Piramid Makanan Malaysia 2020

Piramid Makanan Malaysia merupakkan satu panduan mudah bagi rakyat mempelbagaikan makanan harian mengikut jumlah sajian yang DISARANKAN. Kepelbagaian pilihan makanan ini mampu membantu seseorang itu mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan secukupnya.

Piramid makanan malaysia

Kredit khas buat Nutritionist KKM

Makanan seimbang mengandungi campuran pelbagai jenis makanan untuk memberikan kita semua zat makanan yang mencukupi dalam sehari.

Piramid Makanan Malaysia 2020

Perbezaan Piramid Makanan 2010 dan Piramid Makanan 2020 adalah:-

1) Bahagaian bawah Piramid Makanan telah bertukar

Piramid makanan malaysia

Bagi Piramid Makanan 2010, bahagian bawah Piramid Makanan adalah karbohidrat tetapi bagi Piramid Makanan 2020 bahagian bawah adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini bermakna sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diambil dengan jumlah yang paling banyak berbanding dengan jumlah makanan lain.

INFO SIHAT!!!

Saranan pengambilan serat dalam sehari adalah 25 g. serat adalah pecahan daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. PERINGATAN, bagi mereka yang mempunyai masalah kencing manis KAWAL KUANTITI pengambilan buah-buahan dalam sehari.

KLIK DISINI bagi ketahui pecahan pengambilan buah-buahan dalam sehari bagi mereka yang mempunyai masalah kencing manis.

Jumlah sayur-sayuran yang DISARANKAN ambil dalam sehari adalah 3 sajian manakala buah-buahan adalah 2 sajian sehari.

TAHUKAH ANDA!!!
Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber vitamin dan mineral yang penting dalam meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit. Justeru itu, pengambilan sayuran-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi dalam sehari mampu meningkatakan kadar vitamin dan mineral dalam tubuh badan.

Piramid Makanan 2020 ini sudah menyerupai pingan sihat seperti mana yang DISARANKAN oleh pihak Kementerian Kesihatan Mlaaysia (KKM) pada tahun 2017. Pinggan sihat ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :

  • 1/4 daripada pinggan adalah protein
  • 1/4 daripadanya adalah karbohidrat
  • 1/2 daripada pinggan adalah sayur-sayuran
“Bahagian paling besar dalam pinggan sihat adalah sayur-sayuran sama seperti Piramid Makanan 2020”

2) Bahagian ke dua Piramid Makannan 2020 adalah karbohidrat

Piramid Makanan Malaysia 2020 MENYARANKAN julat peratus pengambilan karbohidrat yang lebih rendah berbanding Piramid Makanan Malaysia 2010. Piramid Makanan kali ini MENYARANKAN pengambilan sumber karbohidrat kompleks dan tinggi serat seperti beras perang, roti bijirin penuh, oat dan jagung.

Pengambilan makanan yang tinggi serat ini mampu membantu seseorang itu berasa kenyang dengan lebih cepat dan ELAKKAN mereka daripada mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang tinggi serat ini dapat membuatkan seseorang itu berasa kenyang serta mendapatkan sumber vitamin dan mineral sekali.

Perbezaan Karbohidrat Kompleks dan karbohidrat ringkas. KLIK DISINI bagi mengetahui perbezaan antara dua jenis karbohidrat ini.

Baca Juga :   Kesan Percintaan Alam Remaja

3) Galakkan pengambilan air dalam Piramid Makanan

Saranan pengambilan air 6-8 gelas sehari turut ditambah dalam Piramid Makanan Malaysia 2020 bagi mengingkatkan pengambilan air dalam sehari buat seluruh rakyat Malaysia. Pengambilan air yang mencukupi dapat memastikan badan kita sentiasa terhidrat bagi menjaga kesihatan pada musim pandemik ini.

“ELAKKAN pengambilan air lebih daripada 3L sehari DITAKUTI akan berlakunya overload water retention dalam tubuh badan”

4) Bahagian ATAS Piramid Makanan Malaysia

Bahagian atas piramid makanan TIDAK berubah iaitu Lemak, minyak, gula dan garam. Hal ini disebabkan PUNCA utama penyakit adalah disebabkan oleh bahagian atas Piramid Makanan.

Justeru itu, bahagian paling atas dalam Piramid Makanan ini WAJIB diambil/ dimakan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Dapatkan nasihat yang pakar sekiramya mahu berdiet atau menurunkan berat badan yang betul. ELAKKAN bertanya dengan Mr Google untuk hal-hal seperti ini atau mereka yang TIDAK BERTAULIAH. Datanglah bertanya dengan mereka yang pakar seperti Dietitian, Nutritionist atau Doktor yang pakar dalam bidang kawalan pemakanan ini.

Tips Mudah untuk MENGURANGKAN berat badan:-

1) KURANGKAN Pengambilan makanan yang bergula/ manis seperti coklat, ice cream, madu dll

2) TETAPKAN masa makan utama seperti sarapan pagi, tengahhari dan malam.

“Tetapan masa makan utama bagi meningkatkan semula imun tubuh seseorang”

3) Tingkatkan pengambilan air dalam sehari

4) Amalakan gaya hidup sihat (Bersenama sekurang-kurangnya 30 minit sehari)

Diharapakan dengan WUJUDnya Piramid Makanan Malaysia 2020 ini dapat membantu rakyat Malaysia dalam mengamalakan pemakanan yang sihat serta gaya hidup yang sihat setiap hari. Amalan gaya hidup yang sihat ini dapat MENGELAKKAN diri daripada jangkitan penyakit disamping mengurangkan risiko penyakit yang TIDAK berjangkit seperti:-

  • Obesiti
  • Kencing Manis
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kolesterol Tinggi dll
Baca Juga :   Cara Mengatasi Sakit Ketika Haid

Rujukan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/piramid-makanan-malaysia/

2) Nutritionist KKM 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh