Pantau Waktu Makan Anda

Pantau waktu makan anda semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. pantau waktu makan amat PENTING bagi memastikan berat badan anda TIDAK meningkat secara berlebih-lebihan. Justeru itu, anda perlu memantau waktu makan anda setiap hari.

Kepentingan memantau waktu makan anda adalah:-

  • ELAKKAN kenaikan berat badan secara berlebihan
  • Cara diet terbaik untuk menurunkan berat badan
  • Dapat mengawal paras gula dalam darah daripada meningkat secara TIDAK terkawal
  • ELAKKAN diri daripada makan secara berlebihan dalam satu masa (Binge eating)
  • ELAKKAN diri daripada mendapat penyakit gastrik bagi mereka yang mempunyai sejarah penyakit gastrik 

Pantau Waktu Makan Anda

Pantau Waktu Makan anda

Ihsan Gambar daripada Nutritionist KKM

Setiap manusia mempunyai masa makan mereka tersendiri. Dan masa makan setiap manusia adalah berbeza mengikut kesesuaian setiap individu tersebut. Walau bagaimana sekali pun, setiap individu yang pantau waktu makan mampu membuatkan diri mereka lebih terjaga dari segi pemakanannya. Justeru itu amatlah DIGALAKKAN kita untuk menjaga waktu makan agar kita dapat mengelakkan segala penyakit yang melibatkan pemakanan. 

Bagaimana hendak memantau waktu makan anda?

Pasti ramai yang bakal bertanya bagaiamana hendak memantau waktu makan sedangkan makan merupakan perkara yang sering kita lakukan setiap hari. Justeru itu, pada hari ini kami akan memberi sedikit penerangan berkenaan dengan cara untuk memantau waktu makan setiap hari.

Cara mudah untuk memantau waktu makan anda adalah dengan:-

1) Pantau waktu makan UTAMA

Pantau waktu makan

Setiap individu WAJIB memantau jarak masa untuk mengambil makanan UTAMA. Ianya bagi MENGELAKKAN kita daripada mengambil makanan terlalu banyak dalam satu masa. Justeru itu, pantauan waktu makan amatlah PENTING.

Tips memantau waktu makan UTAMA adalah:-

  • Ambilan sarapan pagi adalah WAJIB
Baca Juga :   Cara Membaca Label Makanan Di Pasaraya

Sekurang-kurangnya WAJIB mengambil selewat-lewatnya 2 jam selepas anda bangun tidur KECUALI anda bangun tidur pukul 10 pagi maka 2 jam selepas bangun tidur dikira makan tengah hari BUKAN sarapan.

  • Saranan pengambilan makan tengah hari

Saranan pengambilan makan tengah hari adalah di antara pukul 2 petang sehingga 2 petang. Hal ini disebabkan, kebanyakan mereka mengambil makan tengah hari pada masa ini kerana ada yang bekerja atau sibuk membuat persiapan anak untuk pergi ke sekolah. Justeru itu, masa pengambilan makan tengah hari adalah sedikit panjang. Sekiranya anda sudah mempunyai masa makan tengah hari yang tetap maka teruskan sahaja masa tersebut. 

PERINGATAN!!!

ELAKKAN diri daripada skip makan tengah hari kerana kesibukan kerja. Ditakuti anda akan mudah untuk mendapat masalah gastrik.

  • Saranan pengambilan makan malam

Makan malam yang baik adalah makan sebelum pukul 8.00 malam. Hal ini bagi memberi ruang rehat kepada perut untuk melakukan pekerjaan penghadapan pada sebelah pagi. Walau bagaimana sekali pun, sekiranya kita berasa lapar maka anda boleh mengambil sedikit makanan sebagai mengalas perut sahaja seperti minum susu atau mengambil sekeping roti bagi mengelakkan diri daripada menjadi hypoglycemia. 

2) ELAKKAN diri daripada mengamalkan gaya pemakanan yang melangkau waktu makan

Bagi memantau waktu makan anda, anda WAJIB MENGELAKKAN diri daripada mengamalkan gaya pemakanan yang melangkau waktu makan. Hal ini disebabkan sekiranya anda melangkau waktu makan anda akan menjadi lemah KECUALI sekiranya anda berpuasa.

Tujuan saranan untuk anda TIDAK melangkau waktu makan adalah disebabkan oleh:-

  • Membekalkan tenaga dan nutrient yang mencukupi sepanjang hari
  • Supaya tidak makan berlebihan pada waktu makan seterusnya. 

3) Bangun di awal pagi

Pantau waktu makan

Bangun di awal pagi juga merupakan salah satu cara mudah untuk memantau waktu makan anda. Hal ini disebabkan sekiranya anda bangun pagi maka anda TIDAK akan menjangkau waktu makan sarapan anda dengan itu anda akan lebih mudah untuk mengawal waktu makan anda. Cara yang disarankan ini nampak mudah tetapi sebenarnya sukar untuk diamalkan. Justeru itu, anda yang mampu mengubah gaya hidup anda.

Diharapkan setiap perkongsian yang diberikan ini bermanfaat untuk anda semua. JANGAN mengatakan tidak kepada perubahan tetapi katakanlah anda mampu untuk melakukan perubahan demi kebaikan anda sendiri. 

Baca Juga :   Kekal Cantik Selepas Bersalin
***SELAMAT MENCUBA UNTUK PANTAU WAKTU MAKAN ANDA***

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh