Bismillahirohmanirohim..Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh. Salam perkenalan untuk semua warga alam maya yang singgah di sini. Semoga dengan adanya blog ini,saya dapat berkongsi idea dan pengalaman dengan semua rakan maya terutama dalam tugas sebagai ibu. Saya juga perlu sokongan rakan-rakan untuk menambah pengetahuan dan perkembangan semasa.
Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu yang baik untuk seorang anak dengan cabaran dunia masa kini yang semakin canggih dan terbuka. Dari bayi, kanak-kanak, remaja sehingga dewasa, banyak cabaran dan rintangan yang ada dan mengelirukan. Saya selalu mendoakan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah dengan harapan generasi saya adalah generasi muslim dan muslimah sejati.