Pastikan Setiap Makanan Dan Minuman Yang Diambil Bersih Dan Selamat

Pastikan setiap makanan dan minuman diambil bersih dan selamat. Ianya bagi memastikan keselamatan anda dalam pemilihan makanan dan minuman tidak memberi kemudaratan kepada diri anda yang mengambilnya. JANGAN jadikan makanan dan minuman yang diambil menjadi salah satu penyebab penyakit. 

Pastikan Setiap Makanan Dan Minuman Yang Diambil Bersih Dan Selamat

Bersih dan selamat

Antara cara untuk pastikan setiap makanan dan minuman yang diambil bersih dan selamat adalah seperti:-

1) Pilih bahan mentah yang segar dan bersih

Bagi memastikan makanan dan minuman yang diambil bersih dan selamat anda perlu memilih bahan mentah yang segar dan bersih.

TAHUKAH ANDA!!!!

Bahan mentah yang sudah tercemar boleh menyebabkan pelbagai penyakit disebabkan oleh kuman dan sebagainya. Justeru itu, PASTIKAN bahan mentah yang dipilih segar dan bersih.

Dalam penyediaan bahan mentah, anda perlu ELAKKAN daripada berlakunya pencemaran silang. Pencemaran silang adalah pergerakan fizikal atau pemindahan bakteria berbahaya dari satu objek atau tempat ke tempat yang lain.

Ianya boleh berlaku dalam pelbagai cara, antaranya:-

  • Penggunaan pisau yang dipotong bahan mentah dan digunakan pula untuk potong sayur-sayuran
  • Penggunaan papan pemotong yang sama untuk potong bahan mentah dan sayur-sayuran atau buah-buahan 
  • Cara penyimpanan makanan yang sudah dimasak dan mentah dengan cara yang salah

Justeru itu, bagi MENGELAKKAN berlakunya pencemaran silang ini anda perlu:-

  • ELAKKAN penggunaan papan pemotong dan pisau yang sama dalam penyediaan makanan
  • PASTIKAN anda menyimpan makanan yang sudah dimasak dengan betul seperti:-
    • Tutup makanan yang sudah dimasak
    • Letakkan makanan yang sudah dimasak atas dan makanan mentah dibahagian bawah bagi MENGELAKKAN air bahan mentah jatuh keatas makanan yang sudah dimasak. 

2) Pastikan makanan anda belum mencapai tarikh luput

Dalam setiap makanan pasti mempunyai tarikh luput makanan, maka sebagai pengguna anda perlu BIJAK dalam membeli makanan. Lihat dahulu tarikh luput makanan dahulu bagi MENGELAKKAN anda rugi dalam pembelian makanan.

Baca Juga :   Perkembangan kanak-kanak 2-3 tahun

Fahami dan ketahui 2 maksud tarikh ini:-

  • “Baik Sebelum”

Tarikh untuk label “baik sebelum” menunjukkan sifat atau kualiti produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Setelah tamat tarikh yang diletakkan maka makanan tersebut sudah TIDAK boleh dijual kerana kekurangan dari segi kualiti makanan seperti dari segi :-

  • Kesegaran makanan
  • Tekstur makanan
  • Aroma makanan
  • Rasa atau nutrisi makanan
“Makanan -baik sebelum- masih boleh dimakan hanya kualiti sahaja yang sudah berkurangan”
  • “Guna Sebelum”

Tarikh yang tertera sebagai “guna sebelum” ialah tarikh akhir sesuatu produk itu SELAMAT untuk dimakan. Bagi makanan atau minuman yang menggunakan perkataan “Guna Sebelum” ini haruslah di buang serta merta selepas tarikh yang dinyatakan. 

3) Pilih makanan dalam tin yang TIDAK kemek, kembung atau berkarat

Pemilihan makanan yang TIDAK kemek, kembung atau berkarat kerana makanan dalam tin sangat bahaya sekiranya kemek, kembung atau berkarat. Ianya boleh menyebbakan mereka yang masih makan makanan seperti itu ditakuti akan berlakunya keracunan makanan. Justeru itu, sekiranya anda melihat makanan di dalam tin kemek, kembung atau berkarat maka JANGAN mengambilnya. 

4) Pilih makanan/ minuman yang telah melalui proses pempasteuran atau pensterilan seperti susu UHT

Bersih dan selamat

TAHUKAH ANDA!!!

Pempasteuran adalah satu proses pemanasan makanan cecair yang membunuh bakteria dalam kandungan makanan tersebut.

Justeru itu, bagi mereka yang mahu memastikan makanan dan minuman yang diambil bersih dan selamat maka anda boleh memilih makanan/ minuman yang telah melalui proses pempasteuran atau pensterilan yang lebih selamat dan tahan lama. Maka pemilihan ini dapat membantu anda untuk mendapat makanan dan minuman yang selamat. 

5) Beli makanan yang cepat rosak seperti ikan atau ayam di akhir pembelian atau simpan di dalam bekas seperti cool box/ insulated box

Gunakanlah insulared box sekiranya anda membeli makanan yang cepat rosak. Ianya bagi memastikan makanan tersebut lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Insulated box ini boleh di letakkan ais bagi mengelakkan bahan mentah tersebut rosak atau dikumuni oleh kuman atau bakteria.

Diharapkan dengan sedikit perkongsian dan pencerahan ini dapat membantu anda semua untuk lebih bijak dalam menyediakan makanan. Pada masa yang sama, ianya juga boleh membantu pemilihan makanaan dan minuman yang diambil bersih dan selamat. 

Baca Juga :   Perbezaan Antara Beras Putih Dan Beras Perang
***ANDA YANG BERHAK UNTUK MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN ANDA SELAMAT DAN BERSIH***

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh