Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak dari janin hingga seseorang itu meninggal dunia. Penyakit jantung akan berlaku apabila gaya hidup tidak sihat oleh individu. Gaya hidup yang tidak sihat menjadikan jantung dan penyakit tidak dapat dipisahkan kerana jantung berfungsi mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah.
Jantung yang sihat dapat mengepam darah sebanyak 10, 000 liter darah sehari. Jantung yang sihat juga akan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari antara 60 hingga 80 kali seminit.
Seseorang individu boleh menghidap 2 jenis penyakit jantung iaitu :
Penyakit Jantung Kongenital
– Penyakit jantung yang berlaku sejak dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injap jantung.
Penyakit Jantung Bukan Kongenital
– Terjadi akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit jantung koronori.
Seseorang itu dikatakan mendapat serangan jantung apabila otot jantungnya tidakj mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan pembuluh darah menjadi sempit atau bekalan darah terhenti sama sekali. Ini terjadi apabila berlakunya pengumpulan lemak yang melekat pada dinding saluran darah yang lama-kelamaan menyempit atau menyekat pengaliran darah ke jantung. Jika pembuluh darah tersumbat sepenuhnya, ini boleh menyebabkan serangan jantung.
Faktor-faktor Risiko Serangan Jantung
Kurang senaman/tidak aktif.
Merokok.
Pemakanan yang tidak sihat.
Kegemukan.
Diabetis.
Tekanan darah tinggi.
Tekanan perasaan/Stres.
Tanda-tanda Serangan Penyakit Jantung
– Sesak nafas
– Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher.
– Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan.
Berpeluh dingin
–
Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
–
Pening kepala dan berasa loya
Bagaimana cara untuk mencegah daripada terkena serangan penyakit jantung ialah ;
– Bersenam sekurang-kurangnya 5 kali seminggu, 20 hingga 30 minit setiap kali.
– Makan secara sihat.
– Kekalkan berat badan unggul.
– Berhenti merokok.
– Belajar menangani tekanan perasaan.
– Selalu membuat pemeriksaan tekanan darah.
– Awasi paras kolestrol.
– Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
Jantung tersayang teruskan berdenyut. Dengan harapan panjang umur dan mempunyai keberkatan dalam umur kurniaan Allah SWT. Jika umur yang panjang tetapi tidak memanfaat dengan sebaiknya, kita adalah manusia yang paling rugi dengan peluang yang disia-siakan.