Perbezaan Antara Beras Putih Dan Beras Perang

Terdapat beberapa perbezaan beras putih dan beras perang. Padi dikelaskan mengikut cara penanaman, panjang dan tekstur padi tersebut. Lebih 90% dari semua padi ditanam dengan akarnya terendam di dalam air dan dikenali sebagai padi rendah, basah atau berair.

Beras putih dan beras perang



Padi TIDAK PERLU DITANAM dalam air yang menutupi dasar tanaman padi, tetapi KAEDAH ini mampu melindunginya dari serangga dan rumpai yang merosakan padi. Malahan cara ini mampu menghasilkan hasil padi yang lebih baik. Terdapat juga padi yang ditanam di dataran tinggi, bukit, atau padi kering ditanam di kawasan hujan yang banyak, di mana kawasan berbukit bagi mencegah banjir.

Panjang padi mampu dijadikan salah satu cara pengkelasan beras. Panjang padi terbahagi kepada beberapa kumpulan antaranya:-

  • Padi bersaiz panjang
  • Padi bersaiz sederhana atau
  • Padi bersaiz pendek

Kebanyakan padi (beras) yang bersaiz panjang yang kira-kira empat kali lebih panjang daripada lebarnya lebih mudah dimasak. Kelebihan beras ini adalah apabila dimasak sehingga kering, kelembutan beras tersebut lebih konsisten.

“Selepas di masak kita masih boleh melihat nasi tersebut terpisah antara satu sama lain dan tidak melekat”

Manakala, bagi beras sederhana dan pendek mempunyai kurang amilosa. Ianya menjadi salah satu penyebab nasi yang dimasak mudah terlekat antara satu sama lain.

“Beras pendek mempunyai kanji yang sangat tinggi”

Tetapi, beras pendek yang melekit dengan bentuk bujur disukai oleh orang Cina dan Jepun kerana pengendaliannya lebih mudah untuk mereka mengunakan chopsitik ketika makan. Pada masa yang sama, beras pendek juga mudah untuk dibuat sushi. Justeru itu, beras pendek amat digemari oleh masyarakat Cina dan Jepun.

Padi (beras) mempunyai 3 bahagian utama sekiranya belum di proses. Bahagian utama iaitu:-

Perbezaan
• Bran

Bran ini merupakan salah satu bahagian yang TINGGI SERAT. Ianya ditugaskan bagi melindungi padi daripada rosak. Bran mempunyai vitamin B dan mineral yang tinggi.

• Germ

Bahagian paling dalam padi (Embrio) Ianya mempunyai NUTRISI yang SEDIKIT sahaja. Mempunyai vitamin E, B dan lemak tak tepu.

• Endosperm

Membekalkan makanan kepada biji benih dalam proses pertumbuhan. Ianya MEMPUNYAI KARBOHIDRAT dan PROTEIN.

Disebabkan oleh 3 bahagian tersebut, setiap beras mempunyai perbezaan yang tersendiri. Ianya mampu memberikan perbezaan yang ketara mengikut cara pemprosesan atau penghasilan mereka. Beras putih dan beras perang kedua-duanya adalah beras tetapi ianya mempunyai rasa yang berbeza. 

Di sini kami akan berkongsi mengenai perbezaan antara beras putih dan beras perang.

1) Beras putih

Buat pengetahuan umum, beras putih merupakan salah satu jenis beras yang sudah mengikuti cara pemprosesan yang banyak. Pada kebiasaannya, beras putih adalah beras yang telah dibuang bahagian paling luar sekali dalam padi (bran). Disebabkan  itu, beras putih mempunyai kanji yang tinggi dan serat yang rendah.

Beras putih merupakan salah satu jenis beras yang mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi.

“Indeks Glisemik (GI) merupakan salah satu kayu ukur bagi melihat berapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat meningkatkan paras gula dalam darah seseorang selepas mengambil sesuatu makanan tersebut”

GI ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:-


Beras putih dan beras perang


“Kebiasaannya, beras putih dikenali sebagai salah satu kumpulan beras yang tinggi GI”

 

2) Beras perang

Beras perang tidak mengalami pemprosesan yang banyak seperti beras putih. Justeru itu, beras perang lebih banyak khasiat tetapi malangnya beras perang masih tidak popular seperti beras putih. Kedua-dua jenis beras ini mempunyai nilai karbohidrat dan protein yang hampir sama TETAPI proses penghasilannya yang menyebabkan kedua-dua beras ini berbeza.

“Beras perang masih mengekalkan bran, germ dan endosperm. Disebabkan oleh itu khasiat beras perang lebih tinggi berbanding beras putih”

TETAPI

“Beras ini perlu dimasak dengan betul kerana ianya mempunyai bran (serat yang tinggi) yang boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai masalah pembuangan air besar”

Beras ini juga dikenali sebagai beras yang mempunyai kadar GI yang rendah kerana masih mengekalkan germ, bran dan endorspern dalam beras.

Dalam setiap keputusan yang diambil dalam pemilihan beras haruslah mengikut kemampuan kita. Jangan terlalu mengejar apa yang dikata orang sehingga ia membebankan diri sendiri. Justeru itu, jangan pernah memandang serong kepada orang yang tidak mampu memilih makanan yang berkhasiat buat ahli keluarga mereka, mungkin mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam penyediaan makanan buat ahli keluarganya.

***Pilihan ditanggan anda, anda pilih anda makan***

Rujukan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/bijirin-penuh-dan-kebaikannya/
2) http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/diabetes-dan-indeks-glisemik/

2 Comments

  1. Anas
  2. Chipsmore

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh