Ibu

Persiapan Sebelum Pergi Ke Pusat Pemberian Vaksin COVID -19

Ramai yang sudah tidak sabar untuk mendapatkan vaksin COVID -19 ini kerana mahu melancong dan beraktiviti seperti sediakala. Justeru itu, terdapat beberapa persiapan sebelum pergi ke pusat pemberian vaksin COVID -19 ini.

Tujuan checklist persiapan ini dibuat bagi memastikan segala keperluan kepentingan diri telah anda bawa bagi memudahkan urusan anda di pusat pemberian vaksin itu nanti.

Persiapan Sebelum Pergi Ke Pusat Pemberian Vaksin COVID -19

Antara persiapan sebelum pergi ke pusat pemberian vaksin adalah seperti berikut:-

1) Aplikasi MySejahtera 

Vaksin COVID - 19

PERHATIAN!!!

Pastikan anda telah memuat turun, mengaktifkan dan mengemas kini maklumat peribadi anda di dalam aplikasi MySejahtera

Tujuan mengemas kini maklumat peribadi bagi memudahkan urusan pihak kementerian untuk mengetahui maklumat penting pemohon yang ingin mendapatkan vaksin percuma ini. Selain itu, ianya merupakan salah satu cara mudah untuk mengetahui lokasi terdekat untuk anda mendapatkan vaksinasi tanpa perlu pergi ke tempat yang jauh.

2) Menjawab semua soalan yang ada di dalam aplikasi MySejahtera 

Vaksin COVID - 19

PERINGATAN!!!

Anda perlu menjawab semua soalan penilaian kesihatan di dalam aplikasi MySejahtera dengan telus dan jujur

Pemohon WAJIB menjawab soalan bagi MENGELAKKAN sebarang kesilapan dalam pemberian vaksin dan bagi MEMASTIKAN pihak hospital ketahui apa-apa alahan yang anda alami. Ini melibatkan kesihatan dan keselamatan diri anda. 

3) Baca dan fahami borang persetujuan suntikan vaksin COVID -19 di MySejahtera.


Setiap vaksin yang diberikan, pemohon WAJIB memahami setiap satu isi yang tertulis di dalamnya bagi MENGELAKKAN anda dari tersalah faham akan isi yang diberikan. Selain itu, setelah selesai membaca anda perlu menandatangani borang tersebut di hadapan petugas kesihatan. 

“ Menandatangani borang bermaksud anda setuju tanpa ada paksaan”

4) Datang ke lokasi pusat pemberian vaksin pada tarikh dan masa yang ditetapkan

“Masa itu ibarat mata pedang yang boleh membunuh justeru itu tepati masa amatlah penting”

Pemohon perlu datang ke lokasi dan masa yang ditetapkan bagi MENGELAKKAN dari berlakunya pertempuran dengan orang lain. Ianya juga bagi memastikan tiada berlakunya perhimpunan beramai-ramai di tempat pemberian vaksin.

Baca Juga :   Atasi Luka Puting Susu

“Walaupun vaksin sudah ada tetapi kita masih belum menang selagi belum 80% rakyat Malaysia menerima vaksin”

***Kita Belum Menang dalam menangani pandemik COVID -19 ini***

5) Bawa bersama-sama kad pengenalan dan telefon bimbit yang mengandungi aplikasi MySejahtera yang telah diaktifkan

Kad pengenalan WAJIB dibawa sebagai identiti diri di mana jua anda berada. Semasa pemberian vaksin anda perlu membawa kad pengenalan bagi memastikan bahawa anda adalah orang yang betul semasa menerima vaksin. 

PERINGATAN!!!

Bawa aplikasi MySejahtera sekiranya anda mendaftar menggunakan Aplikasi atau mempunyai Aplikasi ini, jika tidak anda hanya perlu membawa kad pengenalan sahaja.

6) Pakai pakaian yang sesuai

Penggunaan pakaian yang sesuai bagi memudahkan anda mendapatkan suntikan di bahagian lengan.

Antara pakaian yang sesuai adalah seperti:-

  • Pakaian berlengan pendek
“Bagi wanita, lengan adalah kawasan yang perlu ditutupi. Jadi, bagi menjaga aurat gunakanlah hand sock sebelum anda pergi ke pusat vaksinasi agar aurat anda terpelihara”
  • Pakaian berlengan panjang yang longgar dan boleh dilipat sehingga ke pangkal lengan seperti baju kurung atau tshirt muslimah yang longgar bahagian lengan.

7) Bagi warga emas dan orang kurang upaya digalakkan datang bersama pengiring


Bagi warga emas atau orang kurang upaya yang tidak mampu berjalan sendiri atau menggunakan kerusi roda, anda DIGALAKKAN hadir bersama pengiring agar urusan penerimaan vaksin lebih mudah.

***Lindungi diri anda, Lindungi semua orang***

Jangan pernah merasakan vaksin itu merbahayakan diri tetapi vaksin adalah salah satu alternatif untuk menyelamatkan orang sekeliling. Patuhilah segala SOP yang telah disediakan bagi mengawal penularan virus COVID -19 ini selagi pemberian vaksin belum sampai 80%. Kita mampu untuk mengawal penularan sekiranya kita mampu mengikuti segala SOP yang diberikan.

Baca Juga :   Kebaikan Vitamin C Shaklee dan Harga

INFO berkenaan dengan vaksin boleh KLIK DISINI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh