Senaman Di Bulan Ramadan

Semua mahukan diri mereka kekal sihat walaupun ketika sedang melakukan ibadan puasa. Justeru itu, kita perlu ketahui senaman di bulan Ramadan yang tidak akan menyebabkan kita mudah berasa letih dan penat.

Hal ini bagi memastikan kita sentiasa bertenaga sehingga berbuka untuk melakukan amal ibadan di sebelah malam pula. Justeru itu, marilah kita ketahui senaman di bulan Ramadan yang tidak akan menyebabkan atau menganggu kita melakukan ibadan pada sebelah malamnya.

Senaman Di Bulan Ramadan

Ikutilah beberapa tips berguna semasa mengamalkan senaman di bulan Ramadan agar anda kekal sihat tanpa mencederakan diri sendiri. Antara tips senaman semasa di bulan Ramadan adalah:-

1) ELAKKAN senaman berintensiti tinggi

Senaman yang berintensiti tinggi ini akan memberi tekanan yang tinggi ketika anda berpuasa. Justeru itu, semasa berpuasa ELAKKAN daripada melakukan senaman yang berintensiti tinggi seperti tabata, HIIT

2) ELAKKAN senaman atau bersukan melebihi 60 minit sehari

Senaman di bulan Ramadan

Senaman yang melebihi 60 minit ketika berpuasa boleh menyebabkan seseorang itu mula merasakan diri kekurang air (dihidrat). Justeru itu, TIDAK DIGALAKKAN untuk bersenam lebih daripada 60 minit ketika berpuasa. 

“Bersenam itu bagus untuk kekal sihat walaubagaimana sekalipun JANGANLAH membahayakan diri untuk kekal sihat”

3) Pastikan pengambilan air yang mencukupi ketika bersahur dan berbuka


Ketika melakukan senaman, pastinya tubuh badan akan kehilangan banyak air. Justeru itu,untuk kekal bertenaga ketika berpuasa dan mampu bersenam ketika berpuasa anda perlu mengambil air yang secukupnya. Ianya bagi MENGELAKKAN diri daripada dihidrat semasa melakukan aktiviti sukan. 

4) Lakukan aktiviti senaman di kawasan indoor dan ELAKKAN bersenam ketika cuaca yang panas

Pastikan semasa bersenam, cuaca TIDAK terlalu panas. Hal ini akan menyebabkan kita mudah berasa letih dan penat. Pada masa yang sama, lakukanlah aktiviti senaman secara indoor ketika berpuasa kerana ianya lebih selamat dan terhidar daripada cuaca yang panas.

Sekiranya anda mahu melakukan aktiviti senaman sebelum berbuka, anda boleh melakukannya TETAPI anda perlu sentiasa pantau keadaan anda sendiri. Pastikan tubuh sentiasa kekal bertenaga dan tidak berlakunya hypoglycemia ketika sibuk melakukan aktiviti senaman sebelum berbuka. 

Baca Juga :   MAKANAN SESUAI UNTUK BAYI SEMBELIT

TAHUKAH ANDA!!!

bersenam semasa perut dalam keadaan kosong boleh membantu untuk menyingkirkan lemak yang berlebihan dengan banyak berikutan peninkatan hormon pembakar lemak glukagon yang banyak. Walaubagaimana sekalipun, anda DINASIHATI untuk sentiasa berhati-hati semasa melakukan aktiviti senaman ini bagi MENGELAKKAN diri daripada tercedera atau lemah.

Antara aktiviti senaman sunnah di Bulan Ramadan adalah memanah dan menunggang kuda. 

“Memanah dan menungganglah. Sesungguhnya kamu memanah lebih aku sukai daripada kamu menunggang (Riwayat Ibn Majah)”

Antara kebaikan memanah adalah:-

  • Membina kekuatan otot
  • Meningkatkan tahap fokus
  • Merupakan senaman intensiti rendah yang tidak menggunakan banyak tenaga

Justeru itu, sekiranya anda mahu melakukan senaman ketika berpuasa, anda DIGALAKKAN melakukan aktiviti memanah ini. Selain daripada ianya merupakan senaman sunnah, ianya juga merupkan senaman yang berintensiti rendah.

Manfaat bersenam selepas berbuka
Semasa kita sedang sibuk berbincang akan aktiviti senaman yang selamat ketika berpuasa. Ada yang masih keliru, adakah selamat melakukan aktiviti senaman selepas berbuka. Bagi mereka yang mahu melakukan aktiviti senaman selepas berbuka tidak salah dan selamat melakukan aktiviti senaman selepas berbuka. Terdapat beberapa manfaat bersenam selepas berbuka.

Antara manfaatnya adalah:-

  • Bersenams selepas berbuka merupakan waktu yang paling sesuai untuk bersenam
  • Bersenam selepas 3 hingga 4 jam selepas berbuka puasa
  • Dapat membantu meningkatkan metabolism tubuh

INFO SIHAT!!!

Tahukah anda, solat terawih juga merupakan senaman ringan selepas berbuka. Justeru itu, sekiranya anda TIDAK melakukan senaman atau fizikal aktiviti selepas bebruka juga tidak mengapa kerana anda sudah melakukan senaman yang berpanjang ketika menunaikan solat terawih.

Diharapakan segala perkongsian ini memberi 1001 manfaat kepada pembaca yang sedang sibuk memikirkan aktiviti senaman yang selamat ketika berpuasa. Pastikan anda sentiasa kekal sihat semasa bulan puasa dan tidak melakukan sesuatu aktiviti yang mampu membuatkan anda lemah. 

Baca Juga :   Definasi Kontak Rapat Dan Kontak Kasual Pesakit COVID -19

***SELAMAT MEJALANKAN IBADAH PUASA***

Senaman di bulan Ramadan

Terima Kasih Idea daripada USMFit

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh