Pemulihan Post COVID -19

Pemulihan post COVID -19 adalah salah satu fasa penting dalam pemulihan pesakit COVID -19. Justeru itu, setiap pesakit COVID -19 WAJIB ketahui fasa pemulihan ini bagi memudahkan mereka pulih dalam keadaan yang lebih sihat lagi. Atau kembali kepada keadaan sedia kala semula.

Pemulihan Post COVID -19

 

Pemulihan post COVID - 19

Kredit INFO kepada Nutritionist KKM

Antara pemulihan post COVID -19 adalah seperti:-

1) Makan mengikut keperluan kalori

Bagi pesakit yang baru sahaja pulih dari penyakit COVID -19 mereka perlu mendapatkan makanan mengikut keperluan kalori yang mencukupi. Ianya bagi memastikan mereka pulih dalam keadaan yang sempurna dan mendapat tenaga untuk terus pulih. 

TAHUKAH ANDA!!!

Kalori yang DIPERLUKAN dalam sehari adalah ≈ 2000kcal. Walaubagaimana sekalipun, setiap tubuh badan memerlukan keperluan tenaga yang berbeza.

Bagaimana cara untuk mendapatkan kalori yang mencukupi dalam sehari:-

  • PASTIKAN setiap hari anda mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam yang mencukupi
  • TAMBAHKAN dengan makanan tambahan di antara sarapan dan tengah hari atau malam
  • PASTIKAN setiap hari ada pengambilan serat yang meencukupi bagi memastikan tubuh mendapat keperluan mineral dan vitamin yang mencukupi

2) Ambil sumber protein dan antioksidant

Pemulihan post COVID - 19

Sumber protein dan Antioxidant dapat membantu pemulihan pertahanan badan dengan lebih baik. Justeru itu, amat PENTING untuk mendapatkan pemulihan yang cepat.

Antara sumber protein yang baik adalah seperti:-

  • Ayam/ daging
  • Ikan/ udang
  • Susu
  • Produk tenusu (keju)

Antioxidant adalah satu molekul yang membantu melindungi tubuh dari penyakit. Justeru itu ianya mampu memperlambat atau mencegah proses oksidant molekul lain. Dengan itu, pengambilan antioxsidant ini BUKAN dapat membantu merawat penyakit COVID -19 tetapi ianya membantu dalam proses pemulihan post COVID -19. Dalam erti kata mudah, antioxidant membantu memulihkan semula tubuh dengan segera.

“Proses pemulihan sesuatu penyakit adalah bermula dari tubuh badan dan minda yang sihat”

3) Pelbagaikan sumber makanan

Dalam setiap pemilihan makanan perlu dipelbagaikan bagi memudahkan urusan mendapat nutrient yang pelbagai. Justeru itu, dalam diet seharian amatlah DISARANKAN untuk mempelbagaikan pemilihan makanan. Pada masa yang sama, kepelbagaian sumber makanan juga akan mendapatkan khasiat yang pelbagai dan mengoptimumkan sistem pertahanan badan.

Justeru itu, PASTIKAN dalam setiap makanan mempunyai :-

  • Karbohidrat
  • Protein
  • Lemak
  • Serat
  • Vitamin dan Mineral
Baca Juga :   Fakta Tentang Anak Yang Perlu Ibu Bapa Ketahui

Semua 5 perkara di atas ini sangat penting dalam proses pemulihan post COVID -19. Setiap satu kepelbagaian ini dapat membantu dalam mempercepatkan pemulihan post COVID -19.

“Sesungguhnya, kadar pemulihan adalah bergantung kepada tahap ketinggian imun sistem tubuh seseorang”

4) Minum 8 gelas air kosong sehari

Pemulihan post COVID - 19

Minum 8 gelas air kosong sehari akan membantu anda kekal HIDRAT untuk mengoptimumkan fungsi tubuh badan. Selain itu, air kosong juga diperlukan bagi memastikan tubuh kekal sihat.

TAHUKAH ANDA!!!

Keperluan seharian air kosong dalam sehari adalah 8 gelas ≈ 2000 ml sehari. Walaubagaimana sekalipun, pengambilan air adalah bergantung kepada berat badan seseorang dan keperluan harian BUKAN ikut pengambilan sesuka hati.

5) Kekal aktif setiap hari

Kekal aktif setiap hari bagi memastikan anda dapat melancarkan sistem peredaran dara, tisu, otot dan imuniti badan. 

PERINGATAN!!!

Walaupun anda mahu kekal aktif dan sihat selepas mendapat penyakit COVID -19, anda boleh kekal aktif tetapi WAJIB mengetahui tahap yang boleh anda untuk kekal aktif. Hal ini disebabkan, aktiviti yang terlalu kuat boleh membebankan untuk jantung bekerja keras.

Aktiviti yang sangat mild dapat membantu pesakit yang baru sahaja pulih daripada penyakit COVID -19. BUKAN aktiviti yang kuat itu TIDAK boleh dilakukan oleh pesakit yang sudah pulih daripada COVID -19 ini TETAPI, mereka perlu tahu mengetahui tahap kecergasan tubuh mereka dahulu. 

***ANDA BUAT ANDA DAPAT MANFAATNYA***

Pemulihan post COVID -19 yang boleh di amalkan dalam seharian bagi mereka yang muslim adalah:-

  • Solat
  • Zikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
  • Berpuasa bagi yang mampu

Ketiga-tiga amalan ini mampu untuk mempercepatkan proses pemulihan kerana dengan kebergantungan diiri yang gitu kepada ALLAH akan memudahkan lagi segala urusan di dunia mahupun di akhirat.

Baca Juga :   Kelebihan Amalan Sedekah
***SELAMAT BERAMAL***

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh