Pemakanan Bagi Pesakit HIV

Pemakanan bagi pesakit HIV

Pemakanan bagi pesakit HIV amat penting. Tetapi apakah HIV itu?

Human Immunodeficiency Virus (HIV) adalah:-

  • Jangkitan virus yang memusnahkan sistem pertahanan badan
  • Menjadikan seseorang itu terdedah kepada jangkitan penyakit
  • Risiko peningkatan tumor.

Jangkitan HIV yang tidak terkawal boleh menjadi teruk kepada peringkat akhir perkembangannya iaitu penyakit Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS). Ketika ini berlakulah masalah jangkitan opportunistik seperti kanser kulit yang jarang berlaku iaitu Kaposi’s sarcoma, jangkitan paru-paru (Pneumocystis pneumonia) dan Candida atau jangkitan fungus yang teruk di mulut atau vagina.

Kaposi’s sarcoma

Pemakanan bagi pesakit hiv

Candida

Semua sudah ketahui bahawa penyakit HIV ini tiada ubatnya tetapi terdapat rawatan untuk memperlahankan perkembangan HIV melalui :-

  • ​Ubat-ubatan anti-retroviral
    ​mengekalkan pemakanan yang baik bagi menyokong sistem imun dan mencegah kemerosotan otot serta kehilangan berat badan secara mendadak

Faktor penyebab Penyakit HIV

Antara faktor penyebabnya adalah:-

  • Faktor biologis ibu mempunyai HIV
  • ​Perkongsian alat suntikan
  • ​Faktor pemberian air susu ibu
  • ​Melalui pendermaan darah (peratusan jangkitan adalah tipis)
  • ​Hubungan seks bebas

Kenapa Pemakanan Yang Sihat amat Penting bagi pesakit HIV ?

Pemakanan yang baik penting bagi semua tidak kira sama ada anda sihat mahupun sakit. Hal ini disebabkan pemakanan yang baik sangat penting dalam meningkatkan sistem imun tubuh, tumbesaran dll. Justeru itu, pemakanan yang baik adalah penting bagi pesakit HIV. Dengan penjagaan pemakanan yang betul mampu membantu pesakit melawan penyakit dan meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan pesakit.

Pemakanan bagi pesakit HIV yang baik dapat membantu:-

  • Memastikan sistem imun pesakit lebih tinggi serta membolehkan pesakit melawan penyakit dengan lebih baik.

“Diet yang seimbang dapat meningkatkan kualiti hidup setiap orang”

  • Mengelakkan pesakit daripada kehilangan berat badan, kemerosotan, dan malnutrisi (kekurangan zat).
Baca Juga :   Panduan Umum Ibadah Korban 2021

***Pemakanan yang baik mampu mengekalkan status pemakanan yang optimum bagi pesakit HIV***

Pemakanan bagi Pesakit HIV

Antara pemakanan bagi pesakit HIV adalah:-

1) Pengambilan tenaga yang mencukupi dalam sehari

Masalah penurunan berat badan merupakan masalah utama dalam kalangan pesakit HIV. Justeru itu, pengambilan tenaga yang mencukupi amat penting. Penurunan berat badan adalah salah satu faktor menunjukkan seseorang itu kekurangan nutrisi dalam diet sehariannya.

Justeru itu, bagi mengatasi masalah penurunan berat badan yang mendadak pesakit HIV PERLU mengambil tenaga yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 35 hingga 40 kalori per kilogram berat badan (35-40kcal/kgBW) adalah penting.

“Sekiranya pesakit HIV hilang selera makan atau malnutris pesakit HIV DIGALAKKAN untuk mengambil susu tambahan untuk meningkatkan pengambilan tenaga. Contoh susu yang boleh diambil adalah Ensure, Enercal, Nutren Optimum dan lain-lain”

Cara mudah bagi memastikan tenaga yang diambil mencukupi, pesakit perlu:-

√ Mengambil makanan seimbang seperti protein, lemak, karbohidrat, buah-buahan dan sayur-sayuran melalui makanan dan snek yang sihat lebih kerap. Ini adalah salah satu cara terbaik dalam pemilihan pemakanan bagi pesakit HIV.

“Sekiranya pesakit HIV berlebihan berat badan maka amat PENTING mereka mengekalkan berat badan yang ada dan MENGELAKKAN peyusutan berat badan secara lebih kerap”

***TETAPI PENTING pesakit TIDAK DIGALAKKAN meningkatkan berat badan yang ada bagi mengelakkan daripada mendapatkan penyakit lain seperti OBESITI/ kencing manis dll***

2) Pengambilan protein yang mencukupi

Protein amat penting dalam:-

  • Menghasilkan tenaga (4kcal/gram)
  • ​Mengimbangi asid dalam tubuh badan
  • Sebagai pembentukan antibodi
  • ​Membantu metabolisme tubuh

Pengambilan protein yang disarankan bagi pesakit HIV adalah 1.0-2.0 gram sehari (1.0-2.0g/kgBW). Antara contoh makanan yang tinggi protein adalah:-

√ Ayam, ikan, telur, dll
√ Kekacang juga merupakan salah satu makanan yang tinggi protein
√ Tempe, tauhu, keju, susu dll

Baca Juga :   Faktor Tekanan Semasa Kuarantin

3) Vitamin dan Mineral yang mencukupi

Pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi amat penting bagi mengukuhkan sistem imun mereka yang dijangkiti HIV. Justeru itu, pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi amat membantu pesakit dalam tidak mereka sedari.

Antara vitamin dan mineral yang baik adalah:-

  • ​Selenium dan zink

Mineral ini amat penting dalam meningkatkan sistem imun tubuh. Selenium menggalakkan fungsi imun dan tindak balas tubuh. Manakal zink pula melindungi pesakit daripada kurang selera makan.

  • ​Vitamin A
  • ​Vitamin C

Vitamin yang membantu dalam meningkatkan imun sistem tubuh. Makanan yang tinggi vitamin C adalah buah jambu, oren, kiwi, anggur.

  • ​Vitamin B

Ketiga-tiga vitamin ini amat penting bagi pesakit HIV. Dan amat DIGALAKKAN untuk mengambil vitamin ini secukupnya dalam sehari.

Setiap dugaan yang diberikan disebabkan manusia itu mampu menghadapinya. Setiap manusia tidak mahu mendapatkan penyakit ini tetapi sekiranya sudah tertulis maka mereka perlu hidup dengan penyakit ini. Penyakit HIV boleh membunuh TETAPI sekiranya iltizam yang tinggi untuk sihat maka pesakit boleh melawan virus ini dan hidup seperti manusia biasa.

***Sesungguhnya jangan pernah pandang belakang untuk meniti hari esok***

Rujukan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/pemakanan-untuk-pesakit-hiv/
2) https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hiv-aids/symptoms-causes/syc-20373524

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh