.

TAHUKAH ANDA!!!

Sekiranya anda mengambil makanan utama tepat pada masanya maka anda akan dapat mengawal kadar gula dalam sarah. Hal ini disebabkan oleh oragan yang bernama pancrease itu tahu bila hendak menegluarkan insulin dalam tubuh badan setiap waktu.

Baca Juga :   Diet Tapi Berat Masih Tidak Turun?

Diharapkan setiap satu penerangan ini dapat membantu anda menyelesaikan permaslaah yang anda alami. Penjagaan pemakanan tidak susah tetapi ianya akan menjadi sukar sekiranya anda sendrii tidak mahu untuk berubah.

***ANDA LAKUKAN ANDA AKAN PEROLEH KEJAYAAN ITU***

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh