Pemakanan Yang Sihat Bagi Pesakit Tinggi Kolesterol

Bila sebut sahaja Kolesterol pasti yang terbayang di minda adalah serangan Darah Tinggi, sakit jantung atau stroke. Tetapi sebenarnya tahukan anda apa itu kolesterol yang sebenarnya?

“Kolesterol adalah sejenis lemak yang boleh dihasilkan oleh badan”

Pemakanan yang sihat
TAHUKAH ANDA!!!
Tubuh badan mampu menghasilkan 80% kolesterol yang diperlukan. Justeru itu, pengambilan makanan yang berlebihan daripada makanan WAJIB dielakkan.

Pemakanan Yang Sihat Bagi Pesakit Tinggi Kolesterol

Penjagaan pemakanan yang sihat sangat penting bagi individu yang tinggi bacaan kolestrol. Jika ia dibiarkan, sangat berbahaya kepada kesihatan individu terutamanya kepada organ jantung. Beberapa golongan yang sangat berisiko seperti di bawah. 

Golongan yang mudah mendapatkan masalah Tinggi Kolesterol adalah:-

√ Obesiti
√ Kurang Bersenam
√ Perokok
√ Sejarah keluarga

Sebelum kita pergi jauh berkenaan dengan penjagaan pemakanan bagi mereka yang mempunyai masalah tinggi kolesterol.

Apa kata fahami dahulu dua perkataan yang biasa disebut oleh doktor iaitu:-

1) Hiperkolesterolemia

Hiperkolesterolemia adalah di mana keadaan kolesterol di dalam badan adalah melebih aras normal. Kolesterol yang berlebihan akan termendap dalam salur darah dan akan menyebabkan salur darah menjadi sempit. Justeru itu, ianya akan menganggu sistem peredaran darah yang normal dan akan meningkat risiko mendapat penyakit darah tinggi atau sakit jantung.

2) Hiperlipidemia

Hiperlipidemia adalah satu keadaan di mana aras kolesterol atau trigliseride dalam darah melebihi aras normal di sebabkan oleh pengambilan makanan yang tinggi lemak, tinggi gula ringkas, gaya hidup yang tidak sihat atau disebabkan oleh faktor keturunan.

Bacaan Normal Profile Lipid

Total Kolesterol : <5.2
HDL Kolesterol  : >1.1
LDL Kolesterol  : <4.1
Triglycerides     : < 1.7

Sekiranya bacaan melebih daripada aras normal maka anda perlu mendapatkan nasihat daripada pakar berkenaan dengan masalah ini.

3 Kaedah Bagi mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Antara kaedahnya adalah:-

1) Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol

√ Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang berlebihan boleh meningkatkan tahap kolesterol LDL “jahat”.

“WAJIB mengawal pengambilan makanan yang tinggi kolesterol”

√ Pengambilan kuning telur dalam seminggu adalah sebanyak 2 biji sahaja.

Walau bagaimana sekalipun, menerusi kajian yang terbaru pengambilan kuning telur TIDAK AKAN meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga anak dinasihati untuk mengambil makanan secara sederhana.

√ Organ dalaman seperti hati, limpa, jantung TIDAK DIGALAKKAN untuk diambil.

“Sekiranya pesakit teringin untuk mengambil DISARANKAN hanya dalam kuantiti yang sedikit dan SEBULAN SEKALI sahaja”

√ Udang, sotong, ketam dan juga kerang-kerangan ( kerang , kupang , kepah , tiram ) boleh diambil secara TIDAK BERLEBIHAN bergantung kepada kekerapan pengambilan dan juga jumlah yang diambil.

Kebiasaannya, disarankan mengambil makanan laut hanya sebulan dua kali sahaja. Ianya bagi mengelakkan pengambilan makanan laut secara terlebih-lebihan. Tetapi pengambilan ikan adalah DIGALAKKAN walaupun ikan juga merupakan salah satu jenis makanan laut.

2) Kurangkan pengambilan makanan tinggi lemak

ELAKKAN atau KURANGKAN penggunaan Lemak tepu dalam makanan seharian

“Lemak tepu adalah (Saturated Fatty Acid, SFA) terdapat dalam sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan. PENGAMBILAN secara berlebihan boleh meningkatkan aras kolesterol dalam darah”

Contoh Lemak Tepu adalah:-
• Santan.

Ianya merupakan salah satu lemak tepu yang biasa diambil. Justeru itu, pengambilan santan PERLU DIHADKAN kepada 2 kali seminggu sahaja.
• Creamer
• Susu Penuh Krim
• Minyak Sapi (ghee)
• Mentega

ELAKKAN penggunaan Lemak trans

Lemah yang lebih BAHAYA berbanding lemak tepu. Lemak ini boleh meningkatkan paras kolesterol dalam darah serta MENINGKATKAN risiko mendapatkan penyakit jantung.

Antara contoh makanan lemak trans adalah:-
• Mentega
• Makanan sejukbeku
• Makanan terproses

TINGKATKAN penggunaan lemak tak tepu dalam pemakanan

Lemak tak tepu BAGUS kerana ianya membantu dalam menurunkan aras kolesterol dalam darah.

PERINGATAN!!!

TETAPI PERLU DIINGATI LEMAK INI TIDAK SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MENGORENG, sekiranya digunakan semasa mengoreng ianya akan memberikan kesan buruk dalam tubuh badan 

Lemak tak tepu terbahagi kepada dua iaitu:-

​Lemak Mono Tak Tepu (Monounsaturatedfatty acids, MUFA)
– Minyak canola
– Minyak zaitun

​Lemak Poli Tak Tepu (Polyunsaturated fatty acids, PUFA)
– Minyak jagung
– Minyak bunga matahari
– Minyak kacang soya

3) Tingkatkan Pengambilan makanan yang tinggi serat

Tingkatkan pengambilan serat dalam makanan kerana serat membantu menurunkan tahap kolesterol dalam darah. Antara sumber serat yang baik adalah buah-buahan, sayur-sayuran dan hasil bijirin mil penuh.

“Pastikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari”

Jadual Kandungan kolesterol dalam makanan:-

Pemakanan yang sihat

 

***Pilihan di tangan anda untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat***

Anda amalkan anda sihat

Rujukan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/pemakanan-untuk-hiperkolesterolemia/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh