Self lockdown bagi menghalang penyebaran COVID -19. Ianya merupakan satu rangsangan baru bagi mengurangkan pergerakan orang awam TANPA hala tuju. Pada masa yang sama, self lockdown ini diperkenalkan bagi memastikan setiap Rakyat menjaga diri sendiri dan ahli keluarga daripada terjangkiti virus COVID -19 ini.
Self Lockdown Bagi Menghalang Penyebaran COVID -19
Kredit Gambar daripada pihak PAPISMA
Antara self lockdown bagi menghalang penyebaran COVID -19 yang disarankan adalah:-
1) Pergi ke pasar atau grocery shop seminggu sekali
SARANAN membeli barangan dapur seminggu sekali bagi mengurangkan kadar kebolehjangkitan seseorang itu kepada individu lain. Pada masa yang sama, ianya bagi MENGURANGKAN kadar “casual contact” tanpa kita sedari. Justeru itu, saranan membeli barangan di pasar atau grocery shop seminggu sekali ini amatlah bagus buat semua.
Casual contact atau kontak kasual adalah individu yang berada dekat dan berkemungkinan terdedah kepada kes positif COVID -19 tanpa diketahui oleh indidvidu tersebut. Individu ini berisiko rendah untuk dijangkiti BERBANDING kontak rapat.
Kontak rapat adalah individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID -19. Ianya termasuklah secara bersemuka LEBIH daripada 15 minit pada jarak KURANG daripada 1 meter tanpa memakai pelitup muka atau bersentuhan.
2) Isi minyak kereta penuh “full tank”
Tujuan SARANAN mengisi minyak penuh adalah bagi MENGELAKKAN kekerapan kita dalam memegang sesuatu secara beramai-ramai. Sekiranya sentuhan itu dapat di kurangkan maka ianya dapat mengurangkan kadar keboleh jangkitan pada setiap orang.
TAHUKAH ANDA!!!
Sentuhan boleh menyebabkan kadar penyebaran lebih TINGGI BERBANDING dengan kurangnya kadar bersentuhan. Justeru itu, SARANAN mengisi minyak kereta penuh bagi mengurangkan bersentuhan barang yang kerap orang lain sentuh.
Amalkan 3 SOP ini:-
- Gunakan pelitup muka dengan betul ketika berada di kawasan awam
- Kerap cuci tangan ketika memegang dikawasan yang kerap dipegang orang
- Jaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter setiap individu
Sekiranya anda mengamalkan 3 SOP ini, nescaya anda mampu menghalang penyebaran COVID -19 ini. ELAKKAN KELUAR rumah sekiranya tiada kepentingan.
3) Tunaikan solat 5 waktu bersama ahli keluarga
Menunaikan solat 5 waktu bersama ahli keluarga dapat MENGERATKAN hubungan kekeluargaan. Justeru itu, dalam penyediaan self lockdown ini, amatlah DISARANKAN untuk menghalang penyebaran virus dalam kalangan ahli keluarga.
Wang ringgit boleh dicari tetapi ahli keluarga yang disayangi TIDAK boleh dicari ganti, justeru itu lakukanlah self lockdown ini bagi menjaga keselamatan ahli keluarga anda. Pada masa inilah, anda perlu menunjukan bahawa anda adalah imam yang paling dekat di hati ahli keluarga.
4) Optimakan pembelian secara atas talian
Pembelian secara atas talian amatlah DIGALAKAN semasa self lockdown ini. Ianya bagi MENGURANGKAN anda daripada kerap keluar ke rumah. Antara cadangan dalam pembelian secara atas talian yang popular adalah:-
- Shoppe
- CJ Wow shop
- Lazada
Semua ini merupakan salah satu cara pembelian secara atas talian yang popular. Dengan pembelian atas talian ini mampu mengurangkan kadar rakyat Malaysia untuk keluar dan dapat mengurangkan kadar kebolehjangkitan virus ini terhadap orang awam.
5) Polisi zero tetamu
Bagi membantaras penyebaran COVID -19 ini, PENTING untuk mengamalkan zero tetamu. Tetamu pembawa rezeki walau bagaimana sekalipun, pada musim pandemik ini polisi zero tetamu amat penting bagi MENGELAKKAN penyebaran virus dalam kalangan insan yang disayangi.
“Lindungi mereka yang tersayang dengan TIDAK MENZIARAHI mereka pada masa ini”
Walaupun TIDAK menziarahi mereka, kita mempunyai teknologi yang mampu mengeratkan semula hubungan yang jauh iaitu dengan membuat video call. Justeru itu, JANGAN mengatakan sukar untuk mengeratkan hubungan pada musim pandemik ini, sebenarnya mudah sahaja kerana dunia hanya di hujung jari.
6) Dapatkan keperluan di kedai yang paling hampir dengan tempat tinggal
SARANAN mendapatkan keperluan harian di tempat yang paling hampir bagi mengurangkan pergerakan di kawasan yang sesak. Justeru itu, amalan ini dapat mengurangkan pengumpulan orang ramai di kawasan yang menjadi tumpuan ramai. Sekiranya barang yang DIKEHENDAKI tiada maka anda boleh membelinya secara online. Sekiranya barangan itu penting maka bolehlah anda pergi mencarinya dikawasan yang ada tetapi pastikan anda menjaga SOP.
Diharapkan dengan wujudnya konsep self lockdown ini dapat membantu dalam menurunkan kadar peratus kebolehjangkitan virus COVID -19 dalam komuniti. Pada masa yang sama, diharapkan virus COVID -19 ini akan berlalu pergi seperti angin yang dibawa oleh hujan. Dapatkan info Rasmi di Laman Web KKM “KLIK DISINI”
Dapatkan INFO TAMBAHAN :-
a) Cara Membuat QR Code
c) Cara atasi virus COVID -19