Sewaktu berpantang, minuman dikurangkan, makanan juga dikhaskan. Menu makanan juga
membosankan lepas bersalin Setiap hari makan hidangan ikan bilis goreng dengan bawang.
Jenuh hendak makan selama tempoh 44 hari.
Bab-bab pemakanan ketika berpantang, memang perlu dititikberatkan. Jangan mudah
memandang remeh. Silap makan nanti, boleh jadi bentan sewaktu berpantang. Jangan pula
ikut sedap rasa tekak untuk makan. Beringat ye, anda dalam tempoh berpantang. Anda
perlulah makan makanan yang berkhasiat dan dapat menyembuhkan luka-luka semasa
bersalin ceaser ataupun bersalin normal. Resipi yang akan saya kongsikan ini, boleh dimakan
oleh anda yang bersalin ceaser dan bersalin normal.

5 resipi yang boleh dijadikan menu tambahan berpantang anda.
Ikan Masin Berlada Hitam
Bahan-bahan:
1 ekor Ikan masin – Digoreng tanpa minyak
1 sudu kecil lada hitam
Cara-cara:
Tumbukkan bahan – bahan tersebut secara berasingan.
Kemudian, gaulkan ia sehingga sebati.
Ikan Tenggiri Panggang Kering
Bahan-bahan:
1 keping ikan tenggiri
1 biji lada besar
1 biji bawang besar dihiris
1/2 inci halia
Cara-cara:
Ikan dipanggang bersama halia yang dihiris halus menggunakan pemanggang moden
(seperti pemanggang ajaib dan lain-lain)
(seperti pemanggang ajaib dan lain-lain)
Tumbukkan bersama lada besar dan bawang. Jangan tumbuk sehingga hancur.
Sambal Tok-tok Lada Hitam
Bahan-bahan:
1/2 Bawang merah
2 Bawang putih
5 ekor Ikan bilis
1/2 sudu kecil Lada hitam
secubit garam
Cara-cara:
Gorengkan kesemua bahan tersebut kemudian ditumbuk bersama.
Masukkan secubit garam
Ayam Bakar Serai
Bahan-bahan:
Sekeping dada ayam
Sebatang serai
3 bawang putih
Garam
Gula
Halia
Kunyit
Cara-cara:
Tumbuk semua bahan dan lumurkan pada dada ayam. Perap dalam masa lima minit, kemudian
bakar sehingga masak.
bakar sehingga masak.
Ikan Gelama Masak Stim
Bahan-bahan:
1 ekor ikan gelama
1 batang serai
2 biji bawang putih
Halia
Garam
Gula
Sedikit air
Cara-cara:
Ketuk semua bahan dan lumurkan pada ikan gelama, kemudian letak dalam kukusan
dan masak stim ikan tersebut sehingga masak.
dan masak stim ikan tersebut sehingga masak.
Semoga perkongsian resipi ini dapat membantu anda dalam menambahkan juadah berpantang anda.