Pendaftaran Vaksinasi Untuk Tanggungan Sedia Ada

Pendaftaran Vaksinasi untuk tanggungan sedia ada bagi memudahkan lagi urusan pendaftaran vaksin TERUTAMANYA bagi mereka yang sudah berusia. Pendaftaran ini bagi memudahkan lagi urusan anak-anak untuk membantu ibu bapa mendaftar vaksin.

Pendaftaran Vaksinasi Untuk Tanggungan Sedia Ada

 

Cara Pendaftaran Vaksinasi Untuk Tanggungan Sedia Ada sungguh mudah. Anda hanya perlu mengikuti langkah ini bagi memudahkan urusan pendaftaran vaksin. 

Pendaftaran Vaksinasi Untuk Tanggungan Sedia Ada

Ihsan Gambar daripada Monsta

Antara cara pendaftaran vaksinasi untuk tanggungan sedia ada adalah seperti:-

  • Buka akaun MySejahtera anak yang sudah didaftar
  • Klik pada butang COVID -19 Vaksinasi
  • Klik Ikon Tambahan sebagai tanggungan vaksin
  • Setelah itu Klik nama tanggungan anda
  • Sahkan pendaftaran dan kemaskini maklumat jika perlu 
“Pengesahan maklumat jika perlu sekiranya TIDAK perlu maka anda TIDAK perlu mengemaskini maklumat”
  • Jawab soalan penilaian untuk pengesahan pendaftaran 

Setelah selesai menjawab soalan penilaian maka nama di bawah tanggungan anda akan berada sentiasa di aplikasi MySejahtera si pendaftar. Dengan itu, anda hanya perlu mengimbas aplikasi MySejahtera sekali sahaja sekiranya anda keluar ke pasaraya.

  • Tahniah, pendaftaran berjaya sila tunggu Notifikasi sekiranya tanggungan anda terpilih

PERINGATAN!!!

Sebelum anda hendak mendaftar vaksinasi untuk tanggungan sedia ada, anda WAJIB mendaftar dahulu vaksinasi untuk diri anda dahulu. WAJIB mengemaskini alamat surat menyurat agar mudah untuk anda mendapatkan tempat untuk mendapatkan vaksinasi.

  • Pendaftaran vaksinasi untuk tanggungan sedia ada ini TIADA limitasinya. 

Disebabkan TIADA limitasi maka anda boleh mendaftar semua ahli keluarga anda untuk mendapatkan vaksinasi ini secara percuma. Pendaftaran adalah percuma dan penerimaan vaksin juga adalah secara percuma. Justeru itu, ambillah peluang yang ada ini untuk mendapatkan vaksin COVID -19 ini. 

***SELAMAT MENDAFTAR VAKSINASI COVID-19 BUAT SEMUA AHLI KELUARGA ANDA***

Mengapa perlu mencapai Herd Imunity?

Pendaftaran Vaksinasi Untuk Tanggungan Sedia Ada


Herd imunity (Komuniti kelompok) bermaksud kedaan penularan jangkitan penyakit tidak dapat berlaku kerana sebahagian besar masyarakat itu mempunyai imuniti atau daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit itu. Peratusan kejayaan komuniti kelompok adalah sebanyak 80% dalam satu-satu populasi. 

Baca Juga :   Dilema Ibu Bapa Ketika Mendidik Anak

TAHUKAH ANDA!!!

Imuniti atau daya tahan itu diperoleh hasil imunisasi seperti mana pihak kerajaan sedang lakukan pada masa ini. Pihak kerajaan telah menyediakan imunisasi kebangsaan bagi mencapai komuniti kelompok.

Disebabkan oleh itu, semua pihak DIGALAKKAN untuk mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi secara PERCUMA. Kasihanilah barisan hadapan kita yang berjuang untuk menyelamatkan nyawa mereka yang sedang berada pada tahap kritikal. Mereka juga mahukan kebebasan untuk berjumpa ahli keluarga.

Virus COVID -19 ini juga adalah hamba ALLAH maka sebagai umat Islam kita perlu sentiasa memuhasabah diri dalam setiap dugaan yang ALLAH berikan kepada kita. ELAKKAN diri daripada menyalahkan pihak lain dalam setiap dugaan yang dihadapi ini. Kembalilah kepada fitrah Islam, tunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.

Vaksin BUKAN penyembuh virus ini TETAPI ianya adalah salah satu usaha untuk MENGELAKKAN penyebaran virus ini menjadi lebih teruk. Justeru itu, daftarlah vaksinasi ini agar kita mampu membantu insan lain. Sekiranya kita memudahkan urusan orang lain maka ALLAH SWT akan memudahkan urusan kita. 

LAMAN PERINGATAN!!!

Pendaftaran Vaksinasi Untuk Tanggungan Sedia Ada

Ihsan Gambar Daripada MOH

Semua sudah sedia maklum bahawa virus COVID -19 ini mempunyai 5 kategori dan kategori ke 4 dan ke 5 merupakan kategori yang sudah teruk. Justeru itu, kita perlu melindungi yang kita sayang agar anda dapat menghalang mereka daripada terjangkiti.

Bagi mereka yang sudah mengalami kategori ke 4, pesakit sudah bergejala, mengalami radang paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan untuk bernafas. Pada kategori ini pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas maka dengan bantuan oksigen mampu membantu mereka untuk mendapatkan penafasan yang lebih sempurna.

Manakala, bagi kategori ke 5 pesakit bergejala, mengalami radang paru-paru, memerlukan bantuan penafasan dan komplikasi multiorgan. Bagi aktegori ini, pesakit akan mengalami masalah kesukaran bernafas dan mereka perlu ditidurkan (intubated) bagi memudahkan urusan penafasan yang sedang mereka alami. Pada masa yang sama, bagi membantu memulihkan maslaah multiorgan yang mereka alami itu. 

Baca Juga :   Pengalaman Masa Berpantang Bahagian 2

TAHUKAH ANDA!!!

sekiranya anda sudah mencapai tahap ke 5 ini, kebarangkalian untuk sembuh adalah sangat tipis. Walau bagaimana sekalipun, hidup mati adalah di tangan ALLAH SWT, maka kita hanya perlu berdoa agar kita dilindungi.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh