Pembelajaran Mengikut Norma Baharu

Sekolah bakal dibuka tidak lama lagi, justeru itu pembelajaran mengikut norma baharu perlu dipatuhi oleh semua murid. Hal ini bagi memastikan virus COVID -19 ini tidak tersebar dalam kalangan para pelajar atau murid. Tetapi adakah murid darjah 1, darjah 2 boleh fahami akan maksud pembelajaran mengikut norma baharu ini?

Secara jujurnya, pembelajaran mengikut norma baharu adalah sukar. Walau bagaimana sekalipun, dengan memberikan murid tahun 1 dan tahun 2 bermula seminggu lebih awal dapat memberi mereka ruang untuk fahami pembelajaran mengikut norma baharu ini.

“Kanak-kanak mudah untuk dibentuk sekiranya kita tahu cara yang sesuai untuk membentuknya”

Pembelajaran Mengikut Norma Baharu

Antara norma baharu di sekolah adalah:-

1) Penyusunan kelas haruslah mempunyai jarak 1 meter antara murid

Norma baharu

Penyusunan kelas ini bagi memastikan para pelajar atau murid mengikuti penjarakkan sosial seperti mana yang diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hal ini disebabkan semua ibu bapa mahupun orang dewasa faham akan situasi murid yang sukar untuk menjaga jarak. Penjarakan meja ini mampu memberi sedikit ruang kepada semua murid untuk mengikuti SARANAN pihak KKM.

INFO!!!

Sekiranya bilang pelajar di dalam kelas melebihi kapasiti kelas maka pihak sekolah WAJIB menyediakan kelas yang lain bagi pelajar yang lebih tersebut. Justeru itu, pihak sekolah perlu memaksimumkan pengguna kelas yang ada.

“Tiada lagi istilah duduk bersama kawan rapat kerana penyusunan meja sudah jarak antara satu sama lain”

PERINGATAN!!!

Bagi sekolah yang tidak mengikuti saranan yang telah ditetapkan oleh pihak KKM mereka boleh dikenakan tindakan oleh pihak KKM. Justeru itu, pematuhan SOP adalah satu kewajipan bagi setiap sekolah.

Selain penyusunan kelas mengikut jarak 1 meter seorang, pihak sekolah juga WAJIB memastikan kelas sentiasa bersih dan kerap disanitasi sebelum dan selepas sesi pembelajaran tamat. Pihak sekolah WAJIB menyediakan sabun atau pensanitasi tangan di setiap ruang yang kerap digunakan oleh murid agar tiada sentuhan yang boleh menjadi penyebab penyebaran virus COVID -19.

2) Tiada Perhimpunan rasmi disekolah

Perhimpunan rasmi merupakan satu kewajipan bagi setiap sekolah. Hal ini disebabkan masa perhimpunan rasmi pihak sekolah boleh mengumpulkan semua pelajar dan murid tanpa ada paksaan. Walaubagaimana sekalipun, disebabkan oleh pandemik ini TIADA perhimpunan Rasmi di setiap sekolah. Hal ini bagi memastikan TIADA pengumpulan beramai-ramai dalam satu masa.

“Harapan selepas pandemik ini pihak sekolah mampu mengumpulkan semula semua pelajar dalam satu masa”

3) Pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi di setiap kelas

Selain daripada ruang yang disediakan cukup untuk penjarakan sosial, pengudaraan dan pencahayaan juga amat penting. Hal ini disebabkan saranan KKM adalah ELAKKAN perhimpunan yang ramai dalam satu kawasan yang sempit.

Justeru itu, pengudaraan dan pencahayaan amat penting bagi mengelakkan menghidup udara yang tidak sihat dan segar. Bukan semasa pandemik sahaja pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi di dalam kelas amat penting.

Walhal selepas pandemik ini berlalu juga murid memerlukan pencahayaan dan pengudaraan yang cukup bagi mendapatkan keselesaan semasa belajar.

4) Pengusaha kantin hanya boleh menjual makanan TIDAK boleh makan dikantin

Norma baharu

Semua murid TIDAK DIBENARKAN makan di kantin kerana ditakuti akan berlakunya perkumpulan secara beramai-ramai. Justeru itu, pihak sekolah akan memberikan masa setiap pelajar membeli makanan dan dibawa balik ke kelas untuk dimakan makanan tersebut.

PERINGATAN!!!

Makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin adalah berbentuk makanan yang sudah dibungkus SAHAJA. Penggunaan kerusi, meja dan ruang makan di kantin TIDAK DIBENARKAN beroperasi

Manakala, bagi murid yang tinggal di asrama para guru WAJIB mengetahui siapa yang makan di dewan makan asrama. Hal ini memudahkan urusan para guru mengenali pasti kontak rapat para pelajar.

5) Menyediakan pelitup hidung dan mulut kepada pelajar yang bergejala dan diasingkan daripada pelajar lain

Bagi situasi pelajar yang bergejala, para guru WAJIB mengasingkan dahulu murid tersebut daripada murid yang lain. Setelah itu, guru WAJIB mengarahkan ibu bapa untuk hadir ke sekolah untuk mengambil anak untuk menerima rawatan yang selanjutnya.

Selain itu, para guru juga perlu menyediakan bahan pencuci tangan bagi memastikan murid sentiasa mencuci tangan setelah memegang alatan yang lain. Ianya merupakan salah satu langkah berjaga-jaga sekiranya murid mempunyai gejala COVID -19 ini.

“Mencegah lebih baik daripada merawat”

Sebenarnya banyak langkah pencegahan yang perlu para guru laksanakan bagi memastikan keadaan disekolah kekal selamat. Walaubagaimana sekalipun, ibu bapa perlu membantu para guru untuk memastikan semua murid selesa dengan norma baharu disekolah TERUTAMANYA murid darjah 1 dan darjah 2.

Tiada satu pun yang mustahil bagi mereka sekiranya ibu bapa menerangkan dengan jelas mengenai permasalahan ini kepada anak-anak.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh