“Saya Tidak Boleh Melakukannya”

Dalam mendidik anak, pasti semua ibu bapa mahukan anak mereka menjadi bijak. Justeru itu, ibu perlu ketahui betapa bahaya bila anak kerapa mengatakan “saya tidak boleh melakukannya”.

Hal ini disebabkan dengan kata-kata mampu mengangu pemikiran anak-anak untuk terus berusaah dalam mendapatkan sesuatu. Bermula dari kata-kata ianya akan bertukar menjadi kenyataan. Justeru itu, ELAKKAN anak mengatakan “saya tidak boleh melakukanya”.

Sekiranya anak mula mengatakan “saya tidak boleh melakukanya” itu tanda anak:-

  • Takut untuk mencuba sesuatu yang baru
  • Mudah mengalah sebelum mencuba
  • Sukar untuk mengalami kesukaran di dalam hidup
  • Mudah berasa panik dan cemas ketika menghadapi masalah
  • Malas untuk berusaha untuk mendapatkan sesuatu

Justeru itu, sebagai ibu bapa sekiranya anak sudah mengeluarkan kata-kata seperti ini anda WAJIB beri kata-kata semangat agar anak boleh mencuba sesuatu yang baru. Pujian merupakan satu kunci untuk membakar semangat untuk mencuba sesuatu yang baru.

Tips bagi Mengelakkan anak daripada mengatakan “saya tidak boleh melakukannya”

Tips mudah bagi mengelakkan anda daripada kerap mengatakan “saya tidak boleh melakukannya” adalah seperti:-

1) Berikan pujian yang mampu meningkatkan semangat

Antara pujian yang di dambakan oleh anak-anak yang terkadang ibu bapa terlepas pandang adalah:-

a) Pujian di atas kejayaan mereka 

“Bijaknya abang jawab soalan matematik ini”

ATAU

“Macam ini baru terbaik sebab abang boleh dah menjawab soalan matematik ini”

Pujian di atas kejayaan ini tidak selalu anak akan perolehi, justeru itu ibu bapa perlulah memberikan pujian atau kata-kata semangat yang lain buat anak-anak agar mereka sentiasa bersemangat untuk melakukan sesuatu itu dengan lebih lagi.

JANGAN selalu memberikan pujian menerusi kejayaan sahaja, carilah kelebihan lain yang di perolehi oleh anak-anak agar mereka sentiasa boleh mendapatkan pujian.

b) Pujian di atas usaha yang mereka lakukan 

“Anak ayah pandai menjawab soalan Matematik ini sebab rajin membuat latihan”

ATAU

“Terima kasih kerana sudi menolong mama”

Pujian di atas kejayaan ini amat membantu menaikan lagi semangat anak dalam mencuba sesuatu yang baru. Hal ini disebabkan, pujian di atas usahha ini tiada pengakhirannya. Pada masa yang sama, pujian seperti ini juga merupakan salah satu pujian yang sering anak-anak dambakan keranna ianya merupakan pujian ikhlas daripada ibu bapa.

c) Pujian di atas kebaikan yang di lakukan 

“Baik anak ibu ini sejak menjadi seorang abang”

ATAU

“Terima kasih abang sebab selalu menolong ibu”

Setiap kata-kata pujian yang di lemparkan mampu membakar semangat anak-anak untuk terus mencuba akan sesuatu. Justeru itu, keraplah memberikan kata-kata semangat agar anak lebih bersemangat untuk mencuba akan sesuatu yang baru tanpa ragu-ragu.

PERINGATAN!!!

Walaupun mencuba sesuatu yang baru itu baik TETAPI sentiasalah menginagtkan anak-anak mencuba sesuatu yang baru itu perlulah sesuatu perkara yang baik dan memberi faedah.

2) Berikan pelukkan

Dalam setiap satu kekurangan anak pasti ada kelebihan. Jsuteru itu, sebagai ibu bapa bagi melihat kelebihan anak anda perlu sentiasa memberikan sokongan yang terbaik buat mereka. Disebabkan oleh itu, AMALKAN sifat gemar memeluk anak ketika mereka gembira mahupun down. Hal ini disebabkan, amalan ini mampu membakar semangat mereka untuk lebih maju ke hadapan. 

TAHUKAH ANDA!!!

Pelukkan mempunyai satu aura yang mampu membakar semangat anak untuk lebih berjaya kerana pelukkan ini merupakan salah satu cara mengalirkan rasa kasih sayang antar ibu dan anak. Justeru itu, tidak salah untuk ibu bapa mengamalkan amalan memberi pelukan kepada anak-anak.

Sebenarnya mudah untuk menjadikan anak yakin dalam setiap apa yang mereka lakukan. Walaubagaimana sekalipun, perkara penting yang perlu ibu bapa lakukan adalah sentiasa memberi dorongan dan sokongan akan perbuatan mereka selagi tidak menyalahi hukum agama dan norma sebagai seorang manusia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh