Permohonan Vaksinasi COVID -19 Menerusi MySejahtera

Seluruh rakyat Malaysia sibuk menantikan cara permohonan Vaksinasi COVID -19 menerusi Aplikasi MySejahtera. Hal ini disebabkan pada tanggal 23 Februari 2021 Aplikasi MySejahtera telah mengemaskini bagi memudahkan urusan rakyat Malaysia yang bukan dalam kategori fasa 1 dan 2 untuk melakukan permohonan mendapatkan vaksin.

Pada masa yang sama, ianya juga bagi MENGGALAKKAN rakyat dalam kategori fasa 3 mendapatkan vaksin COVID -19 secara percuma dan rela hati TANPA ada paksaan.

Pada tanggal 24 Februari 2021 merupakan tarikh penting buat seluruh rakyat Malaysia kerana hari ini merupakan hari pertama warganegara Malaysia menerima vaksin COVID -19 itu. Orang pertama yang menerima vaksin COVID -19 di Malaysia adalah Tan Sri Muhyiddun Yassin dan diikuti oleh DG Tan Sri Noor Hisham Abdullah di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya.

Kredit gambar daripada Facebook KKM

Kredit gambar daripada facebook KKM

Seterusnya 4 orang petugas barisan hadapan KKM yang menerima vaksin COVID -19 bersama Perdana Menteri dan Ketua Pengarah kesihatan adalah:-

  • Clement A/L Marai Francis (Pemandu di Pejabat Kesihatan Putrajaya)
  • Khairul Asraf Mohd Yasin (Penolong Pegawai Perubatan di PKD Putrajaya)
  • Dr Tan Yee Ling (Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Presint 9)
  • Sheilla Mellisa Sikin (Jururawat di Klinik KKesihatan Presint 9)
“Lindungi diri lindungi semua”

Cara Permohonan Vaksinasi COVID -19 Menerusi Aplikasi MySejahtera

Cara permohonan Vaksinasi COVID -19 menerusi Aplikasi MySejahtera adalah seperti berikut:-

1)Kemaskini dahulu Aplikasi MySejahtera di Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery. 

Perkara PERTAMA yang perlu anda lakukan bagi membuat permohonan vaksinasi COVID -19menerusi Aplikasi MySejahtera adlaah dengan MENGEMASKINI dahulu Aplikasi MySejahtera.

Setelah mengemaskini aplikasi tersebut maka akan dapat melihat terdapat satu butang COVID -19 Vaccination di Aplikasi tersebut. Boleh melihat contoh dibawah ini:-

Vaksinasi COVID -19
Sebelum anda mengemaskini Aplikasi, anda TIDAK akan dapat melihat butang COVID -19 Vaccination seperti yang diatas. Boleh lihat gambar dibawah sebagai rujukan anda.


2) Tekan di bahagian COVID -19 Vaccination

Setelah anda menekan butang COVID -19 Vaccination anda akan dapat melihat 3 perkara iaitu:-

Pemohon perlu tekan di bahagian

“vaccine for” nama pendaftar MySejahtera, bagi ketahui semua detail yang diberi adalah benar. Setelah itu, anda boleh menekan butang “confirm” sekiranya maklumat betul. Sekiranya ada yang perlu diperbetulkan maka boleh menekan butang “edit” bagi memperbetulkan maklumat yang salah itu. Setelah selesai betulkan maklumat diri, anda boleh menekan butang “confirm” bagi meneruskan ke langkah yang seterusnya.

3) Tekan butang ok sekiranya anda mahukan vaksinasi COVID -19 ini secara percuma

Vaksinasi COVID-19

“Tiada paksaan bagi mereka yang mahu mengambil atau TIDAK vaksinasi ini kerana pengambilan vaksin ini adalah percuma bagi seluruh rakyat Malaysia”

4) Jawab semua soalan yang diberikan

PERINGATAN!!!

Perkara PENTING ketika menjawab soalan yang diberikan adalah, tetapkan lokasi tempat tinggal anda bagi memudahkan urusan pihak KKM menentukan tempat dimana anda boleh mendapatkan vaksin. Ia penting bagi memastikan anda TIDAK tersalah tempat untuk mendapatkan vaksin.

Setelah selesai menjawab soalan maka anda sudah selesai proses permohonan

“Pada masa ini anda hanya perlu menantikan masa yang bakal pihak KKM tetapkan untuk mendapatkan vaksin dos pertama”

NOTA PENTING BUAT SEMUA!!!

  • Anda akan diberikan tarikh dan masa temujanji untuk mendapatkan suntikan vaksin.
  • Sila patuhi tarikh dan masa yang diberikan.
  • Pastikan anda mengikut SOP yang telah ditetapkan
  • Sila ikut aarahan Pegawai yang bertugas di zon pemberian vaksin (ZPV)
  • Pastikan data internet and akuat untuk mengakses Aplikasi MySejahtera

Selain daripada cara permohonan vaksinasi COVID -19 menerusi Aplikasi MySejahtera, anda juga boleh mendapatkan maklumat tambahan mengenai vaksin COVID di bahagaian “COVID -19 Vaccine information”

Pemberian Vaksin COVID -19


Cara anda mendapatkan aksin COVID -19 ini adlaah dengan cara:-

  1. Pemohon bakal menerima notifikasi berkenaan pengambilan vaksin COVID – 19 melnerusi aplikasi MySejahtera
  2. Pengambilan vaksin adalah secara sukarela di mana anda perlu mengisi borang persetujuan bertulis
  3. Jenis vaksin yang akan diterima ditetapkan oleh KKM
  4. Pemberian vaksin adalah secara PERCUMA kepada individu 18 tahun dan ke atas
  5. Anda akan menerima 2 dos vaksin COVID -19 (mengikut jenis vaksin) dari jenis yang sama.
“Suntikan Vaksin bukan dilakukan sesuka hati, sebelum melaksanakan vaksinasi doktor yang bertanggunbjawab akan menyemak semula sejarah penyakit yang dihadapi agar tiada kesan buruk yang berlaku”

Hal ini disebabkan, nyawa setiap rakyat adalah sangat berharga buat negara. Justeru itu, ambillah vaksin COVID -19 ini agar kita mampu lindungi diri dan lindungi semua. INGAT HERD imunity memerlukan sekurang-kurangnya 80% daripada seluruh populasi penduduk di Malaysia. Maka barulah seluruh populasi di Malaysia dapat terhindar daripada virus COVID -19 ini.

Rujukan:-
1) https://www.webmd.com/lung/what-is-herd-immunity

2) Facebook Rasmi KKM 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh