Penjagaan Pemakanan Bagi Pesakit Gout

Gout terjadi apabila kandungan asid urik di dalam darah meningkat atau terlalu tinggi dari bacaan normal. Justeru itu, penjagaan pemakanan bagi pesakit gout amatlah penting bagi mengurangkan kandungan asid urik dalam darah.

TAHUKAH ANDA PARAS NORMAL BAGI ASID URIK DALAM DARAH?

PARAS NORMAL BAGI:-
Lelaki ~ 180 – 420 μmol/L
Perempuan ~ 150 – 360 μmol/L

Faktor Penyebab Risiko Peningkatan Asid Urik

Antara faktornya adalah:-

  • ​Sejarah keluarga penghidap gout
  • ​Pengambilan diet yang tinggi protein, lemak dan alcohol secara berlebihan
  • ​Obesiti/ berlebihan berat badan, kencing manis, ubat yang menggangu perkumuhan asid urik dalam badan

* Ubat perlu mendapatkan deskripsi secara mendalam oleh pakar sebelum mengambilnya

  • ​Mempunyai penyakit tertentu yang menjadi faktor penyebab peningkatan asid urik dalam darah

TAHUKAH ANDA?
Penyakit gout adalah pecahan kepada penyakit artritis. Ianya merupakan satu bentuk artritis yang akut yang menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ini semua disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam darah.

Tanda-tanda dan gejala Pesakit Gout

Penjagaan Pemakanan Bagi Pesakit gout

Antara tanda-tanda dam gejala gout yang hampir berlaku secara tiba-tiba adalah merangkumi:-

  • Sakit sendi yang teruk

Gout biasanya mempengaruhi sendi besar jari kaki, atau boleh terjadi pada mana-mana sekalipun. Antara sendi yang sering diserang termasuklah pergelangan kaki, lutut, siku, pergelangan tangan dan jari.

“Kesakitan mungkin paling teruk dalam empat hingga 12 jam pertama selepas ia bermula”
  • Ketidakselesaan yang berlanjutan

Selepas kesakitan yang paling teruk hilang, beberapa ketidakselesaan sendi mungkin berlangsung dari beberapa hari hingga beberapa minggu. Serangan kemudian kemungkinan akan bertahan lebih lama dan mempengaruhi lebih banyak sendi.

  • Keradangan dan kemerahan.

Sendi yang terjejas akan menjadi bengkak, lembut, hangat dan merah.

  • Julat pergerakan terhad.

Semasa gout berlangsung, pesakit mungkin tidak dapat menggerakkan sendi secara normal.

TAHUKAH ANDA!!!
Pesakit gout DISARANKAN untuk mengamalkan diet rendah purin bagi mengawal kadar kenaikan asid urik dalam darah.

“Purin terdapat dalam makanan seharian”

Metabolisme purin dalam badan yang tidak normal menyebabkan asid urik dalam darah meningkat diikuti dengan pengumpulan “kristal urate” dalam sendi yang menyebabkan sendi menjadi bengkak.

Prinsip Asas dalam Penjagaan pemakanan bagi pesakit gout

Antara prinsip asas dalam penjagaan pemakanan pesakit gout adalah:-

1) Mengawal berat badan

Kekalkan berat badan yang ideal, kerana obesiti adalah salah satu faktor penyebab penyakit gout. Berat badan yang berlebihan akan memberikan tekanan yang kuat kepada sendi dan akan menyebabkan seseorang itu mudah berasa sakit dengan lebih mudah. Justeru itu, sekiranya berat badan pesakit gout sudah berlebihan, pesakit DIGALAKKAN menurunkan berat badan secara perlahan-lahan iaitu 0.5 – 1.0 kg/ seminggu.

2) Kawal pengambilan Protein

Penjagaan Pemakanan Bagi Pesakit gout
Pesakit yang mempunyai masalah gout digalakkan untuk MENGELAKKAN mengambil terlalu banyak makanan yang bersumberkan protein. Ini adalah salah satu cara mudah penjagaan pemakanan bagi pesakit gout. 

“Makanan yang tinggi protein juga merupakan salah satu makanan yang tinggi purin TETAPI BUKAN SEMUA MAKANAN TINGGI PROTEIN TINGGI PURIN”

3) Mengawal Pengambilan makanan yang tinggi Lemak

ELAKKAN makanan yang tinggi lemak kerana pengambilan lemak yang berlebihan akan MENGHALANG pembuangan asid urik melalui air.

 

 

4) Karbohidrat

Penjagaan Pemakanan Bagi Pesakit gout

Tingkatkan pengambilan karbohidrat komplex BERBANDING karbohidrat ringkas seperti gula. Kerana pengambilan karbohidrat ringkas akan memudahkan peningkatan berat badan berbanding karbohidrat komplex. Pengambilan karbohidrat komplex mampu membantu dalam meningkatkan pembuangan asid urik dalam tubuh.

“Metabolisme gula dalam badan akan menghasilkan asid urik dan meningkatkan parasnya dalam darah”

Penjagaan Pemakanan Bagi Pesakit gout

5) Kawal pengambilan minuman beralkohol

Hadkan atau ELAKKAN pengambilan alkohol dalam diet seharian. Hal ini disebabkan pengambilan alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah penyakit gout kepada pesakit.

6) Tingkatkan pengambilan air

DISARANKAN mengambil air sebanyak 2-3L sehari bagi memudahkan proses pembuangan asid urik dalam darah. Pada masa yang sama membantu menghalang penghasilan atau pembentukkan batu karang.

HADKAN pengambilan minuman BERKAFEIN kepada 2 cawan kopi sehari (200mg kafein).

Tips mudah bagi meningkatkan pengambilan air adalah dengan :-

  • Membuat sukatan pengambilan air
  • Set alarm bagi memastikan pengambilan air sentiasa mencukupi
  • ELAKKAN penggunaan garam yang banyak dalam masakkan

 

Secara keseluruhannya, pesakit yang mempunyai masalah gout boleh mengamalkan diet yang sihat agar masalah kesakitan mampu dikurangkan. Walau bagaimana sekali pun, diet ini tidak mampu menurunkan kadar kepekatan asid urik dalam badan tetapi dengan bantuan ubat-ubatan yang disediakan oleh doktor mampu merawat penyakit gout ini. Penjagaan pemakanan bagi pesakit gout mudah sekiranya kita rajin mempelajarinya. 

***Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada merawat, amalkan diet yang sihat agar anda semua menjadi sihat***

Rujukan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/diet-bagi-pesakit-gout/
2) https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gout/symptoms-causes/syc-20372897

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh