Pemakanan Semasa Mengandung

Pemakanan semasa mengandung amatlah penting kerana dengan penyediaan pemakanan yang sihat mampu membantu tumbesaran kandungan. Justeru itu, wanita mengandung WAJIB ketahui cara penjagaan pemakanan semasa mengandung. Selain untuk menjaga tumbesaran kandungan, kita juga perlu menjaga kesihatan ibu yang sedang mengandung. Jadi, amatlah penting untuk menjaga pemakanan semasa mengandung. 

TAHUKAH ANDA!!!

Wanita mengandung mempunyai 3 fasa dalam kehamilan. Setiap fasa kehamilan memerlukan diet pemakanan yang berbeza bagi MENGELAKKAN ibu dan bayi kekurangan Nutrisi.

Ibu yang mengandung juga akan di berikan supplement tambahan. Ianya bertujuan untuk memastikan ibu mendapat keperluan yang mencukupi. Justeru itu, setiap supplement yang diberikan perlu diambil setiap hari bagi MENGELAKKAN ibu daripada kekurangan Nutrisi.

Antara contoh supplement yang diberikan adalah:-

  • Asid Folik
  • Iron Tablet
  • Vitamin B12
  • Vitamin C

Pemakanan Semasa mengandung

Antara pemakanan semasa mengandung ada 3 fasa. Justeru itu, anda perlu ketahui ketiga-tiga fasa pemakanan yang berbeza. Antara pemakanan semasa mengandung adalah-

Fasa 1 : Dikenali sebagai kandungan dalam fasa pertama (First Trimester)

Pemakanan semasa mengandung

Kredit Gambar : KKM Nutritionist

Pemakanan bagi kandungan pada Fasa 1 ini lebih kurang seperti diet pemakanan bagi orang biasa. Walau bagaimana sekalipun, bagi fasa 1 ini sangat DISARANKAN untuk para ibu mengambil semua jenis makanan utama dalam sehari.

Makanan utama yang dimaksudkan adalah:-

  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sila PASTIKAN anda mengambil ketiga-tiga makanan utama ini. Ianya bagi memastikan ibu yang mengandung mendapat Nutrisi yang diperlukan dalam sehari. Bagi memastikan wanita mengandung TIDAK mudah berasa lapar, mereka boleh menambahkan snek pagi diantara sarapan dan makan tengah hari. Walaubagaimana sekalipun, snek pagi BUKANLAH satu snek yang WAJIB diambil tetapi sekiranya berasa lapar maka amatlah DISARANKAN untuk mengambilnya. 

Baca Juga :   5 Cara Untuk Meningkatkan Imunisasi Tubuh Badan

PERHATIAN!!!

Bagi pengambilan snek pagi boleh ditukarkan kepada snek petang iaitu diantara masa makan tengah hari dan malam. Sila pastikan semasa mengambil snek pagi atau petang BUKAN snek yang TIDAK sihat.

“Saranan diet pemakanan seperti ini adalah pada usia kandungan 0-12 minggu pertama”

Fasa 2 : Dikenali sebagai kandungan dalam fasa kedua (Second trimester)

Pemakanan semasa mengandung

Kredit Gambar : KKM Nutritionist

Pada usia kandungan mencecah fasa kedua, anda perlu memastikan ibu yang mengandung perlu mendapatkan nutrisi yang mencukupi dan tenaga yang diperlukan juga semakin bertambah. Justeru itu, semasa fasa 2 ini pengambilan makanan ibu semakin bertambah iaitu 5 hidangan sehari.

Antara 5 hidangan yang dimaksudkan adalah:-

  • Sarapan
  • Snek Pagi
  • Makan Tengah hari
  • Snek Petang
  • Makan Malam

Semasa penyediaan pemakanan semasa mengandung ini, wanita yang mengandung WAJIB memastikan makanan yang diambil adalah sihat dan seimbang. Sekiranya sukar untuk mengamalkan pemakanan yang sihat anda boleh mengamalkan pengambilan pemakanan pinggan sihat bagi makanan utama.

Manakala, bagi snek pagi dan petang anda boleh menambahkan snek yang berkhasiat dan penuh Nutrisi. Sebagai contoh anda boleh menambahkan snek seperti:-

  • Sandwich
  • Biskut penuh bijirin
  • Salad
  • Kekacang
  • Tauhu sumbat
  • Susu

Ianya bagi memastikan pengambilan diet dalam seharian adalah sihat dan berkhasiat. ELAKKAN pengambilan makanan yang TIDAK sihat sepeti snek atau jajan yang tiada penyediaan khasiat yang mencukupi.

Pada masa yang sama, KURANGKAN pengambilan makanan atau minuman :-

  • TINGGI GULA
  • Makanan Segera
  • Minuman Tinggi Kafein 

Fasa 3 : Dikenali sebagai fasa ketiga atau fasa untuk bersalin (Thrid Trimester)

Pemakanan semasa mengandung

Kredit Gambar : KKM Nutritionist

TAHUKAH ANDA!!!

Semasa mengandung wanita mudah berasa lapar justeru itu sila pastikan anda sentiasa membawa makanan ringan seperti biskut agar TIDAK menyebabkan perut berasa kosong.

Baca Juga :   Masa Yang Sesuai Minum Air

Setiap saranan bagi pemakanan semasa mengandung ini bagi MENGELAKKAN ibu yang mengandung mengalami peningkatan berat badan yang berlebihan. Justeru itu, bagi setiap wanita yang mengandung WAJIB meengetahui berat sebelum mengandung. Ianya bagi memudahkan pantauan berat badan oleh pihak yang sepatutnya.

Dibawah ini merupakan kenaikan berat badan yang perlu oleh wanita mengandung:-

Pemakanan semasa mengandung

 

PERHATIAN!!!

Risiko jika peningkatan Berat Badan Diluar Saranan Sihat. Ibu berisiko untuk mempunyai masalah :-

  • Diabetes semasa hamil
  • Kekurangan mikronutrinet
  • Masalah anemia
  • Risiko pre-eklampsia
  • Kelahiran bayi pra-matang
  • Kurang berat badan semasa lahir

Justeru itu, amatlah DIHARAPKAN agar wanita yang mengandung mendapatkan peningkatan berat badan yang sihat semasa mengandung. Pada masa yang sama, anda memerlukan pemakanan yang sihat agar peningkatan berat badan anda juga sihat. Diharapkan setiap perkongsian ini dapat membantu anda dalam mendapatkan kandungan yang sihat semasa mengandung.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh