Pemantauan Gejala Semasa Pengasingan Diri Di Rumah

Pemantauan gejala semasa pengasingan diri di rumah amat PENTING. Ianya bagi memastikan semua yang terjangkiti selamat. Justeru itu, pemantauan gejala semasa pengasingan diri di rumah amatlah PENTING. Terdapat beberapa cara pemantauan gejala semasa pengasingan diri di rumah bagi memastikan pesakit mendapat rawatan secepatnya. 

PERINGATAN!!!

Sekiranya semasa pengasingan diri di rumah, anda WAJIB memantau tahap gejala yang anda hadapi. Ianya bagi memastikan anda mendapat rawatan secepatnya.

Pemantauan Gejala Semasa Pengasingan Diri Di Rumah

Pemantauan gejala

Antara cara mudah untuk melakukan pemantauan gejala semasa pengasingan diri di rumah adalah seperti:-

1) Pemantauan gejala melalui aplikasi MySejahtera atau menggunakan Health Assesemnet Tool (HAT) yang diberikan oleh COVID -19 Assesment Center (CAC).

Sekiranya anda melakukan pemantauan menerusi aplikasi MySejahtera adalah menerusi COVID -19 status. Anda WAJIB menjawab setiap hari soalan di COVID -19 status di Aplikasi MySejahtera. Menerusi Aplikasi ini, anda boleh memantau gejala yang anda perolehi dengan lebih rapat lagi.

Sekiranya anda TIDAK mempunyai Aplikasi MySejahtera anda perlu menggunakan Health Assesment Tool (HAT) yang disediakan oleh CAC. Anda perlu menjawab soalan HAT setiap hari. Dan sekiranya, anda mempunyai gejala yang teruk menerusi jawapan yang anda jawab di soalan HAT, maka anda perlu memberitahu atau menelefon pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan segera. 

2) Perhatikan sebarang gejala sama ada semakin baik atau sebaliknya

Pemantauan gejala

Selain daripada menjawab soalan di Aplikasi di MySejahtera atau Health Assesement Tool (HAT) anda juga perlu memantau gejala yang ada semakin baik atau sebaliknya. Sekiranya gejala semakin teruk maka anda perlu melaporkan kepada pihak KKM bagi mendapatkan rawatan yang selanjutnya. 

PENTING!!!

Sekiranya gejala semakin teruk BUKAN bertambah baik makka anda perlu mendapatkan rawatan yang selanjutnya di pusat rawatan BUKAN berada di rumah sahaja.

“JANGAN pernah ambil mudah akan gejala yang ada kerana ditakuti ianya menjadi semakin teruk sekiranya TIDAK mendapatkan rawatan yang betul”
3) Sekiranya anda menghadapi masalah kecemasan sila hubungi 999 atau terus ke hospital berdekatan dengan keadaan segera

Hubungi 999 sekiranya gejala yang anda hadapi semakin teruk dan sekiranya tiada yang menjawab, anda WAJIB pergi mendapatkan rawatan segera di hospital yang berdekatan. PASTIKAN semasa anda pergi mendapatkan rawatan ke hospital berdekatan MAKLUMKAN dengan pihak hospital berkenaan dengan situasi anda masa kini (kuarantin dirumah). Ianya bagi memastikan orang sekeliling mengambil langkah berjaga-jaga. 

Baca Juga :   Cara Mencari Kawan Sejati
4) Pihak KKM juga MENYARANKAN untuk anda mendapatkan pemantauan kadar oksigen dalam tubuh

Pemantauan ketepuan oksigen anda <95% anda WAJIB mendapatkan rawatan dengan segera. Hal ini disebabkan, DITAKUTI anda kekurangan oksigen semasa menjalankan pengasingan diri di rumah.

Cara anda melakukan pemantauan ketepuan Oksigen?

  • Pemantuan ketepuan Oksigen menggunakan oximeter
  • Bacaan SPO2 yang stabil adalah 95 sehingga 100%, sekiranya kurang daripada 95 DISARANKAN untuk mendapatkan rawatan di hospital yang berdekatan

Pemantauan gejala semasa pengasingan diri di rumah ini amat penting bagi MENGELAKKAN kes kematian yang dibawa daripada rumah disebabkan COVID -19 ini meningkat. Justeru itu, sekiranya anda mempunyai gejala yang serius dan tidak menunjukkan sebarang penurunan gejala DISARANKAN untuk mendapatkan rawatan segera.

Pemantauan gejala

Kita perlu memutuskan rantai COVID -19 ini agar anak-anak kita dapat hidup seperti sedia kala pada masa akan datang. Kematian itu pasti, kerana setiap manusia yang hidup pasti akan mati walau bagaimana sekalipun sebagai umat Islam, kita WAJIB melindungi diri selagi termampu dengan bantuan dan pertolongan ALLAH. 

“Virus COVID -19 ini adalah salah peringatan daripada ALLAH disebabkan oleh kerakusan manusia, justeru itu kembalilah kepada ALLAH dan bertaubatlah”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh