Ramadan : Peluang Terbaik Meluangkan Masa Bersama Anak

Ramadhan merupakan satu saat yang sering di nanti-nantikan oleh anak-anak. Hal ini disebabkan mereka beranggapan Ramadhan ini merupakan masa yang terbaik untuk ibu bapa meluangkan masa. Justeru itu, sebagai ibu bapa luangkanlah masa bersama anak-anak agar mereka merasakan bahawa Ramdhan ini merupakkan saat di mana mereka mampu bersama ahli keluarga. 

“Lahirkan sifat keimanan di dalam jiwa anak-anak ketika dibulan Ramadhan agar mereka merasakan nikmat bulan Ramadhan”

Ramadhan : Peluang Terbaik Meluangkan Masa Bersama Anak

Bagi melahirkan rasa nikmat bulan Ramadhan, justeru itu berikan luangkanlah masa bersama anak ketika bulan Ramadhan ini. Antara cara terbaik ibu bapa boleh lakukan bagi meluangkan masa bersama anak-anak adalah dengan:-

1) Makan bersama-sama ketika berbuka

Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, mereka sukar untuk meluangkan masa bersama anak ketika bulan selain bulan Ramadhan. Walau bagaimana sekalipun, ketika bulan Ramadan tiada alasan lagi untuk makan berasingan. Hal ini disebabkan, masa berbuka adalah di sebelah petang atau maghrib.

Kebanyakan ibu bapa sudah pulang ke rumah dan selesai melaksanakan tugasan KECUALI bagi mereka yang bertugas di dalam bidang retail atau makanan, masa bekerja meraka adalah berbeza-beza. Justeru itu, mereka tidak dapat mengelakkan masa makan berbuka bersama anak-anak sekerap mungkin. 

TAHUKAH ANDA!!!

Ketika anda duduk makan bersama-sama anak-anak, masa tersebut anak-anak akan berasa hubungan kekeluargaan itu semakin utuh dan kukuh. Justeru itu, sediakan sedikit ruang untuk berbuka puasa bersama anak-anak ketika berbuka.


2) Tahan mulut daripada memarahi anak ketika membuat kesilapan

Ramadan
Sudah menjadi kebiasaan ibu akan membebel kepada anak-anak ketika mereka melakukan kesilapan. Walau bagaimana sekalipun, semasa bulan Ramadan ini tahanlah mulut untuk memarahi anak-anak. Ini bagi memastikan anak-anak sentiasa merasakan diri mereka di hargai. Masa ini, ibu bapa boleh memberi kebebasan kepada anak-anak untuk belajar menjaga tingkahlaku mereka. 

“Ibu tidak membebel maka pahala puasa akan terjaga dan anak-anak bertambah sayang dan rasa diri semakin di hargai”

3) Bercerita kisah Nabi

Di bulan Ramadhan ini merupakan masa untuk kita mendidik anak menjadi seorang hamba Allah SWT yang bertaqwa. Bukan bulan ini sahaja kita boleh mendidik anak menjadi insan yang bertaqwa tetapi bulan-bulan lain juga boleh. Walau bagaimana sekalipun, pada bulan ini terdapat 1001 nikmat yang Allah SWT berikan kepada seluruh umatnya. Justeru itu, mudahlah untuk kita mendidik mereka dengan menceritakan segala kebaikan yang ada.

Ceritakanlah kisah-kisah Nabi serta kebaikan akhlak Nabi agar mereka mampu mentauladani kisah Nabi. Walaupun mereka tidak fahami keseluruhan kisah Nabi tetapi mereka akan teruja dan gembira mendengar kisah tersebut. Tambahan lagi, pada bulan Ramadhan ini juga banyak kisah Nabi yang boleh kita ceritakan.

Antara kisah Nabi yang sering diceritakan adalah:-

  • Kisah Al-Quran diturunkan
  • Kisah perang badar
  • Kisah kota Mekah di buka dll

TAHUKAH ANDA!!!

Kisah-kisah Nabi ini bukan sahaja banyak tauladan pada masa yang sama, menceritakan kisah Nabi juga mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara anak dan ibu bapa. Tambahan lagi, dengan mencerita kisah Nabi mampu memupuk sifat cinta pada Nabi dan Allah S.W.T

4) Mengaji bersama-sama



Mengaji bersama anak-anak mampu menenangkan dan mententeramkan jiwa. Justeru itu, bagi mengelakkan anak kerap memikirkan berkenaan dengan makanan, anda ajaklah anak mengaji agar mereka lupa seketika berkenaan dengan makanan. 

TAHUKAH ANDA!!!

Mengajar atau mengajak anak mengaji di bulan Ramadan mampu mendapat pahala yang berlipat kali ganda dan mampu melembutkan hati anak yang sedang bercelaru.

5) Bersabar



Bulan Ramadhan ini merupakan bulan yang mengajar kita untuk bersabar. Justeru itu, kawal emosi ketika bersama anak agar mereka merasai bulan ini merupakan peluang terbaik mereka mendapatkan perhatian daripada ibu bapa. Bagi melahirkan masa yang berkualiti bersama anak-anak, mulakan dengan 1001 kesabaran di dalam diri agar mereka lebih merasai masa yang ada.

Tidak semua cara ini mampu kita lakukan TERUTAMANYA berbuka puasa bersama-sama. Hal ini disebabkan bukan semua ibu bapa mampu berbuka bersama kerana masa bekerja mereka bertukar-tukar. Walau bagaimanna sekalipun, daripada 5 cara meluangkan masa di atas pasti ada 2 atau 3 cara ini melakukan setiap hari, maka amalkanlah bagi memastikan anak sentiasa dekat di hati.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh